Saturday, June 28, 2008

-:: Baru kutahu disaat kesusahan ini..sebenarnya aku tiada kawan::-

Siri 1

Kereta kesayanganku memecut laju menyusuri lorong Lebuhraya Kl- Seremban. Tiba-tiba telefon ku berdering. Hm.. Ita rupanya. Seorang yang berbadan kecil. Namun begitu sangat dikenali dengan mulutnya yang agak lazer. Itu yang aku suka. Berterus-terang dan tidak menyimpan di dalam hati.

" Cepat kak! Akak kat mana ni? "

"Akak dah on the way ni nak balik umah amik beg. Ko datanglah awal kalau dah siap. Banyak benda lagi yang kena siapkan untuk kursus kita 4 haribulan nanti."

"Ok!"

Petang itu, ku tinggalkan semua kawan-kawan yang sedang bermesyuarat. Aku dah tiada masa. Flight ke Langkawi jam 510petang. Setelah sampai rumah, aku capai beg yang Garfield pemberian sahabat baikku. Aduhh berat juga. Ingatkan nak bawa sedikit sahaja. Sumbat semua baju tu yang jadi berat..hehehe.

Badan ku memang sangat lesu. Penat yang amat. Malam tadi borak dengan Akmar. Hmm maklumlah dah lama tak jumpa. Macam-macam ler gossip yang keluar. Tido lambat buat aku jadi sangat lesu. Tak boleh jadi ni. Aku kene tidur juga nih... Aku alarm hp tepat jam 230petang. Tidur.

3.00 petang itu aku dah sampai di pejabat. Menuggu pemandu. Bos ku sudah sampai awal lagi. Nampaknya tidaklah lewat sangat. Tapi aku hairan. Mana pegi Ita ni tak nampak batang hidungnya. Ku baca Mesej. Oh keluar rupanya. Barang-barang yang hendak dibawa telah disusun rapi semuanya.

Kami bertolak dari Putrajaya jam 330petang. Sampai di KLIA jam 410. Masih sempat lagi.

"Kak cepatlah check in"

"Kita check in kat mesin ajer la..cepat sket"

"Ok..."

Kenapa tak boleh ni?? Aduhhaii...Pegawai MAS datang membantu. Terkejut!!!

"Tiket Cik 25 haribulan. Sekarang dah 27" ...haaa??

Waaaa... macam mana ni? Malam ni ade ceramah. Nak tak nak malam ni kene juga sampai ke Langkawi. Aku dah buntu. Ku lihat wajah pengarah ku agak tenang.

"Takper kita cek dulu sama ade boleh ganti dengan tiket lain."

Memang nasib kami kurang baik. Semua tiket MAS, Air Asia dah penuh untuk hari ini dan esok. Nak naik kereta, tiket flight tu pergi balik. So 29 haribulan kene balik naik flight. Nak tak nak aku terpaksa mengambil jalan yang paling pantas. Naik bas! Tapi macam mana?Hmmm telefon ku tak putus-putus dengan panggilan demi panggilan yang kubuat. Seorang demi seorang kawan ku hubungi. Tiada siapa yang sanggup membantu kami yang sedang kelam kabut.

Akak..kita minta tolong pegawai yang kat KL tu laa....



Pengarah ku datang bergegas mendekati kami. Akhirnya dia dapat juga mencari tiket disaat2 akhir ini. Ada orang yang membatalkan perjalanan. Maka malam itu dia akan berlepas dengan flight jam 800 malam. Alhamdulillah. Kami macam mana?

Aku buntu. Macam mana nak ke Pudu. Nak beli tiket. Sempat ke? Sudah jam 6ptg. Aku masih lagi mundar mandir di KLIA. Ita dari tadi mengomel seorang. Malas untuk melayan. Aku terus berfikir dan berfikir. Mesej kutaip dan hantar kepada semua rakan2 terdekat. Hanya mencuba mungkin ada hamba yang mengasihani dan sanggup membantu kami. Sudah hantar mesej, aku telefon pula. Tiada juga. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke Pudu. Start dari KLIA naik ERL dan ke BTS terus ke Plaza Rakyat, bernas atau tidak aku tidak tahulahh..

Tetapi baru lah aku sedari ketika kesusahan ini, baru kusedari sebenarnya aku tiada kawan. Di manakah sahabat-sahabat yang begitu ramai bergelak ketawa bersama. Akhirnya aku tinggal keseorangan... Aku gantikan sebak di dada dengan gelak ketawa yang sengaja dibuat-buat. Aku tak nak Ita perasan kesedihan ini. Biarlah aku seorang yang menanggung.

Kami tiba di Putrajaya Central dengan ERL.
Jari jemari ku terus laju menaip mesej...untuk seorang rakan.
Dah habis ke?Akak n Ita dah mcm org pelarian. bru ak tahu time susah ni. sbnrnya ak xda kwn. hnya nk bkgsi saje...Habis sahaja menaip mesej itu...air mata ku tidak boleh bertahan lagi. Mataku merah menahan air mata yang dari tadi bertakung di kelopak mataku. Ita yang dari tadi menelefon suaminya...menyedari kesedihan ini.

"Ita kau tak sedih ker? Mana kawan-kawan kita sekarang?"

Air mataku terus mengalir seperti derasnya air sungai yang mengalir. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Fetty.

Aku menjawab dengan sendu...Aku tidak melayan mata-mata yang memandang ke arahku. Ita ambil handphone ni tolong jawab. Suara ku tersekat-sekat dengan sendu. Kali ini aku betul-betul sedih. Aku cuba untuk kuat. Tapi aku tumbang juga akhirnya. Ita memang seorang yang keras hatinya. Dia tidak menitiskan air mata. Aku terus melayan kesedihan. Suaraku tersekat-sekat.

"Akak, kita ke Pudu lepas maghrib. Laptop kita tinggalkan. Bahaya bawa naik bas. Hasnul akan amik kita sini. Kak janganlah sedih takper laa kita redhakan ajer apa yang berlaku. Pasti ada hikmah..."

Aku hanya bersetuju. Aku memegang kata2nya. Aku mengesat air mata ini. Sedih. Fetty dari tadi tidak putus-putus membalas mesej ku. Budak ini memang ikhlas hendak menolong. tapi apakan daya tiada kereta untuk pergi ke Pudu membeli tiket untuk kami.



Apa yang akak gelak2...tak sedih ker?

bersambung...




Thursday, June 26, 2008

-:: Kepalaku Pusing..::-

Kebiasaannya aku akan bangun jam 640pg(lambatnyerr...). Mak akan ketuk bilik dan nyalakan lampu...memang sakit hati kengkadang. Rasa nak tarik selimut lagi nak sambung tido. Kadang-kadang berperang dengan bisikan syaitan yang menyeru umat untuk terus tidur. Aku kuatkan semangat juga kerna selagi aku tak bangun selagi tu lah mak akan mengetuk pintu ku sampai aku duduk dalam mamai atas tilam tu. Pagi ini juga rutin ku agak sama, cuma aku terbangun dengan sendiri. Jam sudah menunjukkan 6.00pg. Awal juga. Aku bingkas bangun. Menarik tualaku. Ohhh malasnyer nak bekerja hari ini. Bangun awal.aku duk ke hulu ke hilir, buka laptop dan sempat lagi tgk blog.

Jam dah menunjukkan 8 pagi aku baru nak bersiap-siap. hari ini agak lambat aku sampai ke opis. hehehe.

Wednesday, June 25, 2008

-:: Akhirnya...aku buat keputusan yang gila....::-




Pagi itu...agak sunyi di dalam office. Pengarah pun tiada. hurmmmm...aku lihat sekeliling...

"Ayu! Ko ada opis tak ari ni? nak kuar mana2?", kataku.

"Tak de...cuma petang nak ke N9".

"Ok..boleh jaga ofis..? akak nak buat keje gila nih..akak nak g lawat kem...".

"Ok! Tak der masalah...".

Tanpa membuang masa lagi, Ita yang dah dari tadi tak sabar-sabar nk makan terus memandangku dengan mata yang membawa maksud yang sangat dalam. Aku faham sangat2 apa maksudnya...tandanya dah terlalu lapar...heheeh.

"Ita, Fetty jom ikut nak ke kem pagi ni juga..."

Tanpa bantahan mereka berdua angkat handbag dan kami terus naik lif. Aku memang dah fikir masak2. Aku kene pergi. Aku tak kira apa pun yang akan jadi...asalkan aku puas hati melihat kem itu dengan mata kepala ni. Sepanjang perjalanan kami berbual banyak perkara. Tentang rakan-rakan dan juga hala tuju cawangan kami. Gelak tawa hilai gembira mula terpancar di riak muka pegawai baru cawangan kami, Fetty.

Aku waspada..adakah kegembiraan ini akan membawa malapetaka...Aku memanjat doa agar kami selamat pergi dan pulang...Sepanjang perjalanan itu, telefon berdering dengan bunyi mesej2 yang dihantar oleh Cikgu Ita..

Objek 3D..dalam hatiku..mana nak cari kerana pada mulanya aku kurang faham apa yang dimaksudkan olehnya. Setelah membaca beberapa lagi mesejnya barulah aku faham. Inginkan pertolongan untuk mencarai model projek sains. Oh.. senang sajer...maklumlah di rumah pun memang terlalu banyak benda2 yang aku kumpul...tak kira lah model ke objek ke..memang banyak. Dah jadi tempat penyimpanan sampah sarap bilikku kalau nak tahu...heheh itu laa hobi ku..memang pelik.

Terlalu leka membaca dan membalas mesej Cikgu Ita....aku terlepas simpang ke Kuantan..huhuuhu.

" Akak belok kiri!", Fetty jerit padaku.

Tanpa ku sedari dah salah lorong...

Ketawa..

Telefon ku berdering lagi...mesej.

"Kak jangan balas dulu...kita cari jalan patah balik utk ke Kuantan.

Aku hanya senyum.

Setelah itu aku terus membelok ke kiri. "Kuantan". Ini bru betul jalannya. Hampir 1jam setengah perjalanan kami. Akhirnya sampai ke simpang Bentong. Belok kiri. Jalan ini seperti pernah ku lalui. Ya. Jalan ke Janda Baik. Kelihatan En. Firdaus dah sedia menuggu kedatangn kami. Disambut dengan senyuman. Boleh tahan juga dy ni. Muka kiut miut. hehehe.

Wahhh alangkah cantik pemandangan di sini diselang selikan dengan deruan angin dan bunyi kederasan air terjun yang terdapat di situ. Lihat sahaja gambar. Ada pokok durian. Manggis dan jambu air. Bilik yang agak sederhana sesuai untuk peserta kali ini. Terdapat juga kolam ikan. Hurmmm dalam hatiku, ini mesti dikabarkan kepada Zilam yang memang kaki pancing. Cikgu Ita pun sama...akan kukabarkan pada dy juga. Tak sabar-sabar rasanya nak balik.

Jam dah pun 2ptg kami sampai di Putrajaya. Masing-masing kebuluran. Hujan agak lebat. Aku makan nasi goreng pattaya. Tidak habis. Tiada selera. Dalam masa makan itu, aku terbayang-bayang bagaimanakah kursus aku kali ini...

Tuesday, June 24, 2008

-:: Tak paham lah ::-

Assalamualaikum...bertemu kembali...beberapa hari ni aku ingat nak puasa..tapi tak beradaya..(alasan jer sebenarnya)huhuhuh...Setiap jam 10 pagi dah lepas jadi lipas kudung mesti teringat makanan-makanan yang menyelerakan kat kantin tu...macam mana nak kurus? Hehehe...

Hari ni..tk juga puasa. Banyak juga nak kene settle kan untuk kursus. Ingat nak pegi lawat kem di Perting Valley. Kursus yang aku buat di sini. Dah siap semua, tanya Pengarah dy pulak kata tak payah..bengang tu ade juga. Iyerlahh aku tak nak jadi macam di Perlok. Macam-macam jadi. Siap ade tikus bawah katil. dah ler aku ni geli geleman dgn makcik Iti ni.

Tak nak peserta aku nanti komplen tempat tak selesa. Aku ni bukan apa, nanti dalam laporan aku juga yang akan kena menjawab. hurmmm...serba salah juga. tapi takper aku sabar ajelaa. Ingat esok nak amik jer cuti so aku boleh g jenguk kem tu. Nak pastikan juga. Inilah aku..degil. Kalau permintaan yang aku nak, tak dapat aku akan buat jer walau dengan apa cara sekalipun. hehehe...memang aku mengaku aku ni memang degil.

Wait n see jelaa esok. Kalau aku nak buat gila tadi lagi aku dah start enjin tu nak pegi dah..tapi tak elok mengingkari perintah bos. So apa kata buat secara tidak rasmi. Amik cuti esok.hurrmmm... korang rasa macam mana? patut ke aku pegi?

Tempat ni dekat dgn Bentong. So dari sini ambil masa juga. Aku nak pastikan semuanya tiada masalah. Semua selesa...itu jer...aku tak paham kenapa cadangan aku ditolak...huhuhu

Sunday, June 22, 2008

-:: Pegi Nilai 3 ::-



Salam..bertemu lagi. hari ni cuti. Cadangnyer nak duk umah jer tapi..mak ajak g Nilai 3. So ikut jelarrr. Dalam banyak2 benda yang nak di beli, dah beli pun carpet LILo n Stich nih..hehehe Nampak gaya cam ok jer. tu yang beli. Kalau nak dikira-kira aku borong sampai 4 carpet kat sana. Sebenarnya dah lama nak beli. Baru hari ni berkesempatan.

-::Jogging::-


Dah sekian lama tak meregangkan badan akhirnya setelah berkali-kali dipujuk oleh mak, akhirnya aku bersetuju untuk berjogging. Sebenarnya mengantuk juga tapi aku melawan juga mata. Sampai-sampai di sana, ramai juga yang sedang berlari-lari. Huh masing-masing berlumba-lumba nak menguruskan badan. aku sebenarnyer terpaksa jer.heehhehe

Macam mana dy orang ni begitu rajin.huhuhu

-::Handphone itu::-

Handphone ku...inilah 'mataku'. Apa sahaja yang dipandang akan dicatat di dalam memori ini...Inilah teman kembaraku...

-::Mandi keretaku mandi::-


Setelah sebulan bekerja dan travel ke sana sini, akhirnya aku mandikan juga keretaku. Tapi sakit hati ini bila sudah dimandi ada calar balar. Uishh sayang betol. Walaupun kerete ini buruk, namun banyak sangat jasanya kepada aku.

Saturday, June 21, 2008

-::Seperti dia::-


Seorang yang baru ku kenal. Agak pendiam pada mulanya...ingin sekali menjadi seperti dy. Sangat salju mata memandang. Sanggup berkorban untuk anak bangsa. Walaupun perjalanan itu sangat memenatkan, tetapi demi tugas dan tanggungjawab, rela dikorbankan semuanya.

Adakah aku ini terlalu memuji. Tetapi ikhlas di hati...aku ingin menjadi seperti dy.
Kelemahanku...suka memuji...
Menikmati keindahan alam ciptanNya...sangat mengkagumkan.

Terimalah aku ini adalah 'seorang pencatat sepi'.

-::Panda yang gemuk::-



Mengisi waktu yang terluang...itu kelemahanku...masa ku kadang2 terluang begitu sahaja. Aku sangat lemah mengurus masa. Orang lain bagaimana agaknya?

Hurmmm...kepalaku telah terbayang2 Kung Fu Panda. Tonton dengan dy atau adek? teringat adek yang dari semalam kecoh untuk tonton Kung Fu Panda. My final decision..pegi dengan adek.

Dy pun telah ke KL...at least telah terisi masaku bersama adek.
Panda itu memang gemuk..tapi comel juga. Dalam wayang sempat amik gambar lagi..hehehe

The Moral of this movie : Kita hanya perlu percaya dengan diri sendiri. There is no secret recipe in this world. All you have to do is believe. Believe in what you are. Then you will be the winner in this battle of life.

::-Please take a seat...::-


Assalamualaikum...tq for visiting this blog. I just wanna share my journey with you. Then please fast your seat belt, take a seat in this little room of mine...