Wednesday, November 26, 2008

-:: Perjalanan ke Muar, Batu Pahat ::-

Aku di hadapan restoran Pak Uda

Akhirnya kami tidak jadi untuk pulang awal, kerana selepas minum petang itu,
kami makan pula roti canai. Camna la aku ni tak gemuk..huhuhuh

Aku di hadapan restoran Pak Uda

Faiz, Pak Uda, Mak, Jannah

Semalam, 24 Nov 08 aku bersama mak Faiz dan Jannah ke Muar untuk menjemput adikku Farah Wahidah yang akan selesai mengambil peperiksaan SPM di MRSM Muar. Hari ini aku bercuti lagi. Hari ini dan juga esok.

Rancangan awalnya untuk mengambil Farah dan meneruskan perjalananku ke Batu Pahat kebetulan mak sudah lama tidak ke sana menzirahi pak cikku yang ku panggil Pak Uda. Sepanjang perjalananku di sana aku sangat kebosanan. Hari itu, aku tidak memandu. Aku membiarkan sahaja Faiz yang memandu dari Bangi sehinggalah ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam itu (kerana banyak kali berhenti) aku betul-betul bosan. Hendak tidur, tidak mahu pulak lelap mataku ini.

Aku duduk di tempat belakang sambil berangan..(hahahaha...). Kekadang aku sangat marah melihat Maklang dan Jannah yang suka bergaduh2 dan membuat bising. Hendak sahaja aku hempuk dengan bantal...tapi aku tetap bersabar dan mahu perjalananku ini sentiasa hepi. Aku terus sahaja ketawa sambil berbual-bual dengan mak dan Faiz yang berada di hadapan. Macam-macam yang kami bualkan di sepanjang perjalan itu.

Sampai sahaja di Batu Pahat, Pak Uda telah pun menyiapkan makan malam (walaupun kami sampai agak lewat malam itu...(tapi kami belasah juga makanan itu..) Mana taknya, Pak Uda ku ini memang pengusaha kedai makan tomyam. dan tukang masak nya juga adalah di kalangan orang-orang dari Thai. Sungguh sedap... tetapi aku tidak makan banyak.

Keesokannya, aku ke Air Hitam. Teringat nostalgia 8 tahun dahulu aku adalah siswa di UTHM. Sehingga sekrang memori itu masih lagi di dalam ingatan ini...

Aku pulang semula ke Bangi jam 6 petang.. Setelah singgah ke Bandar Muar, kami teruskan perjalanan. Jam 1 pagi kami tiba di rumahku..aaaa..sungguh ku merindui...

Sunday, November 23, 2008

-:: Karnival Kerjaya PWTC ::-

Dah lama mengidam nak makan set Magadascar nihh...

Basah kene hujan

Takper Kak N belanja...

Lambatnya nak tunggu Kak N ni...dah la lapar ni

Syabas

Ada tak macam model hehehe...

Cantik kan...

Lenguhnya aku kat cni...ni semuanya manusia bukan patung tau...

Karnival Kerjaya Kebangsaan di PwTC 23/11/08


Hari ini aku sangat malas. Malas untuk bergerak dari katil ku. Sejak aku bangun dari tadi aku hanya duduk di atas katilku sambil melihat-lihat web. Semalam lagi aku sudah merancang untuk ke PWTC. Menghantar resume maklumlah hari ini karnival. kerjaya di PWTC Aku hanya ingin pergi suka-suka. Sambil itu aku membantu rakan. Aku mengajak adik Faiz dan Jannah.

Sungguh meriah sampai di sini. Setelah selesai, aku singgah di McD Bangi yang baru sahaja di buka 3 hari yang lepas. Tidak sabar untuk pulang ke rumah. Sangat rindu rasanya. Aku sampai di rumah jam 8 malam dan terus meneruskan aktiviti ku seperti biasa...


Thursday, November 20, 2008

-:: Perihal kecerian pejabatku ::-

Wajah terbaru ruang legar ofice ku...boleh laa tahan

Wednesday, November 19, 2008

-:: Kehilangan ::-



Seminar Kepemimpinan Melayu

Bagaimana agaknya perasaan apabila benda yang paling kita sayang hilang?

Ingin sekali aku berkongsi dengan semua. Semalam, aku telah ditugaskan oleh bosku untuk menghadirkan diri ke satu seminar di Sime Darby Convention Centre, Damansara. Kalau tidak silap aku, inilah tempat si Yati membawa aku untuk berbuka puasa semasa dia bertugas untuk Utusannya. Tetapi aku sudah ingat-ingat lupa untuk ke sana. Dalam fikiranku, aku teringat pada rakanku seorang lagi yang pernah bertugas di tempat yang akan ku pergi ini. Atikah Vehicle (agak pelik namanya namun orang nya cantik manis..heheheh).

Aku terus menelefon Atiqah. Sudah agak lama juga tidak menghubunginya. Kawanku seorang ini amat merdu suaranya. Setelah mendapat arah jalan aku terus menigisi borang keluar.

Aku membawa kereta terus ke sana. Aku hanya tawakkal. Aku sangat bersyukur kerana perjalananku amat lancar. Seminar hari pertama amat membosankan. Tetapi aku tidak ingin bercakap panjang lebar mengenai seminar semalam. Yang pentingnya, aku ingin sekali berkongsi tentang seminar hari ni.

Sepanjang seminar berjalan aku sangat gembira kerana dapat menambah banyak ilmu mengenai Kepemimpinan Melayu. Aku catat segala isi yang penting. Apa yang lebih menyeronokkan sepanjang seminar ini adalah, makanannya. Amat enak. Manalah aku tidak gemuk...Hmmm...

Aku juga telah berkenalan dengan ramai orang di sini. Sepanjang mendengar ceramah, aku juga sempat merakamkan gambar-gambar.

Selesai sahaja pembentang pertama pada hari itu, aku ke tandas. Tidak sabar-sabar untuk melangkah masuk ke ballroom 1. Makan tengahari telahpun tersedia. Tanpa membuang masa aku dan nuraini (kawan kaunselor yang baru ku kenal dari UiTM) kami terus mengambil tempat berdekatan dengan makanan (mudah untuk menambah makanan heheheh..) Kami makan dengan agak banyak tengah hari itu. Setelah selesai, aku rasa kelainan pada ketika itu. Mengapa tiada bunyi-bunyi mesej. Aku mencari-cari handphone ku.

Aku kecewa. Tiada. Aku selongkar beg ku. Tiada. Aku selak meja makan. Tiada. Aku terus mengambil telefonku yang lain. Aku cuba hubungi no itu. Ada bunyi dering. Namun tiada jawapan. Aku terus mendail. Tiada juga jawapan. Aku terus bangun. Aku cuba untuk ingat di manakah aku meninggalkan handphone itu. Aku terus menuju ke dalam tandas. Itu destinasi terakhir selepas ceramah pagi itu. Aku cuba mencari. Gagal juga kutemui. Aku tidak berputus asa. Terus mendail. Berdering. Masih ada harapan sangkaku. Aku terus ke meja urusetia dan berceritakan apa yang berlaku.

Sekali lagi aku ke dewan ceramah. Namun semua tempat yang ku cari, hanya kecewa yang ku perolehi. Aku tidak lagi berpuas hati. Terus ke tandas itu semula. Tidak ketemu juga. Aku hampir berputus asa. Namun ku kuatkan semangat. Handphone Sony Ericson. Ku beli dengan gaji pertamaku. Amat kecewa dan terkilan rasanya. Aku tidak putus asa. Kebetulan semasa ke tandas itu, pekerja nya datang menemui ku apabila melihat aku sedang mencari-cari sesuatu. Aku berceritakan masalah ku. Setelah meninggalkan nombor telefonku aku hanya keluar dan menuju ke surau untuk solat. Pada masa itu aku sudah berputus asa dan redha dengan apa yang berlaku. Mungkin tiada rezaki. Sepanjang perjalannku ke surau, aku tidak putus-putus berdoa. Selepas selesai wuduk, handphone ku berdering. Pekerja Sime Darby. Ayat keramat yang kedengaran " Cik Faizah, handphone cik ada di bilik Security. Sila ambil..."

Tidak sudah-sudah aku mengucapkan kesyukuran. Masih rezeki ku. Alhamdulillah. Baginilah rasanya apabila kehilangan benda yang amat kita sayang. Aku sudah merasai tetapi aku amat bertuah. Kerana akhirnya aku masih ade rezeki untuk memiliki handphone kesayangan ku itu....

-:: Gembira dan penyesalan ::-

Mohd Naufal yang baru berusia 3 hari ketika itu...

Assalamualaikum

Kepada semua rakan-rakan...bagaimana agaknya anda semua. Adakah sihat. Harap-harapnya. Aku di sini seperti biasalah. Seperti yang ditulis si Yati mengenai ku, semakin sihat. Memang benar apa yang dikatakan. Sejak hari Raya yang lalu, selera makan memang bertambah-tambah. Sudahlah aktiviti semakin kurang, makan pula bertambah apa lagi, bertambahlah berat badan ni.

Namun begitu aku kadang-kadang kehairanan juga apabila berjumpa dengan rakan-rakan lamaku, mengatakan aku sudah semakin susut. Hmmmm...dalam hati ini memangla suka namun begitu aku rasakan...Tiada maknanya!! heheheh. Tapi takper cakap itu ibarat doa. Takperla mereka mendoakan aku akn kurus. Moga-moga.

Minggu yang lepas aku balik kampung. Tetapi sebelum itu ingin sekali aku memohon maaf kepada sahabatku Nik. Nak dijadikan cerita, pada minggu yang lepas juga (sudah lupa tarikhnya) Nik menelefonku. Aku agak terkejut juga menerima panggilan itu. Namun dalam hati ini tentu sekali gembira. Dia mengajakku untuk menyertai Treasure Hunt di sekolahnya. Aku dengan sukanya menerima pelawaan itu. Tentu seronok. Lagipun sudah lama tidak ketemu dengan Nik. Aku fikir tiada salah untuk aku menyertai dia. Namun dalam hati ini agak risau kerana dalam team aku hanya dia yang aku kenal rapat. Aku ni pemalu orangnya..heheheh. Tak apalah setelah Nik meyakinkan aku, aku hanya setuju.

Namun maafkan aku. Aku bukanlah seorang yang suka memungkiri janji. Pada minggu itu juga, tiba-tiba mak mengajakku pulang ke kampung. Hati ini agak berat juga kerana disebabkan telah berjanji dengan rakanku ini. Aku ingin membuat alasan dengan mak. Namun tiada alasan untuk itu. Aku berkata sendiri...Nantilah aku beritahu Nik. Aku agak sedih juga. Kerana pada aku rancangan mak itu tidak tentu lagi. Mungkin plan akan berubah.

Di pejabatku...

Aku ke pejabat seperti biasa. Namun kesibukan ku pada minggu itu agak luar biasa. Kerana aku terpaksa meyiapkan sedikit tugasan yang harus dihantar segera.

Di rumah...

Balik sahaja di rumah Jumaat itu, mak telah menyatakan sekali lagi hasratnya untuk pulang ke kampung. Kebetulan pada waktu itu, sepupuku Kak Eni telah selamat melahirkan anak. Nak tidak hendak aku harus pulang juga. Sehingga aku terlupa akan rancanganku yang telah dijanjikan dengan Nik. Malam itu aku bertolak ke kampung. Aku mendapat mesej dari Nik. Dan aku tidak habis-habis mengeluh. Pastinya dia akan amat kecewa. Maafkan aku sekali lagi. Betul-betul aku tidak ingat.

Di dalam kereta...

Aku berkali-kali menyesal dengan sikap ku ini. Yang tidak pernah mengambil berat tentang itu. Aku menghantar mesej dan memohon maaf. Aku akur dengan kesalahanku ini.

Aku gembira kerana dapat bertemu dengan sepupuku yang baru melahirkan anaknya yang kedua namun aku juga amat menyesal kerana telah mengecewakan rakanku....



Thursday, November 13, 2008

-:: Akhirnya aku berlari ::-

Inilah buktinya...
Salam...

Bertemu sekali lagi setelah sekian lama ku menyepi diri. Sejak kebelakangan ini aku seakan sukar untuk melemparkan idea untuk menulis di dalam blog ini. Pastinya anda semua sangat marah...hehehe nak buat camna?

Hari ahad yang lalu aku sangat bersemangat untuk berlari di trek. . Huhuhuhuh. Sejak malam itu aku menyatakan hasrat ini kepada mak. Emak hanya tersenyum mendengar hasratku. Malam itu tanamkan azam aku akan pergi jua esok walau apa pun.

Subuh itu mak mengejutkan untuk menunai kan solat. Selepas selesai, aku terus kembali kepada bantalku. Hmmm begitu enak sekali rasanya sambung tidur. Mak hanya senyum melihat gelagatku. Aku tidur sekejap la. Tepat jam 7.00 pagi aku bangun semula dan emak terkejut aku begitu bersemangat. Sesudah mandi dan bersiap kami terus ke trek. Aku mengejutkan adik Jannah. Dia harus juga pergi kerana fikirku dia harus berlari juga bersama aku.

Pagi itu aku membuat larian sebanyak 4 kali pusingan. Sebenarnya aku masih tidak puas hati, tetpi disebabkan adik Jannah terpaksa ke sekolah agamanya pagi itu, aku harus berhenti setakat ini sahaja.

Aku sangat bangga dengan diriku sendiri kerana aku benar-benar telah mengotakan hasratku yang sejak bulan puasa itu tertangguh!!! Tahniah la faiezah hehehehe...

Tuesday, November 4, 2008

-:: Majlis Doa Selamat Ke Tanah Suci ::-





Salam kepada pembaca semua. Pertama sekali aku ingin mohon maaf. Sudah agak lama aku tidak update blog. Aku tidak berkesempatan untuk menulis. Sejak selepas puasa aku hanya dengan kerja-kerja ku seperti biasa.

Sebenarnya memang banyak benda yang telah berlaku sejak aku tidak lagi mengupdate blog ni. Ramai yang sudah agak bising untuk menyuruhku update. Hari ini barulah aku berkesempatan untuk menulis.

Sebenarnya aku baru sahaja selesai berkursus di kuala lipis. Namun setelah habis di Lipis, aku meneruskan perjalananku ke Kuantan. Bertemu dengan rakan. Dan terus ke Terengganu. Wow...letih memang letih tetapi keletihan itu dibayar pula dengan nilai sebuah persahabatan. Sungguh aku sangat bersyukur. Bertemu dengan rakan-rakan. Sudah agak lama aku merancang untuk pergi. Namun kerana kerjaku ini, aku terpaksa menangguhkan sahaja niatku itu.

Tahu-tahu balik dari perjalanan yang agak jauh ini, rakanku Julia diserang pula dengan sakit kuku dan mulut. Sukar untuk dipercayai. Hmmm..untuk Ju, harap bersabar yer... Doaku supaya cepat-cepatlaa sembuh yer.

Itu hal Ju, Ini hal Fahmi pula. Aku sangat bersyukur kerana rakan sebelah meja ku ini akan menunaikan Ibadah Haji dalam masa yang terdekat ini. Agak sedih juga. Bukannya apa, agak lama juga nanti dia akan meninggalkan kami di sini. Mesti akan rindu dengan perangainya yang gila-gila. Takperlah...apa yang penting, Fahmi jangan kau lupakan kami di sini. Doakanlah kami di sini k.