Tuesday, August 19, 2008

-:: aYAM pERCIK hUTAn pERcA ::-

Inilah pemilik gerai ayam percik...

Amboi Atiqah n Ita, seronok korang yer, kuar kem terus hilang segala penyakit...

Aku juga tak ketinggalan untuk membakar ayam-ayam ini

Kak pilih kak...cepat kakk kang habis kangg...

Memang sedap sangat...gerai ni buka 2 hari jer dalam seminggu. Hari Ahad n Jumaat. Aku agak bertuahlah kerana berpeluang juga aku makan ayam percik yang dibakar sendiri...

Monday, August 18, 2008

-:: Perihal kerbau pendek ::-

First time datang di kem Alor Gajah. Macam macam yang berlaku kepada ku.... Aku tak nak la demand sangat nanti ade pulak bunyi2 di celah-celah pintu tu..apa yang aku tahu. setelah menghabiskan kem ini aku sangat puas hati dengan feedback semua peserta.

Kerbau pendek menjadi isu topik hangat yang keluar setiap kali kami berdiskusi tentang kembara yang akan dijalankan. Aku mahu kembara malam. Tetapi disebabkan kerbau pendek itu dan tambahan pula perlu dapatkan pekeliling(sapa yang ajar pakai pekeliling ni?) Setahu aku KP pun tak penah sebut. Huh! Aku tetap bersabar...takper...untuk kali ini sahaja.

Tapi apa yang paling buat aku puas hati adalah...jeng jeng jeng....aku dapat membalas kembali paku serpih yang ditabur pada aku oleh mereka-mereka yang brengset itu..hehehe

Waktu acara penutup...aku berucap tanpa belas kasihan aku bagi das demi das tembakan bak kata abang Mat Ju.. Serangan peribadi hahahaha....Aku sangat puas hati...Walau bagaimanapun banyak pengajaran yang telah aku dapat sepanjang aku di sini. Almaklumlah aku ni sangat berjiwa lembut...ramai yang suka pijak... tapi takpe..pijak laaa. Nnti tunggu masa sajer. Aku akan menyerang. heheheh

Kepada yang dah terkena serangan aku tadi..aku mohon maaf lahh..tapi sapa suruh carik pasal dengan aku hehehe. mesti korang tak paham apa yang aku tulis kan...takper...teruskan bacaan anda.


Sunday, August 17, 2008

-:: Peristiwa Di Alor Gajah ::-

Ita : Akak...kenapa laa berenti sebelah ni ..

Aku : Apa bendenyer ko ni , kata nak tgk peta..kang sesat pulakk...

Ita : Iyelaa...kenapa berenti sini..

Aku : Apasal tak boleh pulakk...

Aku yang tadi agak konpius dengan soalan Ita..memandang ke kiri dan kanan...Ohoho patutlah dari tadi mereka nampak pucat...tanpa berkata apa-apa aku terus memecut kereta merahku dengan selaju yang mungkin.

Rupa-rupanya aku berhenti betul-betul di tepi kubur...huhuhuh

Friday, August 15, 2008

-:: Anak-anak Bonda...bangun nakk huhuhu ::-


huh..bagai kan anak dengan bonda...hehehe


"Anak-anak bonda, bangun nak..."

" Anak-anak bonda, dah Subuh nak..."

" Kita ni nak... 4 orang keluar, sorang masuk, sorang masuk, 4 orang keluar..."

"Kamu ni apa yang kamu tahu...berselubung dari tadi..pegi surau malas..."

"takder saper yang boleh teman bonda...anak ramai tak boleh jaga bonda yang sorang ni...huhuhuh"

"Oleen...pukul berapa nak...bonda nak pegi surau ni...Ha?? baru pukul 330pg...kamu ni mmimpi ke nakkk..."

Inilah dialog-dialog biasa yang akan kami dengar spanjang kami di sini. Setiap pagi kami akan dikejutkan dengan riuh rendah suara ak Enon. Kami tetap bersabar...

Buat Ita, BUDAK SEKOLAH NI DARI TADI BELEK MATA DIA.....buat Oleen jangan serik untuk jadi jam loceng ok...buat Rina, kau dulu keje kat mana? buat Atiqah ... boleh tolong bonda nakk???

BUAT KF : TGK KF NI SENYUM JER..DARI TADI. AIR TAKDER PUN DIA SENYUM...


...sAYAGILaH bONdA aNdA...

Thursday, August 14, 2008

-:: Semua jam di rumahku rosak ::-

Petang itu aku pulang agak lambat...

Aku kepenatan. Selepas menyiaokan laporan yang dah sebulan lewatnya. Tension juga. Banyak sangat kerja. Petang itu aku balik jam 6. Di kepala ni tak nak balik lagi. Ingat nak ajak Ita n Mie g makan-makan dulu. Maklumlah tadi aku hanya makan bubur jagung campur durian. Mana tak aku kebulur jadinya. HUuhuhu ingatkan boleh tahan. Rupenya petang tu perut aku dah nyanyi2.

Tapi semua yang aku harapkan tak jadi. Sebabnya Ita n Mie nak balik ada urusan masing-masing. So aku pun balik sajer ke rumah. Aku rasa badan sangat letih. Aku salain baju dan terus boomm...

Aku terjaga bila hp ku berbunyi. Aku sangka sudah Subuh. Aku terus bangun untuk mandi dan bersiap. Aku lihat jam pada hp ku 1130. Aku berkata dalam hati...rosak ke hp ni...aku tak puas hati aku keluar ke ruang tamu. Emak tertido dengan telekongnya...Aku pandang jam dinding...

Kenapalahh semua jam kat umah ni rosak....

Haduii...emak terjaga...aku tanya...

"Mak kenapa adik tak bangun lagi kan dah pagi...tak g skolah ke...

"Apo ko ni mimpi ko...ari bolum pagi lagi...tgk jam tuu baru kul 1130..."

Huhuuhu...muka ku merahh perut lapar...aku terus ke dapur masak lempeng...makan

Aku masuk ke bilik semula memulakan agenda ku seperti biasa...blogging....hehehe

Wednesday, August 13, 2008

-:: Sang Ulat Bulu ::-

Sang Ulat Bulu

Ada sang Ulat Bulu
Punya kaki seribu
Siapa jumpa kakiku, kakiku

Jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu kurang satu

E...

Ede seng elet bele
penye keke serebe
siepe jempe keke ke keke ke

Jikele tek depet terpekse ke melempet
Dengen keke serebe kereng sete

I...
Idi sing ilit bili
pinyi kiki siribi
siipi jimpi kiki ki kiki ki

Jikili tik dipit tirpiksi ki milimpit
Dingin kiki siribi kiring siti

O...
Odo song Olot Bolo
Ponyo koko sorobo
siopo jompo koko ko koko ko

jokolo tok dopot torpokso ko molompot
dongon koko sorobo korong soto

A...
Ada song Alat Bala
panya kaka saraba
siapa jampa kaka ka kaka ka

jakalau tak dapat tarpaksa ka malampat
Dangan kaka saraba karang sata....

Ini lagu yang menjadi kegemaran ku sewaktu aku bengong2 tak tahu nak buat ape..Nyanyilah sewaktu anda susah nak tido, bengang, bosan...atau di mana saja anda berada...hehehe...


Monday, August 11, 2008

-:: Aku diganggu lagi ::-

Au nak berkongsi dengan pembaca sekalian. Sepanjang aku di Kem Intan Suraya, Perak ini terlalu banyak kenangan. Tetapi apa yang paling tidak dapat dilupakan...

Malam itu kami dikejutkan dengan bunyi letupan karbaid...

Itu menandakan tugasan untuk malam itu sudah bermula. Aku, Ita, Intan dan Oleen bersiap sedia untuk aktiviti malam iu. Aku agak letih, namun aku kuatkan hati untuk pergi. Perjalanan kami masuk ke dalam hutan bermula pada jam 1230 pagi.

Aku agak teruja kerana sekian lama aku nantikan saat ini. Kami bersama 112 orang peserta, 3 orang jurulatih dan 9 orang fasi mula meredah hutan belantara.

Pada checkpoint yang pertama seorang peserta ditinggalkan. Kemudian diikuti seterusnya sehinggalah peserta yang terakhir. Perjalanan itu amat memenatkan dan amat menyeramkan.
Sepanjang perjalanan itu aku tidak putus-putus membaca surah yang aku hafal. Kegelapan yang amat sangat.

Macam-macam aku fikirkan. Macam-macam aku bayangkan. Tepat jam 2pagi aku berpatah semula ke kem. Ku lihat berbagai-bagai ragam peserta yang aku tinggalkan bersendirian. Ada yang tidur, ada yang menangis dan tidak kurang juga ada yang berzikir sekuat hati.

Melihat gelagat mereka, seram sejuk juga. Manalah tahu disebalik kgelapan itu, ada makhluk2 yang menumpang sekali. Aku agak keletihan. Berhenti dan baring. Kami semua terlelap.

Badanku menghadap ke langit. Aku tidak putus-putus berzikir. Tiba-tiba pipi ku disentuh. Aku pandang dikiriku. Wati ketika itu sedang tidur....Jantungku berdegup kencang... Tidak lama kemudian, telinga ku dibisik "Faee"...Aku tidak tahan lagi. terus mengejutkan Watie dari mimpinya. Dia agak terperanjat.

"Watie..bangun! Bangun!... Mana yang lain? aku suruh dia mengambil torch light. Aku tidak berani untuk pandang ke belakang. Aku tidak berbicara apa-apa dengan Watie. Bimbang dia juga akan takut.

"Watie suluh di belakang...ada nampak apa-apa?

"Tak de siapa pun.."

" Takpalah kita tunggu mereka datang semula ke sini. Lagipun kita di checkpoint yang paling hampir dengan kem..."

Disaat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Aku hanya diam membisu sehinggalah kami masuk semula ke kem...Aku simpan cerita ini sehinggalah pagi itu...

Bermalam di tepi Sungai Perak



Sungai Perak tempat terbunuhnya JWW Birch. Aku ke sini selama 6 hari 5 malam di Kem Intan Suraya. Makanan pula sedap-sedap belaka. Aktiviti di sini ...berkayak dan menaiki bot. Ada satu sejarah yang telah ku temui semasa perjalanan kami di empangan dekat dengan sungai ini. Ada terdapat satu lagenda yang mengatakan seekor gaja telah disumpah menjadi batu. Memang menakjubkan kerana bentuk batu tersebut memang menyerupai seekor gajah yang sangat besar dan terdapat juga batu yang kecil di tepinya dipercayai anak kepada gajah tadi. Malangnya tidak dapat untuk berkongsi gambar batu itu kerana semasa menaiki bot aku tidak mebawa sebarang kamera ataupun handphone sony ku...


Aku dan Alisha yang sangat comel anak kepada Ita (SU ku)

Semasa perjalanan balik, aku singgah di Sayong untuk membeliLabu sayong.... Keretaku amat padat dengan barang-barang itu....tapi semuanya OK. Alhamdulillah...

Tuesday, August 5, 2008

-:: Melancong ke Terengganu ::-







Selepas bekursus di Setiu Agro, aku tidak sabar-sabar untuk ke Batu 6. kata orang di situ banyak tudung yang murah2. Aku beli 4 skali hehehe. Dalam kepala ni memang nak balik KL hari itu juga tetapi disebabkan keletihan aku terpaksa mencari tempat untuk bermalam. Pada mulanya aku sudah berjanji dengan T untuk tumpang di rumahnya. Tetapi di saat-saat akhir diberitahu dia akan ke Cameron Highland.

Aku tidak membantah. Aku sudah cukup masak dengan perangai nyer yang sangat "Vellu." Hari ini dia kata boleh..esok lusa siapa yang tahu...Aku tidak berputus asa. Aku menelefon Julia. Dia di Dungun. Kebetulan Cik Hamidah ikut bersama aku balik. Malam itu aku ke Dungun. Sangat letih. Aku drive seorang. Malam itu aku sebenarnya agak keberatan untuk singgah di Dungun. Maklumlah rakan ku seorang ini amat sibuk. Memang mengalahkan Datin-Datin di Malaysia ni...heheh Ju jangan marah arrr...

Esoknya Ju mangajak aku ke KT. Aku berfikir banyak kali. Dengan badan yang letih ini tidak mungkin aku boleh balik KL seorang dan memandu...Aku ikut kan sahaja cakap Ju untuk bermalam sehari lagi. Hatiku agak gembira di sini. Maklumlah kami sudah lama tidak berjumpa. Kami ke Pasar Payang dan ke Pulau Wan Man. Amat menakjubkan...Masjid-masjid yang terbina indah dan sangat memukau pandangan mataku... Tidak sia-sia aku bermalam lagi di sini. Nak harap kawan baik sendiri untuk bawa, dia lebih utamakan bf nya yang aku pun tidak tahu penghujungnya itu.

Namun aku sangat bersyukur kerana Ju sanggup untuk membawa ku berjalan-jalan dengan menaiki Honda Citynya. Terima Kasih Julia...

Walaupun hatiku ini sebenarnya sangat sedih...tetapi aku ketawa untuk menghiburkan hati sendiri...

Monday, August 4, 2008

-:: Pengalaman bersama budak histeria ::-


Mataku terkebil-kebil sehingga jam 3 pagi..

Malam itu kami agak letih. Sambil golek2 di atas katil yang empuk resort ni, kami bersembang mengenai perjalanan kursus kali ini tetapi, tiba-tiba pintu ku diketuk. Agak kuat. Macam nak runtuh dah bilik nih...Dalam hatiku mungkin ade budak yang sakit.

"Cik!! Cepat ade budak histeria...!!"

Kami bertiga bersiap dan terus melangkah ke surau..Sepantas kilat kami melangkah. Fuhhh...sampai sahaja budak itu terbaring di atas carpet surau. Menjerit...Aku agak seram... Tetapi aku sengaja tunjukkan berani di hadapan semua peserta. Walaupun sebenarnya aku ni sangat penakut... Aku tidak berani untuk pegang cuma mengarahkan rakannya untuk membaca ayat Kursi. Mata nya melilau dan merah. aku tidak berani untuk pandang..tetapi sesekali aku pandang juga..hehehe...sebenarnya aku pernah juga hadapi situasi begini. Tetapi waktu itu aku agak kuat. Sekarang aku tidak seperti dulu. Keberanian itu seperti sudah hilang...

Tidak lama kemudian, seorang lagi tumbang!! Histeria. Kali ini budak itu tidak menjerit..tetapi ketawa. Aku menjadi takut. Tetap memberanikan diri. Aku mengajarnya selawat, mengucap. Dia tidak seteruk yang tadi. Masih boleh mengucap dan membaca ayat Kursi. Kawannya juga aku arahkan untuk membaca bersama. Tidak lalai. Kini ada 2 orang yang tumbang..aku mundar mandir ke depan dan belakang... Fetty juga membantu. Aku melarangnya untuk berkomunikasi memandang mata budak histeria itu. Takut dia pula yang terkena. Dalam situasi begini haruslah berhati-hati...

Kami terus menghubungi fasi yang boleh memulihkan keadaan. Mujurlah Ustaz Abdullah boleh. Situasi menjadi tenang seketika. Semua sudah pulih seperti sedia kala. Tetapi mengikut pengalaman, kedua-dua mereka sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Aku berjaga-jaga. Aku arahkan mereka semua untuk bersiap untuk aktiviti berikutnya. Jam sudah 945malam. Aku tidak ke bilik tetapi terus ke dewan. Tekaan ku tepat. Mereka berdua tumbang lagi. Aku berlari ke dalam dewan. Mereka semua tergamam. Bising....Kami di dewan memulihkan keadaan. Budak itu agak tidak selesa. Kami mengajarnya untuk mengucap dan baca ayat Al-Quran. Agak lama kami berjaga-jaga. Akhirnya Ustaz mengambil keputusan untuk membawa peserta itu ke dewan makan sementara yang lain menjalanka aktiviti seperti biasa.

Sepanjang penjagaan itu aku sempat bertanya kepada mangsa...

"Apa yang awak nampak?"

"Saya nampak lembaga warna hitam. Badannya banyak bulu dan matanya merah..."

"Awak buat apa lepas tu?"

"Saya takut sangat dan menjerit sekuat hati, tapi lepas tu saya tak sedar...sedar jer saya tengok dah ramai kerumun saya..."

"Awak nampak dekat mana?"

"Mula-mula saya nak ke tandas. Tandas di surau ni gelap. Tiba-tiba lembaga tu pandang arah saya..."

Aku terus terdiam dan waktu itu aku tidak meneruskan lagi pertanyaan kerana nampak pada riak mukanya dia sangat takut...Matanya merah. Aku terus tukar topik bertanya mengenai pelajaran.... hehehe..

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata....

"Fetty ko dah tido ke?"

"Belum...tak boleh tidur..."

"Apa kata kita rapatkan katil ni?"

Hehehe itu laaa akibat nak tunjuk berani sangat...mataku terkebl-kebil hampir jam 3 pagi...Akhirnya sedar-sedar hari sudah pun Subuh....





-:: Hari permulaan ::-


Ikan Talapia yang mencuri perhatianku...

Aku sampai di Setiu Aro Resort jam 5 petang. Sampai sahaja aku tengok sekeliling...memang dalam hutan, namun suasana amat nyaman. Ada beberapa kolam buatan. Ada juga kayak. Wow...memang seronok. Tapi aku terfikir juga. Sempatkah untuk aku lakukan aktiviti itu semua. jeng jeng jeng...wait n see.

Peserta datang jam 2 petang. Aku agak bersyukur kerana semuanya selamat sampai. Aku dan rakan-rakan sibuk menyambut mereka. Semua nampak ok. budak2 pun nampak ok. Boleh menurut kata. Tak sangka Hamidah juniorku di Kuittho ada bersama menjadi pengiring dari Poli nyer

Malam itu macam biasa. Aku keletihan kerana petang itu ade riadah bersama peserta. Agak seronok kerana dapat bersama mereka. Dan sempat lagi kami berkayak... Sudah lama tidak berkayak seingat aku, semas di U dulu aku adalah ahli kelab kayak..Tidak sia-sia rasanya masuk kayak..masih ade skill yang dipelajarai.hehehe..Bersama Haji Sipon..waaa di mana dia sekarang yer...

Jomlaa kayak...

Sunday, August 3, 2008

-::Aku ke Terengganu lagi...::-


Hampir seminggu aku meninggalkan dunia cyberku ini. Maklumlah kem ku ini jauh ke pedalaman. Aku tidak sempat untuk kemaskini beloe ku ini.Aku ke sini menjalankan tugas. Tetapi kalau ikutkan hati memang hendak berjalan-jalan. Bermalam di Pulau Kapas, singgah di Pulau Perhentian, mencandat sotong...huuhuhu semua itu hanyalah impianku sahaja...mungkin lain kali saje...

Huh Faee bangunlaa dari tidurmu...pergi laa jalankan tugas mu itu..heheheh. Hari itu, aku dan Fetty sahaja yang akan pergi. Ita tidak ikut kerana baru sahaja selesai kursus di Besut. Maka aku melarang untuk dia ikut walau pun pada mulanya meronta juga nak ikut kami..tetapi aku ni tak sampai hati..biarlah dia rehatkan diri. 7 Ogos nnti kita ke Perak pula yer..hehehe.

Pada hari itu banyak tugas yang belum selesai harus diselesaikan sebelum kami bertolak ke Terengganu. Pada mulanya Fetty agak ragu-ragu kerana perjalanan kami akan menempuhi gelap pekat malam tatkala lalu di Karak. Tetapi aku kuatkan juga hati. Aku tidak mahu sampai lewat. Maka tepat jam 8 malam pada Jumaat itu, kami bertolak. Cadangan pertamanya aku dan en. Zilam akan konvoi. Tetapi disebabkan dia ada tugas lain untuk sampai awal aku hanya bersetuju membiarkan sahaja dia pergi bersama rakan ku Boy bersama kereta Citranya.

Macam-macam yang emak pesan. Aku hanya mengangguk sambil senyum melihat gelagat Fetty dan emak itu. Aku bertolak dari rumah. Selepas mandi. Di KL tidak terlalu sesak. Waktu-waktu begini Alhamdulillah lah tidak pula jem seperti merestui pemergian kami.

Awal-awal lagi aku sudah melarang Fetty untuk tidur...aku takut aku juga akan mengantuk. Aku tepuk-tepuk muka kalau tidur jug.hahaaha. Dia tidak berani untuk tidur. Alhamdulillah kami sampai di Chukai jam 1 pagi. Kamitidak sesat. Terus ke Hotel Chukai Utama. Bos ku Zilam dan Boy telah lama sampai. Bilik kami 215 dn mereka 218. Aku tidak larat terus mengambil kunci dan terus masuk ke bilik untuk berehat...


Bilikku di Chukai Utama