Tuesday, September 30, 2008

-:: Mengemas Ofice ::-

Di kala semua orang sibuk mengemas rumah masing-masing, namun lain pula ceritanya dengan aku ni...aLMAKLUMLAH... AJK Keceriaan. Hahaha. Aku masih lagi datang bekerja. Hari Isnin itu aku masih bekerja! Aku, Ita and Fahmi. Awal-awal kami telah pun rancang untuk mengemas pejabatku yang dah rupa macam tongkang pecah ni.

Hasilnya belum begitu menyerlah. Selagi tidak membeli aksesorinya. Pagi itu, sebelum memulakan tugas itu, kami agak buntu bagaimana untuk menyusun kembali barang-barang supaya tidak nampak bersepah. Nak pecah juga memikirkannnya. Dah lah kami ini puasa, mengangkat rak besi itu memang memenatkan...

Walaupun penat hari itu, namun kami berpuas hati melihat perubahan itu. Hari itu aku balik awal. Tiada sesiapa lagi yang bekerja waktu ini. Aku balik dan meneruskan kerja ku di rumah pula. Mengemas...

Sunday, September 28, 2008

-:: Berbuka Bersama Famili ::-






Aku banngun tidur agak lewat hari ini. Maklumlah, sudah lama tidak menikmati tidur yang agak lena. Malam itu tidurku sangat lena. Sangat nyenyak aku dibuai mimpi. Hari ini cadangnya hendak membelikan adikku baju raya. Hmmm agak lama juga berfikir di mana hendak dituju. Akhirnya kami setuju untuk ke Sogo. Sampai sahaja di sana, aku agak kaget melihat limpahan manusia yang berlumba-lumba untuk membeli persiapan raya. Tanpa membuang masa aku meredah di celah-celah manusia itu mencari semua barang keperluanku.

Walaupun penat, namun aku balik dengan hati yang sangat pusa kerana apa yang aku hajatkan telah dapat aku tunaikan...hehehe. Sampai sahaja di Bangi aku teruskan perjalanan ke Vilage View untuk membuat tempahan makanan berbuka puasa. Malam ini aku sekeluarga akan berbuka di sini. Aku belanja. Hahaha...Alhamdulillah... makanannya semua seda belaka. Malam itu aku tidak solat tarawih. Aku sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah telah berikan kepadaku. Alhamdulillah...

Friday, September 26, 2008

-:: Tak balik beraya lagi.. ::-

Dari kiri : Faiezah, Atiqah dan Ita...

Lihat kami ini, sewaktu warga kota semua sibuk balik ke kampung, namun kami tetap menjadi penuggu setia di dalam pejabat. Hahaha. Sangat setia dengan meja dan kerusi di sini. Bukan apa, kampung kami yang paling dekat di sini. So janganlah jeles.

Jemputlah datang ke rumah...

-:: Mari belajar menari dengan Jannah ;;-



Video ni aku terjumpa waktu mencari gambar-gambar lama. Video adek Jannah sewaktu dia kurus cket..sekarang..fuhh mak aihhh gomok...heheheh. Kalau nak tengok kene bukak sound tau...kalau tak, nanti takder feel....

Beginilah kami, untuk menghiburkan hati yang lara. Suka membuat lawak yang selamba...Sayang adek!! Hehehe...

Sunday, September 21, 2008

-:: Aku sangat merindui... ::-

Mengetes lampu..Ini Deepavali ke Raya ni...ohh aku konpiuss...


Lampu kelip-kelip yang baru dibeli...


Hari raya Aidilfitri bakal menjelma. Sejak beberapa tahun ini, aku tidak beraya di kampung. Bukan tidak mahu pulang ke kampung tetapi kalau hendak ke sana pun tiada lagi suasana hari raya. Sejak nenekku pulang ke Rahmatullah, kampung itu menjadi sepi tiada lagi kedengaran hiruk pikuk jeritan anak-anak kecil. Tiada lagi kedengaran jeritan Induk, makcikku. Tiada lagi kedengaran hilai tawa kami sepupu sepapat yang berkumpul di sini. Aku amat merindui suasana itu. Kalau aku ini diberikan kuasa hendak sahaja aku kembali kepada zaman itu. Aku sangat merinduinya.

Buat pengetahuan anda semua, keluargaku terdiri daripada keluarga yang agak besar bilangannya. Adik beradik emak ada 10 orang semuanya. Anda dapat bayangkan sekiranya tiba hari raya kami semua berkumpul di kampung, bilang sahaja ahlinya. Tentu sahaja kelam kabut. Mana taknya, setiap pagi kami akan menunggu turn masing-masing untuk mandi, solat begitu juga, sebab itu selalunya kami akan dikejutkan awal dari biasa.

Tapi yang paling aku tidak boleh lupa, arwah nenek dan datukku ini adalah seorang peniaga di warung. Siapa yang tidak kenal akan Rahah binti Sidek ini. Di kampung, nama ini sudah sinonim dengan kuih muih dan nasi lemaknya yang sangat enak. Mana kan tidak, arwah nenek pernah ditemuramah oleh Majalah 3. Waktu itu KRU Majalah 3 datang kampungku...Fuhh bangga aku menjadi cucu nenek. Wajah nenek terpampang di dalam TV membuat kuih tradisional. Waktu itu kalau tidak salah aku dalam tahun 1991.

Namun benda yang paling aku ingat sampai sekarang dan sangat merindui ialah suasana hiruk pikuk kami sepupu yang akan berkumpul di rumah atas bak kata orang negori sembilan, daghek, kalau umah bawah (baghuh). Selalu kami akan bermain-main di daghek. Nak tahu main apa? Main hantu-hantu. Selubung dengan selimut. Sudah pasti malam itu kami akan tidur rapat-rapat. Kerana takut. Memang bising rumah itu kami buat.

Dan Induk, akan datang dengan cekak pinggangnya dia akan menjerit...

"Woi budak-budak! Apo yang bising-bising ni? Wan kau nak semayang tu haaa...runtuh ghumah ni kau buek kang...dah, dah, turun-turun. Poi main kek luar!!"


Walaupun nenekku tidak pernah memarahi kami, namun Induk tidak begitu. Kami akan selalu menjadi perhatiannya akibat kenakalan kami. heheheh...

Itulah antara dialog yang tidak dapat ku lupa sehingga sekarang. Namun, sekarang kami semua sudah besar panjang. Tiada lagi suasana begitu untuk hari raya akan datang, kerana rata-rata sepupuku semuanya sudah berkahwin....

-:: Sungguh indah hidup ini tanpa hasad dengki ::-

Pengalaman mematangkan kita. Aku sangat yakin dengan kata-kata ini. Tanpa peristiwa yang kita tempuhi, maka kita tidak akan dapat merasakan nikmatnya hidup di dunia ini. Dalam hidup ini penuh dengan pancaroba asam garam, pahit manis, itulah warna-warni kehidupan. Buat pengetahuan anda semua, aku juga tidak lepas dengan semua jenis pengalaman dan pancaroba. Hidupku penuh dengan kisah tidak kurang suka dan dukanya.

Apabila aku duduk seorang di dalam bilik dan baring di atas katilku, aku akan pandang ke siling lantas fikiranku akan melayang jauh teringatkan kembali peristiwa yang telah berlaku dalam hidup ini. Teringatkan kembali peristiwa yang telah banyak berlaku. Semua itu telah mengajar aku menjadi seorang insan yang tabah dan kuat.

Alangkah bahagianya hidup ini tanpa hasad dengki.
Dengki. Aku tidak tahu bagaimana hendak membunuh hasad dengki ini. Dengki itu tidak akan mengenal usia. Mengapakah aku seringkali mengarut. Aku tidak tahu. Tetapi kerana hasad dengki inilah kita bercakaran di antara satu sama lain. Kerana hasad dengki inilah, dahulunya sangat baik dan saling sayang akan menjadi musuh yang paling ketat. Kerana hasad dengki inilah, manusia sanggup menyakiti orang lain dan sanggup melihat orang itu menderita.

Dengki lah punca segala kemusnahan. Dengki kerana tidak boleh melihat orang lain hidup senang dan bahagia. Oleh kerana dengki yang datang menusuk di dalam jiwa seseorang itu, dia akan sanggup memfitnah orang lain semata-mata untuk kepuasan hatinya dan demi memuaskan hatinya untuk melihat orang tersebut dibenci oleh semua orang di dunia ini. Dengki ini tidak akan pernah boleh dihentikan selagi ada makhluk yang bernama manusia. Manusia tidak lepas dari hasad dengki. Hmmm apa yang aku mengarut ni...

Aku juga tidak pernah lepas dari hasad dengki. Seringkali aku menjadi mangsa oleh segenap manusia, namun aku tetap menjalani kehidupanku normal seperti anda juga. Aku tidak pernah berdendam dengan mereka yang pernah memfitnahku dengan seburuk-buruknya. Aku sangat bersyukur kerana aku sekarang semakit kuat. Malah sehingga kini, dia tidak pernah mangaku yang semua cerita yang direka-reka itu datangnya dari dia. Namun ku tahu, aku ada bukti. Tidak mengapalah. Biarkan sahaja. Aku tidak pernah berdendam. Tetapi aku seringkali buntu memikirkan tentang itu.

Mengapa ada manusia yang sanggup untuk memfitnah seburuk-buruknya untuk melepaskan diri sendiri dari masalah. Itu yang aku tidak boleh terima sehinggalah hari ini. Apabila teringatkan kembali, pastinya aku berasa amat kecewa dan amat dukacita kerana ada manusia yang sanggup berpura-pura baik untuk kepentingan dirinya. Aku sangat sedih apabila memikirkannya. Apakah salahku sehingga diperlakukan sedemikian. Adakah aku yang bersalah? Sehingga sekarang dia tidak pernah hendak membetulkan keadaan itu. Kadangkala aku berasa amat malu. Kau telah membuat satu jenis pembohongan yang barangkali amat besar di dalam hidup ini. Argghhh...aku mengarut lagi ni. Tetapi inilah hakikat. Kepada segenap manusia di luar sana, berhati-hatilah...


Saturday, September 20, 2008

-:: Aidilfitri Hari Kemenangan ::-

Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com

Aidil Fitri adalah hari kemenangan bagi ummat Islam, karena telah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulam di bulan Ramadhan. Selama sebulan Ramadhan Rohani dan Jasmani kita dilatih sedemikian rupa untuk menjadi orang yang Taqwa, yaitu orang yang mematuhi perintah Allah dan menjauhkan diri dari apa yang dilarangNya. Taqwa adalah tingkat yang paling mulia disisi Allah s.w.t.

Selama sebulan menahan haus dan lapar, selama sebulan menahan hawa nafsu sex, disiang harinya, selama sebulan melatih diri dari berkata-kata, mendengar dan melihat hal-hal yang dimurkai Allah. Diiringi pula dengan solat-solat sunnah lainnya, berzikir, memperbanyak membaca dan memahami al-Quran dan berusaha melaksanakannya, dengan memberi makan fakir miskin dan membantu mereka yang berjuang dijalan Allah, jalan para Ambia dan Rasul-Rasul Allah, seperti para muballigh dan pendakwah sepenuh masa, karena usaha mereka adalah untuk menerangi dan memberi petunjuk ke jalan yang benar yaitu jalan yang diredhai Allah s.w.t. sehingga ummat Islam tidak sampai tersesat jalan, dan dapat menunaikan ibadah puasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kita sambut Aidil Fitri semenjak malam hari satu syawwal dengan takbir, tauhid dan tahmid dengan suara gemuruh, untuk membesarkan Allah s.w.t., mengesakanNya, dan memujiNya, serta bersyukur atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita. Allah berfirman yang maksudnya:’…….dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Q.S. Al-Baqarah : 185)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallahu, Allahu Akbar,Allahu Akbar, wa lillahilhamd. Maha Besar Allah tidak ada tuhan melainkan Allah, dan kepada Allah tertuju segala pujian.

Al-Imam Al-Syafi mengingatkan kita bahwa malam Aidil Fitri itu adalah diantara malam-malam yang mudah diperkenankan do’a kita, oleh itu berdo’alah dengan khusyuk dan mohon Allah menerima ibadah puasa kita yang tidak sepertinya itu, untuk menjadi bekal hidup kita diakhirat nanti.

Hari kemenangan ini kita sambut dengan saling mengucapkan tahniah dan mendoa’akan antara satu dengan lainnya, dan tidak lupa pula saling memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan terhadap sesama saudara muslimin dan muslimat. Pada hari yang mulia ini orang mudah memohon dan memaafkan sesama insan Manusia memang mudah lupa dan mudah melakukan banyak kesilapan dan kesalahan. Oleh itu gunakanlah kesempatan saling mema’afkan ini, dengan sebaik mungkin.

Hubungan silatrrahim dieratkan lagi dengan saling ziarah menziarahi sesama keluarga yang terdekat, jiran tetangga, dan sahabat handai tolan, dengan perasaan penuh kegembiraan dan kasih sayang. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

Mudah-mudahan Ibadah Puasa kita selama bulan Ramadhan dapat membawa hasil yang gemilang bagi kesehatan rohani dan jasmani kita, untuk membentuk peribadi yang mulia, yaitu peribadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. sehingga terbentuklah sifat-sifat terpuji seperti orang yang sabar, disiplin, bertimbang rasa dan bersyukur, dan dapat pula membersihkan diri dari noda dan dosa. Mudah-mudahan dengan demikian, puasa Ramadhan ini dapat menyehatkan rohani dan jasmani kita serta menambahkan kecerdasan kita dalam menjalani kehidupan yang sementara, didunia ini.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang telah berjaya mencapai kemenangan, karena menunaikan ibadah puasa selama bulan Ramadhan. Dan kepada mereka yang telah berjaya ini kita ucapkan Tahniah, atas kemenangan yang telah diperoleh, berkat mematuhi perintah Allah dan RasulNya, selama bulan Ramadhan al-mubarak.

Akhirnya kepada semua Muslimin dan Muslimat, dimanapun anda berada, saya ucapkan Selamat menyambut Aidil Fitri mohon ma’af lahir dan bathin.


Mohon Maaf...


Assalamualaikum,

Sempena Aidilfitri yang akan menjelma dalam tempoh hanya 10 hari lagi, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua Selamat menyambut Aidilfitri. Ini lah kemenangan bagi semua umat Islam. Di sini juga aku ingin menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang penulisan yang telah tercatat di dalam blog ini membuatkan anda semua tersinggung, terasa hati dan sebagainya. Inilah tempat ku meluahkan perasaan. Segala-galanya. Sekali lagi aku memohon maaf terutamanya kepada sahabat baik ku Zuhayati Yazid. Maafkan diri ini dengan keterlanjuran di sepanjang perkenalan kita. Harap sempena hari yang mulia ini, hubungan silaturrahim kita akan terus terjalin sehingga akhir hayat.

Kepada SU ku, Ita, mohon maaf jika disepanjang kita bekerjasama ada terkasar bahasa dan sebagainya dan jangan lupa raya nani bawalah Alisya ke rumah...hehehe. Dan kepada semua rakan dan taulan, mungkin diri ini telah banyak terlanjur kata, maafkanlaah. Ok...sampai di sini. Akhir sekali, ingin sekali berongsi dengan anda semua artikel mengenai "Aidilfitri Hari Kemenangan" yang ditulis oleh Ustaz Syed Hassan Al-Attas.

Friday, September 19, 2008

Sungguh tidak percaya aku ke Kuliah Jumaat?

Kak Ras sibuk mencatat segala ilmu yang disampaikan.

Kuliah Jumaat : Meraikan Kemenangan Selepas Ramadhan


Assalamualaikum,

Nampaknya sudah dua hari aku tidak menghiraukan blog ku ini. Seperti tiada apa yang berlaku dua hari lepas, tetapi hakikat adalah disebaliknya. Agak sibuk di pejabat menyiapkan SKT kerjaku. Memandangkan semua staf di cawangan aku sudah menghantarnya, maka aku kelam kabutlah menyiapkan. Itupun setelah diingatkan oleh Atiqah. Kalau dia tidak mengingatkan sudah tentu aku juga tidak perasan. Selepas balik dari bercuti selama lima hari itu, aku agak ketinggalan.

Mengimbas kembali, semalam Atiqah datang padaku tersenyum simpul kerana hendak menyatakan bahawa aku seorang sahaja yang belum menghantarnya. Tidak apalah Atiqah, sudah menjadi tanggungjawab tu. Tak perlu nak takut-takut. Aku tidak pernah makan orang pun. Hehehe. Tanpa berlengah masa aku terus khusyuk menyiapkan.

Hari ini aku tiba di pejabat agak awal. Aku kira, inilah waktu terawal yang pernah dicatatkan dalam rekod selama aku bekerja di sini. Jam 7.00 pagi. Jam 7.00 pagi aku telah menyusuri ruang parking kereta di pejabat. Aku sungguh senang hati kerana akulah Raja. Hahaha. Akulah yang berkuasa. Aku memandu dengan lajunya mencari tempat meletak kereta. Memang bayak lagi tempat yang masih kosong. Bukan seperti hari-hari sebelum ini. Sungguh sukar untuk meletakkan kereta merahku ini. Aku ke tempat yang paling dekat dengan pintu masuk.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.45pagi. Hari ini Jumaat dan kuliah Jumaat akan disampaikan oleh Ustaz Hassan Al-Attas. Sudah menjadi kewajipan di Jabatan kami untuk hadir ke kuliah. Aku mengajak Kak Ras pergi dan dia bersetuju. Agak lama tidak bersua dengan Kak Ras dan Kak Hanim. Aku kira inilah peluang untuk kami merapatkan kembali silaturrahim disamping mendengar kuliah, kerana selama ini aku sentiasa tiada di pejabat dan sungguh jarang untuk bertemu dengan mereka. Kami orang pertama yang sampai.

Walaupun kelas ini sangat ringkas, namun ilmu yang telah disampaikan tidak ternilai harganya. Terima kasih kuucapkan kepada ustaz. Sebelum ini memang agak sukar untuk aku bersama yang lain. Maklumlah tugas ku banyak di luar. Aku sangat bersyukur pada bulan Ramadhan ini, aku banyak menghabiskan masa bersama rakan dan taulan. Dan sungguh aku tidak percaya akhirnya aku telah pergi mengikuti kuliah Jummaat itu. Akhirnyaaaa....(bak kata Anita Sarawak)...


Wednesday, September 17, 2008

-:: Seharian di dalam bilikku ::-


Pagi itu selepas Subuh aku merebahkan badanku ke atas katil. Badanku agak lenguh semuanya. Mungkin tidak cukup tidur. Mana taknya selagi tidak jam 3, maka tidak lelap mata ini. Aku terbangun pada jam 930 pagi. Aku terus mencapai telefon dan menekan butang untuk mesej. Hmmm. Tiada balasan. Masih belum bangun agaknya.

Bagaimana agaknya cerita di pejabat? Bagaimana keadaan Atiqah sekarang ini setelah kejadian yang menimpanya. Pastinya banyak cerita yang aku sudah ketinggalan. Maklumlah semalam aku datang ke pejabat hanya untuk punch card sahaja. 7.30 pagi itu aku terus ke Sekolah Menengah Desa Petaling. Ada jemputan sesi ceramah Penutupan Hari Kemerdekaan. Selesai sesi itu aku terus menuju ke rumah.

Hari ini aku MC. Kepalaku sangat pening. Doktor mengatakan aku kurang rehat dan stres. Pandai juga doktor ini berlawak. Huhuhu. Mana ada aku stres. Cuma badan ini rasa kurang enak. Rasa macam hendak demam. Aku tidak hiraukan. Setelah mengambil ubat, aku terus balik ke rumah semula. Aktiviti pada hari ini agak terbatas. Aku hanya berada di dalam bilikku dan berehat sambil on kan laptop ku ini.

Aku keluar hanya untuk solat sahaja. Selebihnya aku menghabiskan waktu berada di kamar ini.

Klinik Az-Zahrah

-:: Hentikan Sahaja, Semua Ini ::-

Seringkali aku mengeluh apabila selesai membaca blognya. Mulai sekarang aku tidak mahu lagi untuk menyentuh ha-hal itu. Aku rasa seperti seorang yang sangat bodoh apabila berperang dengannya. Aku rasakan sampai bilapun perkara ini tidak akan mungkin berhenti sekiranya kita asik berbalahan di antara satu sama lain.

Tidakkah kau rasa begitu juga? Apa gunanya belajar setinggi itu sekiranya mentaliti kita tetap pada tahap yang rendah. Bak kata En. Zilam "kita boleh mengubah sikap, tetapi kita sukar untuk mengubah mentaliti". Sudah! Cukuplah setakat ini sahaja kita berbalas-balas untuk menyakiti hati masing-masing. Aku rasakan tiada kesudahnnya. Sekiranya kau masih ikhlas menerima nilai persahabatan itu, maka tidak seharusnya kita berkelakuan seperti kebudak-budakan lagi.

Bulan yang mulia Ramadhan ini, sepatutnya kita bermaaf-maafan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita saling menyakiti. Tidak kiralah aku kah yang perasan, sudahlah. Cukuplah setakat ini. Walaupun kutahu sekiranya dahulu akulah yang selalu beralah. Begitu juga hari ini. Aku inign sekali melihat rakan-rakan mendoakan bukannya dengan perasaan seperti ini. Kurasakan seperti ada sesuatu yang belum diselesaikan. Aku ingin sekali memutar kembali masa yang telah berlalu. Pada waktu itu kau dan aku seperti adik -beradik yang sangat akrab, tetapi tidak pada hari ini.

Kau tidak akan berada pada tahap ini tanpa sokongan rakan-rakan, begitu juga aku. Aku juga pasti tiada di sini sekiranya tiada sokongan dari mereka. Pendek kata, semua yang kita miliki ini adalah pinjaman sementara sahaja. Bila-bila masa sahaja nikmat kemewahan itu boleh ditarik semula. Aku tidak mahu itu berlaku. Aku inginkan sahabat yang sentiasa berada di sampingku, di kala senang dan susah. Bukan begini caranya kita menghargai satu sama lain. Hentikan lah semua ini....


Monday, September 15, 2008

-:: Hari Pertama Kerja Selepas Bercuti 5 Hari ::-


Hari ini aku mula bekerja. Setelah lima hari aku berada di rumah. Segala tugas yang aku jajni untuk disiapkan telah selesai. Hari ini Mie, Fetty dan Shah tiada di pejabat. Mereka semua ke Kembara Ramadhan. Berkunjung ke rumah anak-anak yatim. Sehingga hari ahad. Hmmm memang agak bosan sedikit. Kerana Mie jiran sebelah yang suka menyakat tiada. Riuh Fetty juga tiada. Tinggal aku dan Ita sahaja. Is dan Cha.

Fetty dan Mie

Pagi tadi semasa aku baru sahaja sampai di pejabat, aku dikejutkan dengan khabar seorang rakan pejabatku, Atiqah. Dia telah diragut. Aku segera menelefonnya sebaik sahaja Is memberithuku. Alhamdulillah dia tidak ada apa-apa. Mujurlah rakyat Malaysia ini sangat perihatin. Apabila dia menjerit, ada seorang pakcik ini dengan pantas telah menyepak motor sang peragut. Apa lagi dia tergolek-golek di atas jalan. Namun beg Atiqah telah tercampak di dalam longkang. Tetapi apa yang penting di sini ialah dia selamat.

Hari ini dia tidak jadi ke pejabat tetapi ke balai polis untuk buat laporan. Buat Atiqah, harap bersabar ye. Inilah dugaan.

-:: Dia merajuk agaknya.. ::-

Kebiasaannya, dia akan menghantar mesej sebelum sampai ke tempatnya.
Tetapi tidak hari ini. Sehingga Subuh tadi dia kelihatan amat sugul.

Adakah dia merajuk?
Hmmm...bagaimana agaknya untuk memujuk hatinya yang sedang merajuk?
Mesej juga aku hantar berkali-kali.
Tetapi tiada balasan. Selalunya sedang dia bertolak menuju ke tempatnya dia lantas akan memberitahuku. Tidak juga hari ini.

Hari ini dia merajukkah?
Mungkin malam tadi tersentuh hatinya dengan kenyataanku? Macam-macam aku fikirkan. Tetapi tiada lagi balasan sms darinya sehingga pagi ini.

Adakah dia sibuk?
Hmmm... selalunya sibuk, dia akan beritahu sebabnya. Sehingga jam 9.28 pagi ini dia masih tidak membalas.

Adakah dia sedang tidur?
Tidak mungkin begitu. Hari ini adalah hari yang paling penting baginya. Wahai kamu... jangan lah merajuk lagi... Tolong beritahu sebabnya. Sekiranya aku yang bersalah, maafkanlah.

-:: Tulisanku panjang bersebab ::-

Barangkali tulisan yang dicoret agak panjang. Si Yati mengatakan aku sudah berjangkit dengan dia. Menulis panjang-panjang. Hmmm...kenapa dia masih ingin kisah dengan tulisan ini. Bak kata dia, "Suka hati aku la, ko tak ada hak untuk suruh aku buat itu ini"... Kenapa dia masih lagi kisah? Aku pun tidak tahu. Kadangkala aku ingin jelaskan sesuatu dengan sangat mendalam. Aku tidak mahu tulisan ini disalah tafsir. Seperti dia juga sudah besar panjang, reti untuk fikir itu ini dan tidak perlu lagi untuk mendengar pendapat orang lain. Silakan sahaja. Aku tidak pernah nak menghalang. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, aku tumpang gembira juga. Aku juga sangat gembira dengan kehidupanku sekarang. Tie, aku juga bangga sebenarnya, kerana sedikit masa lagi kau akan dianugerahkan dengan satu gulung Master. Tahniah.

Sesekali aku teringat, aku terlalu banyak berkorban untuk orang lain. Sehingga diri sendiri terabai. Dahulu aku seringkali datang lewat ke tempat kerja, kerana berkorban untuk orang lain. Aku sanggup ponteng kerja semata-mata hendak menghantar seorang kawan pergi temuduga. Akhirnya aku dibenci oleh bosku sendiri. Aku tidak pernah mengeluh. Tetapi apabila mengingatkan kembali perkara tersebut aku merasakan betapa aku ini terlalu mementingkan orang lain sehingga diri sendiri teraniaya. Arghhh...jika hendak dihitung, aku rasa pengorbanan ini tidak berbaloi kerana sedikitpun ia tidak pernah dihargai. Aku bukan minta untuk dihormati seperti seorang Perdana Menteri, tetapi cukuplah sekadar untuk mengingati. Tetapi, aku dicemuh, difitnah dan diburuk-burukkan dengan macam-macam jenis cerita dongeng. Aku dipersalahkan. Sungguh tidak adil... Jangan salahkan bunyi tepukan, kerana tanpa kedua tangan yang bersatu maka tiada terhasil bunyi tepukan itu.

Sungguh tidak adil sekiranya aku dipersalahkan. Sesungguhnya sehingga sekarang aku masih lagi merasainya.

Sekarang, aku ingin sekali untuk berhenti dari meneruskan tulisan ini. Aku mahu semua orang berfikir. Aku tidak mahu dikatakan berjangkit pula. Sekiranya tulisan ini tergantung, sila ajukan sebarang pertanyaan kepada saya. Terima Kasih. Stop.

Sunday, September 14, 2008

-:: Rindu untuk berjogging ::-


Pada kebiasaannya, hari hujung minggu lah aku akan cuba untuk meluangkan masaku di rumah. Selepas bangun dan solat Subuh, Mak akan mengajakku untuk berjogging. Inilah trek yang aku akan berlari. Trek ini adalah sepanjang 500 m(Kalau tak silap dan mungkin lebih lagi). Selalunya aku akan membuat 3 kali pusingan. Huhuhu cukuplah untuk mengeluarkan peluh seperti semut hitam yang berjogging dan berpeluh-peluh. Hehehe.

Sekiranya tiada kursus yang akan aku pergi inilah aktiviti hujung minggu ku. Kebiasaannya, selepas jogging, aku akan membawa mak ke kedai menjual bunga-bunga dan tanaman. Mak suka berkebun. Setiap kali seletah keluar dia akan menyambung pula dengan membersihkan laman rumahku. Aku pula akan masuk ke rumah dan membuka lapop kesayanganku..hehehe.

Mungkin selepas ini, aku akan meneruskan kembali aktiviti ini. Buat mereka yang di luar sana jomlah sertai aktiviti sihat ini. Jumpa di trek Stadium Bangi yer...

Saturday, September 13, 2008

-:: Sahabat saya..::-

Aku ini bukanlah seorang yang sangat puitis untuk menulis. Malah aku bukan seorang penulis dan pemberita yang hebat seperti sahabat saya si Yati. Teringat satu ketika dahulu, sebelum si Yati ini berpindah ke Terengganu. Memang seperti katanya juga, kami memang banyak menempuh segala perit jerih yang selama ini hanya kami sahaja yang merasainya. Aku tidak pernah mengeluh dengan apa yang telah berlaku, tetapi itu lah dugaan hidup. Pancaroba yang terpaksa aku tempuhi.

Banyak pengalaman yang aku dan dia tempuhi. Dari zaman kami bergaji hanya ratusan sehinggalah kini. Aku sentiasa anggap dia adalah rakan seperjuangan. Tetapi hanya seketika dan kadangkala aku merasakan begitu jauh dengannya. Aku tidak tahu mengapa. Kemungkinan besar dia sememangnya jauh dengan aku. Hehehe. Kadangkala teringat juga apa yang telah berlaku dan kadangkala ingin sekali melupakan semuanya. Tetapi setiap tempat yang kukunjungi dan lakukan pasti ada sejarahnya. Sejarah itu mengingatkan kembali.

Setiap kali laman blognya diupdate dia tidak pernah lupa menghantar mesej kepadaku untuk mengingatkan supaya membacanya. Hmmmm... Baru tadi aku membaca blognya setelah dia mengatakan sudah lama aku tidak mengupdate blogku... Buat si Yati, terima kasih kerana sudi untuk menjenguk blog yang tak seberapa ini. bak katamu cacamarba... Aku tidak kisah semua itu. Setelah membaca blognya barulah aku tahu, dia telah menyebut namaku di dalam blog itu. Seringkali tercatat namaku di situ. Aku pun tidak tahu semenjak dua menjak ini, dia seringkali teringatkan nama itu. Aku tahu dia sekarang sudah mempunyai kekuatan yang selama ini dicari.

Aku sentiasa mendoakan kejayaan itu, aku sentiasa di sini untuk berkongsi kejayaan bersamamu. Janganlah kau risau. Ya... dari dahulu sehingga sekarang sebarang keputusan adalah hak milikmu. Aku tiada hak pun untuk campurtangan dengan urusanmu. Aku tidak merungus seperti mana yang telah kau catatkan di dalam blog mu itu. Tulisan ini barangkali dapat menrungkaikan segala persoalan yang berada di dalam kotak fikiranmu.

Malam ini aku tidak bersemangat untuk berbuat apa-apa. Untuk menulis blog juga tiada idea yang bernas. Teringat kembali Ramadhan yang lalu. Aku tidak selalu berada di rumahku. Aku sentiasa akan keluar berbuka bersama teman-teman. Apa khabar agaknya Rini. Sudah lama aku tidak mendengar berita darinya. Antara teman yang selalu menemaniku ketika aku tidak ada sesiapa ketika itu, dialah orangnya. Banyak menasihati diri ini. Agak laser mulutnya tetapi apa yang di katakan adalah betul belaka...

Aku ini seorang yang terlalu lembut hati. Tidak pernah hendak berkeras. Seringkali aku ini menjadi mangsa keadaan. Itulah aku yang sebenarnya. Walaupun di luaran mukaku ini kelihatan tegas namun hatiku ini sangat lembut. Aku juga sangat mudah untuk menitis kan air mata. Itulah kelemahan diriku. Apabila membaca blog Yati, aku teringat berbuka puasa di kampungya, Kelantan. Mungkin sekiranya aku tidak mengenalinya aku tidak pernah kenal Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Terima kasih. Aku tak pernah melupakannya. Pernah satu ketika dahulu aku ditimpa musibah di tempat kerjaku dan hampir-hampir untuk berhenti, namun begitu ayahnya seringkali memberi kata-kata semangat untuk aku meneruskan perjuangan ini sehingga aku meniitis kan air mata. Bukan kerana apa, ayahku tidak pernah menasihati aku sebegitu rupa. Aku sangat berterima kasih di atas segala jasanya. Begitu juga Ma. Tatkala aku kesunyian ketika itu, dia lah penghibur hati ini. Aku tidak pernah menafikannya.

Adakah kita masih lagi bersahabat? aku tidak tahu..terima kasih di atas segala-galanya...

-:: Tugasku Sudah Selesai ::-


Gembira rasa hatiku ini, langsir-langsir yang kujanji untuk dijahit sudah siap semuanya. Selepas bersahur hari ini, aku tidak terus melelapkan mataku semula. Aku sangat bersemangat pagi itu. Kulihat adik sudahpun tidur semula selepas bersahur tadi.

Langsir-langsir yang telah kujahit sejak semalam akhirnya siap sedia untuk digantung. Ini lah aktivitku sepanjang aku bercuti sabanyak 3 hari. Hehehe..

-:: Tiba-tiba adik rajin hari ni ::-


"Huh.. Kak N tu pemalas... tak reti nak basuh pinggan,
biar je adik yang basuh. Dia tu asik jer main internet!"


Tiba-tiba selepas makan berbuka hari itu adek terus mengambil apron. Apron itu baru sahaja dibelinya di Warta Bangi. Katanya cikgu yang arahkan supaya beli untuk memudahkannya memakai semasa subjek pendidikan seni. Maklumlah apabila waktu seni, menggunakan warna air. Tidak mahu mengotorkan baju sekolahnya, itu lah alasan yang diberikan untuk mengajakku pergi membeli apron itu. Huh budak sekarang sangat mudah. Jika zaman aku dulu, pakai lah baju yang comot-comot itu ke sekolah.
Tetapi mak pernah mengatakan .. aku adalah pembersih, baju sentiasa bersih tak comot, tak pernah kepam...hehehe. Dalam ramai-ramai adek beradik ku, aku lah yang paling mudah. Kerana bajuku tidak kotor sangat untuk disental. Hmm itu kata emak. Aku sendiripun sudah lupa sebenarnya.
Malam itu sebelum aku ke masjid bersama emak dan Faiz, adik sudah siap dengan apron barunya dan terus ke sinki. Aku rasa sukar hendak percaya. Kerana sebelum ini, pinggan sebiji pun dia sangat susah untuk mengangkat ke sinki apatah lagi untuk membasuhnya. Tetapi hari ini dia terus membasuh segala pinggan yang ada. Aku lihat telatahnya. Aku segera mengambil HPku. Aku ambil gambarnya. Hehehe. Ini sebagai bukti yang adik ni tidak lah sepemalas macam kakaknyer...
Tiba-tiba adik bersuara sendirian "Huh.. Kak N tu pemalas... tak reti nak basuh pinggan, biar je adik yang basuh. Dia tu asik jer main internet!" Aku yang dari tadi memerhatikan adik terus ketawa terbahak-bahak dan membuatkan adik terkejut dengan hilai tawaku itu. Dia tersengih-sengih dan malam itu Adik tidak ikut ke Masjid kerana penat membasuh pinggan-pinggan. Jangan lupa untuk basuh pinggan Kak N lagi tau...hehehe

Tuesday, September 9, 2008

-:: Aku Sudah Sedia Hadapinya ::-

Bak kata Zuhayati, dia keliru dan menggaru kepalanya yang tidak gatal...Aku juga agak keliru dengan diriku ini. Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi semuanya. Hari ini, aku sampai di pejabat agak awal. Jam tangan ku sudah menunjukkan pukul 720pagi. Semenjak dua menjak ini, aku sangat letih. Mana taknya, malam aku tidur agak lewat. Jam 2 pgi adalah masih awal bagiku. Selalunya, jam 3 barulah aku akan melelapkan mata. Aku akan bingkas bangun dengan ketukan pintu oleh mak yang akan mengejutkanku setiap pagi. Jam 430 pagi. Aku akan bangun dalam keadaan yang agak mamai. Tetapi aku besyukur kerana aku adalah di antara insan-insan yang senang untuk bangun dari lelap tidurku.

Sejak dari jam 7.30 pagi tadi, aku memulakan tugasku. Targetku pada hari ini adalah untuk menyiapkan segala macam kerja-kerja yan tertunggak. Kerana esok adalah hari cuti-cuti Malaysia. Hehehe. Selagi aku tidak siapkan kerja-kerjaku ini, selagi itulah aku tidak akan mengisi borang cutiku. Jam 12 tengahari aku mula merasakan badanku ini amat lemah dan tiada tenaga. Tetapi aku tetap dengan azamku. Menghabiskan bebanan ini sebelum jam 430ptg. Aku merasa amat letih dan sangat-sangat mengantuk. Kalau hendak diikutkan hati sudah lama aku balik dan terus menuju ke atas katil empukku.

Jam sudah menunjukkan 3ptg. Lihatlah dunia, akhirnya aku berjaya menyiapkan kerjaku awal dari sepatutnya. Tanpa membuang masa aku terus mengambil borang cuti dan aku ingin mengumumkan di sini kawan-kawan, Aku akan bercuti bermula esok sehinggalah Jumaat. Aku ada temujanji dengan rumahku. Pasti anda akan menyangka yang aku akan berehat sahaja di rumah...Tidak kiralah apa yang akan aku lakukan di sini, blog ku akan tetap aku penuhkan. Anda tunggulah apa yang akan aku buat sepanjang cuti ini.

Untuk rakanku, Zuhayati, keretanya telah dipecah oleh pencuri. Aku turut bersimpati dengan kejadian yang telah menimpa anda. Sudah lama aku berpesan...Hidup tidak selalunya indah, Langit tidak selalu cerah, Sepi malam tak berbintang....Itu lah lukisan alam...Harapanku, hadapilah segalanya dengan tabah.

Monday, September 8, 2008

-:: Kekeliruan Zuhayati ::-

Petang itu (5 September 2008) aku menelefon kawan baikku, Zuhayati. Nampaknya dia tidak berpuas hati. Huhuhu. Aku sedikit pun tidak ada rasa jeles untuk laman blognya yang baru itu. Memanglah suka hati dialah nak buat apa pun dalamnya. Dan begitu juga untuk blogku ini suka hati aku lah untuk buat blog ini corak dan bagaimana bentuk pun. Walaupun dalam komennya mengatakan blogku ini macam keling... aku tidak kisah. Ini lah kehidupan ku sekarang. Walau keling ke, India ke. Inilah aku sekarang. Dan aku sangat gembira apabila semua isi hatiku dapatku curahkan dalam blog ku ini. Huhuhu. Sahabat, buat pengetahuanmu, aku tiada sesiapa lagi dalam dunia ini selain dari blog ini yang sekarang telahpun menjadi rakan karibku. Ini sahaja tempatku mencurahkan segala-galanya.
Apa yang sangat pasti, cara penerimaan kamu apabila aku melontarkan pendapat itu. Aku langsung tidak boleh menerimanya. "Suka hatilah...itu hak aku...kau siapa untuk bagi komen dann mengarahkan aku buat itu ini..." Bagaimana kalau anda menghadapi situasi ini. Sudahlah aku dituduh jeles, sahabat baik yang dahulunya diibaratkan isi dengan kuku boleh berkata demikian. Saya handak bertanya anda semua.. Apakah perassan anda? Aku sedikit kecewa kerana cara tindakbalasmu sangat sinis. Namun kutahu tulisanku ini tidaklah sehebatmu. (Walau ku tahu siapakah sebenarnya yang menulis di dalam blog itu).
Aku tidak kisah wahai sahabat. Aku hanya ingin melontarkan pendapat. Itu hanyalah pendapat. Jika engkau merasakan aku tidak sepatutnya melontarkan pendapat itu...aku terima. tetapi bukankah di dalam tulisan mu itu ada mengatakan bahawa kita ini adalah bebas.. Bebas dari segala segi. Dalam konteks ini, pendapatku juga adalah bebas. terpulang kepadamu untuk menerima atau tidak. Yang pastinya itu hanyalah pendapat ikhlas dariku. Tiada langsung berunsurkan 'kejelesan'.
Aku teringat... Bukankah engkau sebenarnya yang selalu jeles denganku? Aku langsung tiada niat untuk mengusik hidupmu. Namun jika kamu merasakan terdapat unsur-unsur yang kamu nyatakan itu, aku memohon maaf. Sudah tiba masanya aku di sini membina kehidupanku dan kamu binalah hidupmu. Aku sentiasa berdoa agar kau akan sentiasa bahagia berada di bawah lindungan Nya....

Saturday, September 6, 2008

-:: Adik merajuk ::-


Kalau nak tahu, dirumah aku memang terkenal dengan sikapku yang agak tegas. Adik-adikku semuanya agak takut dengan Kak N. Siapa yang tak kenal... aku bukan hendak sangat menunjukkan kegarangan ku ini. Tetapi kadang-kadang garang itu perlu untuk mengajar adik-adik. Bukannya apa, nak harap mak memang seorang pun tak takut. Tetapi apabila ku bersuara sahaja semua akan ikut. hehehe. Hari ini aku telah menampar pipi adek...Jannah. Dia nakal. Tidak kuat, tetapi pekikan tangisannya mengalahkan bunyi bom. Huh sangat pening kepala aku.



Adek merajuk...dan terus menangis

Rakan-rakan pejabatku... pastinya anda agak terkejut bukan? Watakku di rumah dan di pejabat agak berlainan. Pejabat aku terkenal dengan seorang yang lemah lembut bak kata Ita. Hmmm..time marahpun tak tahu bila. Ini kerana di sini aku sentiasa akan senyum. Walau macam manapun situasi genting sekalipun. Aku hanya akan buat cool sahaja. Tetapi kawan-kawan jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya... hehehe. anda faham maksud ku?faham-fahamlah sendiri.

Petang itu harapanku untuk membasuh keretaku hancur kerana hujan yang turun mencurah-curah. Aku sangat serabut melihat kereta merahku ini bertukar menjadi warna kelabu asap...huuhhu. Sangat tidak selesa untuk di bawa. Mak sekali lagi mengajak ku untuk ke bandar Kajang. Cadangnya untuk menambah lagi sedikit untuk langsir rumah. Katanya di Metro Point terdapat kedai baru. Jackel. Aku yang agak blur hanya mengikut sahaja.

Setelah meletakkan kereta merahku di parking depan Metro Point, kami terus masuk ke dalam dan mencari kedai yang emak maksudkan. Alangkah kecewanya aku apabila mendapat tahu hanya Gulaty's sahaja yang ada. Kedai langsir yang diheboh-hebohkan itu sebenarnya tidak wujudpun sama sekali. Aku agak kecewa kerana untuk peri ke sini amat susah. Maklumlah hari cuti.Kami teruskan jua perjalanan walaupun di hati amat geram. Pergi sahaja ke Tesco. Senang sudah tentunya aada Nagoya.

Sampai sahaja di sini aku terus meluru ke bahagian langsir yang ingin aku beli...

Friday, September 5, 2008

-:: Paling Awal Ke Pejabat ::-

Tahniah untuk diri ku...sampai awal hari ini...

Aku sudah cuba sedaya upaya untuk sampai awal, namun seteah 3 hari bekerja, aku masih gagal. Masih juga sampai ke pejabat pada jam 8pagi. Agak amik time masuk keje WP1. Tetapi cadangnya ambil WP1 untuk pulang awal. Maklumlah Bulan Ramadhan....

Hari ini aku berazam untuk sampai awal ke pejabat. Selepas bersahur pagi itu aku tidak tidur. Terus berjaga dan aku juga keluar awal dari rumah. Bertolak jam 7.00pagi. Pada hari-hari sebelumnya jam 7 adalah masa aku bersiap, tetapi tidak hari ini. Aku teruskan tekad ku.

Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat kenderaan yang menderu-deru untuk ke pejabat masing-masing. Aku sampai di Putrajaya jam 715pagi. Setelah meletakkan kereta, aku terus 'punch'. Huh! Akhirnya aku berjaya juga untuk sampai sblm 730pagi.

Aku lihat di sekeliling rakan-rakan lain belum lagi tiba....

Finally I'm the first one that arrived 7.26 o'clock this morning...hehehehe.. Congratulation Faiezah...

Wednesday, September 3, 2008

-:: Berita gembira ::-

Hari-hari jem..huuuhu

Pening aku jem cam ni...huhuhu....



Hari ni aku ke pejabat seperti baisa. Tetapi tetap lambat juga huhuhu. Alasan tetap sama. Huhuhu...Jam...Aku terus msauk ke pejabat. Hmmm sorang pun takder. Yang ade cuma Atiqah dan Ita SU ku. Mie dan Fetty MC hari ni. Agak sunyi.

Aku terus buka laptop seperti biasa dan meneruskan kerjaku. Tiba-tiba mesej ku berbunyi...

Salam, akak...huhuhu, trharu nie, Alhamdulillah, terima kasih byk2 kak, saya dapat intervew KPLI 2, akak tgkla sndiri, huhu, makash kak...


Aku memanjat kesyukuran. Alhamdulillah akhirnya sahabtku Nik telah dapat panggilan interview kpli yang amat diharapkan... aku membantu setakat yang mempu sahaja ye ... yang lain terserah padamu..Aku sentiasa mendoakan kejayaan menjadi milikmu...

Jauh di sudut hati ini, aku terasa amat bersyukur, gembira. Semoga berjaya. Dah kaya nnti jgn lupa org kat cni dah laa..huuhuhu.

Aku meneruskan tugasku... Pejabatku sangat sunyi. Di manakah semua orang ni.. Aku terus kan juga menaip laporan. Hmm...adek ku sorang ni senyap pula hari ni. bagaimana test ari ni agaknya...

Jam menunjukkan 9 pagi barulah En. Zilam dan Fendi tiba...Terus menyiapkan laporan.

Satu lagi berita gembira dari sahabtku di selatan. Hmm syukurla. Dia sudah berbaik semula. Alhamdulillah. Aku gembira hari ini mendengar berita-berita itu...

Dan satu lagi berita yang paling gembira, senarai Cawangan Modal Insan telah keluar....Kami berjaya akhirnya...huhuhu..Sesiapa yang meramalkan Cawangan Modal Insan akan dimansuhkan tahun hadapan..!!!! Kau sudah kalah!!! Kami menang...Aku menang...Mie, Fetty!! bila lagi kita nak open table jom arrr...meraikan berita yang paling gembira ni....hehehe. Kepada cawangan yang di depan tu, lain kali jagalaa mulut anda yer...heheheh. Lebih baik jaga cawangan sendiri daripada nak jatuhkan cawangan kami yang semakin hari semakin hebat ni..wawawa.....

Tuesday, September 2, 2008

-:: Aku ::-

Bilakah hidupku akan ceria kembali bak pelangi yang berseri??

Sedihnya hari ini...hari ini kerja. Waktu masuk pejabatku 7.30pg. Tapi macam biasalah...Faizah...hehehe. Kul 750 bau sampai. Jem yang teruk sangat. Aku tidak boleh berbuat apa-apa. Aku keluar rumah jam 715pg tetapi tidak dapat juga untuk sampai cepat.

Rindunyerrr pada kerusi meja mesin fotostat pinter kat pejabat ni. ehehehe. Aku lihat mie dan fetty dah pun sampai awal lagi. Setelah memberi salam aku duduk dan tersenyum...dah lama aku tidak menikmati suasana pejabat yang nyaman di pagi hari begini. Huh...sangat selesa.

Tetapi lama kelamaan aku rasa tidak bermaya..Hari ini hari kedua puasa. Badan aku betul-betul tidak bermaya.

Malam itu aku Solat tarawih dan agak layu. Aku tersengguk-sengguk. Sangat mengantuk. Yang pastinya, adek ku ade test rabu ni, so tk leh kacau. huhuhuh. Anyway Goodluk k.

Kawan-kawan mana kah dikau menghilang. Di saat ini aku sangat memerlukan seorang teman...namun semua orang yang aku hubungi semuanya sibuk belaka. Aku pasrah..dunia lihatlah diriku ini. Kesedihan yang melanda masih menyelubungi diriku di waktu malam pekat. Tetapi aku sentiasa cuba membahagiakna hidup ini dengan gelak tawa dan gurau senda yang sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata...

-:: Hari Pertama Puasa ::-

Juadah hari pertama berbuka...sedap tol

Assalamualaikum
... rindunyerrr...Setelah beberapa bulan bekerja tanpa rehat, akhirnya, di bulan yang mulia ini dapat juga aku menenangkan fikiranku di rumahku. Tetapi apabila mengenangkan semula kehilangan hard disk ku itu, aku mula sakit kepala..huhuhu...

Esok aku akan mula pergi ke pejabat. Sangat berat. Kepala ku hanya ingin berehat di rumah sambil baring dan menikmati empuknya tilamku. Bessnyer... tapi apakan daya aku ini hanyalah yang menurut perintah. Tiada apa yang dapat ku lakukan...hanyalah menurut perintah..huhuhu.

Hmmm apa yang agaknya akan berlaku. Aku pun tak tahu. Bagaimana pula dengan kerja ku yang telah tertanguh agak lama. Ada 4 report lagi aku tidak sentuh. Kalau nak diikutkan aku akan pasti dipanggil oleh Dato' KP kerana lambat menghantar laporan...tapi apakan daya. Kursus ku bulan 8 ini agak berdekatan kesemua tarikhnya..aku tidak sempat berbuat apa-apa.

Maklumlah, nak membuat sesuatu kursus itu memerlukan komitmen yang penuh. Boleh saja untuk aku tidak menghiraukan kursus-kursus itu, tetapi adalah menjadi tanggungjawabku, sepanjang kursus itu berlangsung aku akan memantau dari hari pertama sehinggalah hari terakhir. Sudah menjadi kewajipan untuk aku.

Hari ini hari pertama puasa...walaupun masih bercuti, tetapi kepalaku amat sakit apabila teringatkan kerja-kerjaku itu. Sungguh tak sanggup untuk memikirkan apa kah nasibku selepas ini. huhuhu....Hari ini sepanjang hari aku berada di rumah, sepatutnya aku hendak keluar untuk membayar segala hutang-hutangku pada bank-bank yang ada kat malaysia ni. Kebetulan mak pula mengajak aku untuk ke Kajang. Hmmm...Aku bersiap juga. Jam dah pun menunjukkan 11 pagi. Aku sangat bosan menunggu emak untuk bersiap. aku macam biasa membuka laptop dan surf internet...

hmmmm..akhirnya aku tertidur sehingga jam 3petang....

aku bangun siap dan akhirnya aku keluar juga petang itu. Destinasi pertama bandar Kajang..Tetapi aku agak hampa kerana semua tempat yang aku ingin aku tuju tutup semuanya. hmmmm...gerammmmmmmmmm