Thursday, July 24, 2008

-:: Sangat penat ::-

Pizza oh pizza..kenapala aku suka sangat kat kau.

Penat..penat..penat... ini lah dugaan. Hari ini aku betul-betul sangat lesu. Sangat penat dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun. Ada 2 report lagi yang aku tidak siapkan. Esok dah nak bertolak ke Terengganu. Drive sendiri...aku sangat penat...huuhuhuuu

Tengah hari itu aku ke Kajang mencari Shakey's Pizza. Samapai-sampai sajer kedai itu sudah ditutup. Haaa???? Kempunan aku. Nak makan Shakeys. Last-last hanya makan Pizza Hut. Hmmmm jadilahh dari tak makan langsung

Tuesday, July 22, 2008

-:: Terkejut beruk!! ::-

Sewaktu bertolak pulang fikiranku asyik melayang...tiba-tiba aku terkejut melihat beruk yang berkeliaran di atas kabel elektrik itu. Aku kagum. Bagaimana beruk-beruk itu boleh terselamat daripada kebocoran arus elektrik. Semuanya selamat. Tetapi aku tidak sempat untuk menjengah ke manakah destinasi beruk-beruk itu seterusnya. Hilang pada pandanganku apabila lampu trafik light telah bertukar hijau lalu meninggalkan beruk-beruk itu bergayutan di atas kabel...

-:: Servis Kereta ::-


Pada petang itu, harapan ku untuk balik awal tidak kesampaian. Terlalu banyak untuk aku siapkan kerja di pejabat. Aku puasa hari ini. Aku terfikir untuk singgah di hentian Kajang untuk servis keretaku. Sejak aku di Perlok, tidak pernah diservis. dah hampir 2 bulan.

Seperti yang dirancang aku menghantar kereta. Kebetulan di sana ada pasar malam. Teringat kisahku dulu. Aku bersama teman baikku. Kami pernah berkongsi makan sepinggan mee gulung di restoran Cik Dah. Ketika itu aku hanyalah ibarat seekor semut yang berjalan di kelilingi gergasi-gergasi. Aku sangat terharu kerana kakak yang selalu mengambil order masih ingat pada aku. Bertanya ke mana aku menghilang selama ini.

Aku hanya tersenyum sambil menjawab. Saya sentiasa hadir bersama udara dan atmosfera yang terdapat di muka bumi ini. kakak itu tercengang kaget mendengar jawapanku...Fikiranku terus melayang kembali mengingati rakanku yang telah lama ku tidak hubungi. Apa kabarmu di sana?

Sunday, July 20, 2008

-:: Akhirnya Aku Jejaki jua ::-



Berperang dengan diriku sendiri sejak semalam.
Akhirnya aku mengalah. Walau keretaku tiada.
Aku tetap keluar. Membeli KFC.

Pada mulanya
ingin membeli Pizza Shakey's tetapi
memandangkan Kajang amat sesak sekarang,
aku mengubah fikiran kepada KFC.

Esok aku akan berpuasa. InsyaAllah.
Harap tiada apa yang menghalang.

Sekarang masa untuk tidur.
Ku lihat disekeliling semua sudah sunyi.
Semoga esok lebih baik dari hari ini...





-:: Malas ku datang lagi ::-




Setelah seminggu meninggalkan rumah, aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana hari ini. Kerja ku agak banyak, tetapi apabila penyakitku datang lagi. Aku tidak boleh berbuat apa-apa.


Dari tadi hanya duduk di dalam bilikku sambil termenung dan membuka blog ini. Tetapi tiada satu pun idea yang menarik dapat diluahkan dalam blog ku kali ini. Sesekali aku terasa untuk mendapatkan udara di luar namun kakiku seperti dikunci oleh rantai yang amat berat. Huhuhu...


-:: Utuskan rinduku ::-





Saturday, July 19, 2008

-:: Berpijaklah Pada Bumi Yang Nyata ::-




Hari ini...aku tiada plan nak ke mana-mana. Fikiran ku agak berkecamuk. Diskusi malam tadi masih segar di ruang kepalaku ini.

Selepas bangun dari tidur, kedengaran suara yang agak sumbang. Telinga ini amat perit mendengarnya. Tidak lain dan tidak bukan...apa yang kuceritakan dan luahkan pada teman ku Nik, benar-benar berlaku. Aku jadi tidak tentu arah.

Selepas menyiapkan diri, aku terus mencapai kunci kereta. Aku tidak lagi boleh bertahan. Mataku sudah mulai berkaca. Aku lari ke arah keretaku. Mesej aku hantar kepada Nik. Tak tahu nak menuju ke mana tetapi aku teruskan jua.

Keretaku meluncur laju tanpa arah tujuan. Aku ke Putrajaya. Tiba-tiba Nik memberi cadangan untuk berjumpa. Aku hanya bersetuju. Dari Putrajaya aku meluncur ke arah highway. KL Central. Aku akan mengambilnya dari sana. Sepanjang perjalanan aku banyak berfikir. Jalan agak sesak di Sungai Besi. Janjiku untuk sampai pada 2 petang. Masih ada masa lagi. Hujan agak lebat juga mengaburkan pandangan. Aku mencapai cermin mata yang dah lama tidak ku pakai.

Tepat jam 2 aku sampai di KL Central. Dari jauh aku sudah dapat melihat kelibat seorang temanku itu. Aku hanya senyum. Masuk ke dalam keretaku. Nampaknya dia juga sedang sugul kerana masalah yang melanda. Aku tidak banyak bercakap. Masing-masing melayan perasaan yang sedang berkecamuk di dalam kepala.

Akhirnya Nik memecah kesunyian. "Apa yang berlaku?" Aku hanya mendiamkan diri. Aku berperang dengan perasaanku sendiri. Akhirnya aku mula bercerita. Tidak sedikitpun aku berselindung. Aku sudah tiada siapa lagi di sini. Hanya dia yang mampu mendengar keluhanku. Sesekali dia tenang berbicara memujukku untuk bersabar.

Aku tiada tempat untuk mengadu. Mengharap pada yang seorang itu, aku pun sudah buntu ke mana kami akhirnya. Adakah jodoh kami masih panjang. Aku tidak mahu lagi untuk memikirkannya. Hanya tuhan sahaja yang dapat menentukan jodoh kami ini. Sepanjang perjalanan, aku bercerita panjang. Seolah-olah perkenalan ini sudah lama. Aku tidak menghiraukan lagi segan itu melanda. Aku sangat buntu. Apa yang ku tahu, Nik sahaja yang dapat mendengar. Destinasi yang dituju sudah tiba. Kami terus mendapatkan makanan untuk mengalas perut. Agak lapar. Tetapi makanan yang aku pesan tidak habis ku makan. Begitu juga dia.

Runsing dengan masalah yang menghimpit, kami bersetuju untuk ke pusat karaoke. Aku masih tertanya-tanya adakah benar untuk kami ke situ. Tanpa berfikir panjang kami terus menempah sebuah bilik. Aku melihat Nik yang tadi agak diam tiba-tiba menjadi aktif dan tidak sabar-sabar untuk mendendangkan lagu. Aku membiarkan sahaja apa yang berlaku di situ.

JAM sudahpun 7 petang. Kami masih berlegar-legar di sini. Sangat berat rasanya untuk pulang ke rumah. Dalam kereta, tiba-tiba dia mengalirkan air mata. Aku seperti biasa. Tidak tahu untuk berbuat apa. Hanya mencapai tisu untuknya. Kelihatan tidak tentu arah setelah mendapat mesej dari temannya. Aku hanya mampu untuk melihat. Aku biarkan sahaja sehingga dia benar-benar tenang baru aku akan bersuara. Keretaku seolah-olah tidak kenal jalan pulang. Akhirnya dia bersuara untuk ke Bandar Permaisuri. Aku hanya mengangguk.

Makan. Diam. Pandang tepat pada matanya. Masih berkaca. Aku membuka laptop ku untuk mengalih fikirannya dari mengingati mesej yang diterima. Aku tidak tahu di mana hendak memulakan bicaraku. Aku takut dia tersentuh. Aku cuba untuk berdiskusi. Masalah yang melanda aku telah ku campak jauh-jauh. Sekarang fokusku adalah teman baikku ini. Pada mulanya aku yang bermasalah, tetapi Tuhan itu hendak menduga. Dia menduga aku dan Nik untuk bersemuka dengan masalah yang satu ini.

Aku biarkan sahaja dia melayan perasaannya. Sesekali aku mencuri-curi untuk memandang matanya. Masih berkaca. Sebagai seorang senior, aku berbicara. Dia sudah mula boleh menerima. Aku sangat bersyukur. Tanpa di sedari, jam sudahpun 9 malam. Aku berkata pada diriku sendiri. Inilah dugaan hidup yang terpaksa kita tempuhi. Walau berat, walau sukar untuk diterima, tetapi aku sentiasa memegang kata-kata ibuku... BERPIJAKLAH PADA BUMI YANG NYATA... Buat temanku, ku doakan agar kau dapat mengatasi dugaan itu..Untuk diriku, aku pasrah...sekiranya aku tiada jodoh dengannya, Aku redha.



Monday, July 14, 2008

-:: Bentong lagi..::-





Pagi itu aku rasa badan sakit-sakit..penat. Penat. Bangun solat subuh agak lewat. Maklumlahh malam tadi berborak2 di internet. Banyak benda yang aku kongsi. Akhirnya aku bicarakan juga masalah ku pada tomei...heheh thanks for being there.

Bangun sajer dari tidur...

wahh..sangat penat... ari ni ke kem lagi. Rasa malas melanda diriku. Aku kuatkan juga. Melangkah ke pejabat, seperti biasa aku bertukar menjadi seekor lipas kudung. Laporan yang telah disiapkan semalam aku bind. Peralatan semua dah siap. Tanpa membuang masa aku, Ita dan Fetty mengangkat semua barang ke atas. Aku tidak membawa keretaku. Jalan kem di Bentong itu sangat curam tidak sesuai untuk membawa kereta ku.

Sampai di kem ku dengar kembali air terjun. Sangat nyaman. Tetapi entah mengapa kali ini, aku tidak langsung bersemangat untuk jalankan kursus ini.

Friday, July 11, 2008

-:: Putrajaya >Bentong > Bandar Permaisuri > Downtown ::-

Pagi itu aku sampai ofice agak awal dari biasa. Sangat bosan. Letih. Kerja ku masih belum disiapkan. Semua barang2 ku tinggalkan di kem. Sebab nya, minggu depan aku akan berkursus di tempat yang sama. Alang-alang biarkan saja semuanya di situ tak perlu diusik.

Tiba-tiba aku teringat kan seorang teman yang telah lama tidak ku temui. Hampir tujuh tahun. Baru-baru ini dia diserang asma. Aku tidak berkesempatan untuk menjenguknya memandangkan aku agak sibuk ketika itu. Aku bercadang untk pergi melawat adik ku ini. Kebetulan pada hari itu juga aku akan ke Bentong.

Aku terus menelefon memberitahu akan hajat ini. Kami tiba di Bandar Permaisuri seperti yang dijanjikan. Jam 730 mlm. Agak susah untuk mencari apartmentnya. Sesat. Banyak kali aku dan Fetty berpusing-pusing mencari Blok D!

Manalah nak jumpa... Wai memberitahu aku yang sebenarnya dia tinggal di Blok B. Aku rasakan jika kami terus mencari blok D itu mungkin kami akan menjadi gila. Hehehe. Fetty yang dari tadi agak penat terus berbahasa China dengan seorang penduduk di situ. Huh mujurlah aku ada kawan yang serba boleh. Bak kata Zilam, Cawangan kita kini dah menjadi semakin mantap.

Kesemua pegawainya ada kelebihan. Ada yang boleh berbahasa Cina, ada yang pakar IT, ada pula yang pakar dalam programming. Ini sudah cukup untuk membuatkan seseorang di dalam cawangan PM sakit hati. huhuhuhu...

Sampai sahaja di tingkat 13, kami disambut dengan adikku Wai yang berkain batik dan bertutup tuala kepalanya. Hmmm rindu rasanya..maklumlah sudah 7 tahun kami tidak bersua muka. Badannya agak berisi berbanding 7 tahun dahulu. Fetty seperti biasa dengan riuh rendahnya.

Pada mulanya aku dan Fetty hendak terus balik, tetapi terdetik di kepalaku, alang-alang sudah sampai ke Cheras ini apa kata teruskan perjalanan ke Downtown. Hmmm sungguh bernas. Langkah ku menjadi panjang..hehehe. Tetapi sekali lagi kami sesat... Tahu-tahu dah sampai bandar. Haduiii...tidak mengapa. Aku dan Fetty tidak pernah mengalah. Kami bertanya orang sekeliling. Akhirnya tiba di destinasi...

Aku sangat hairan. Mata-mata di sekeliling tidak putus-putus memerhatikan kami berdua. Aku berbisik dengan Fetty. Apa yang tidak kena dengan kami...Rupa-rupanya di dalam ramai-ramai manusia di situ hanya kami sahaja yang berpakaian sopan berbaju kurung lengkap dengan kasut tumit tinggi seakan penjawat kerajaan yang sangat POYO...Hahahahaha...






Wednesday, July 9, 2008

-:: Sangat Letih ::-

Amboi seronoknyer...

Lima hari di dalam hutan Janda Baik ini membuatkan kami benar-benar teruja. Kami bertolak pulang dari Perting ke Putrajaya petang itu. Rasa sangat berat meninggalkan bunyi deruan air terjun yang mengalir deras menemani setiap kali kami melelapkan mata di dalam bilik asramanya. Suasana tenang dari kesibukan kota membuatkan aku teringin untuk kembali sekali lagi di sini.

Sepanjang berkursus di sini, aku sangat berpuas hati. Mana taknya, macam-macam aktiviti kami lakukan. Dari meredah sungai sehinggalah meredah hutan belantara. tetapi yang agak tidak boleh dilupakan semasa aktiviti pada malam itu. Peserta kami meredah air terjun di dalam kepekatan malam dan direndam di dalam sungai. Sangat mencabar.

Malam terakhir itu, aku tidak boleh melelapkan mata. itulah penyakitku, setiap kali malam terakhir pasti aku tidak boleh duduk tenang. aku lihat rakan-rakan yang lain sungguh mudah melelapkan mata masing-masing. Macam-macam timbul di kepala ini. Langsuir yang diceritakan oleh Firdaus sejak pertama kali kami datang, membuatkan aku tidak senang duduk. Aku rasa seperti diperhatikan. Aku selubung kepalaku dengan selimut. Huhu...dah lah sejuk...akhirnya apabila tersedar hari sudah pun terang....

Badan ku menjadi tidak bermaya tetapi aku gagahi jua...

-:: Siri 2 : Kini baru ku tahu aku sebenarnya tiada kawan...::-

Malam itu aku hanya berdoa dan terus kuatkan semangat. Tiba-tiba handphoneku berdering.

"Kak, nnti kami amik akak kat umah Ita. so akak tak payahlah g naik komuter.."

hmm. dalam hatiku amat berat sebenarnya nak menerima pelawaan itu, namun setelah berfikir panjang aku terima. Jam 8 malam kami bergerak dari Putrajaya ke Puduraya. Memang jalan jem. Aku rasa amat bersalah kerana menyusahkan Dilla.

Kami berlari-lari anak untuk mendapatkan tiket ke Kuala Perlis malam itu juga. Aku sudah tidak berdaya untuk bergerak pantas. Kepalaku amat pening memandangkan manusia-manusia yang ada di dalam stesen bas Pudu itu, ditambah pula dengan suasana yang kelam kabut dan amat panas membuatkan aku berasa amat rimas. Memikul beg yang agak berat...

Dilla dan Fetty dari tadi mundar mandir mencari tiket di setiap kaunter yang ade..
"Kuala Perlis malam ni semua habis kak..kita cuba untuk ke Kedah. Mungkin ada lagi. "

Aku yang dari tadi tidak berkata apa-apa hanya mengangguk kan kepalaku. Ita nampak sugul. Hanya mereka berdua yang dari tadi sangat aktif.

Tiba-tiba tangan Dilla menghulur 2 keping tiket ke Alor Setar. Mataku mula berkaca. Tetapi aku menahan. Aku sebak. Akhirnya kami akan ke Utara malam itu. Tiada kata yang dapat ku ucapkan kepada mereka berdua... Aku mulai faham apakah maksud pepatah orang Melayu yang berbunyi.... Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sangat sukar ditemui....