Tuesday, October 28, 2008

-:: Majlis Sambutan Hari Raya dan Penutup Bulan Keerdekaan ::-

Membaca doa Majlis Penutup Hari Kemerdekaan

sempat lagi nak bergosip2 ni...

bersama artis Hati Malaya

Dapat gak aku sengih amik gambar Kavita Sidhu ni...hahahah

Bersalam dengan Pak Lah...


Salam kepada semua sahabat-sahabat. Sudah agak lama tidak menulis di dalam blog ni. Ramai teman yang bising meminta diupdate. Bukannya tidak mahu tetapi aku agak sibuk dengan kerja-kerjaku ditambah pula dengan open house yang tak habis2. Hehehe. Sekarang aku pun agak gemuk juga asik je makan.huhuhu

Sejak kebelakangan ni terlalu banyak yang berlaku. Kalau hendak diceritakan memang letih jari jemari ni nak menaip. Tetapi aku ingin kongsi juga dengan semua orang.... Cukuplah sekadar berkongsi serba sedikit. Kalau nak tahu detail lebih baik kita bertemu sahaja...kan kan kan. gambar di atas diambil semasa jamuan raya dan penutup hari kemerdekaan...

Sunday, October 12, 2008

-:: Majlis Hari Raya Di rumahku (Fasa 1) ::-






Semalam aku tidur agak lewat, tetapi terpaksa bangun awal hari ini. Adikku, Jannah ada jamuan hari raya di sekolahnya, manakala fakhriah pula akan ke Kuantan menemui kawannya. So siapa lagi driver yang akan membawa mereka ini ke sana sini, kalau bukan akulah orangnya..huhuhu...

Jam 730 pagi aku sudah bersiap-siap untuk menghantar adik-adikku.
Malam ini jua aku akan mengajak rakan-rakan baikku untuk makan bersama..Sudah lama aku ingin buat makan-makan ni tapi baru tahun ni berkesempatan.

Malam itu aku dan mak bertungkus lumus masak. Hmmm walaupun aku ni memang dasar sngat pemalas untuk ke dapur..hehehehe, namun hari ini, aku seperti tsangat eruja untuk menyiapkan semua juadah. Maklumlah ramai rakan-rakanku akan datang.

Menu pada malam itu ... Ikan Siakap 3 rasa, Rendang Mak, Sayur Sup Cendawan dan buah tembikai... and ada lagi tapi aku dah lupa da...hehehe. Malam itu juga kami berbual panjang. Sangat gembira kerana akhirnya telah tecapai hasratku untuk menjamu mereka.


Wednesday, October 8, 2008

-:: Aku Kembali... ::-

rAKAN-RaKan yaNg Sangat SiBuk MemBuat PeRSiapan

rAKAN-RaKan yaNg Sangat SiBuk MemBuat PeRSiapan

Waa..gerai yang menyediakan satay...bestt sangat

Aku hanya sempat untuk mengambil gambar Datuk Najib...
jadilah dari takder langsungkan?

Aku dan Atiqah selepas kekenyangan makan juadah-juadah yang telah disediakan

Dila dan Fetty yang sangat riang apabila mengaku dirinya orang Pekan..hehehe

Setelah berhari raya agak sakan juga...akhirnya hari ini aku kembali semula ke pejabat. Aku agak hairan kenapa pagi itu jalan sangat sesak. Jika hendak dikatakan aku ini lambat, tidak masuk akal kerana jam tangan aku baru menunjukkan pukul 715pagi. Sampai sahaja di depan pintu pejabat, barulah aku tahu puncanya.

Pintu depan ditutup untuk memberi laluan kepada khemah-khemah yang ada. Hari ini di pejabatku ada Jamuan Hari Raya bersama PM. Huhuhuhu...Aku amat teruja melihat khemah-khemah yang telah diletakkan. Hari ini, disamping jamuan akan diadakan juga pertandingan gerai tercantik. Jabatan aku tidak ketinggalan juga untuk menyertainya.

Tema kami warna hijau. Semua jawatankuasa telah turun untuk menghiaskan gerai kami yang akan menyediakan ketupat palas dan rendang. Aku...macam biasalah tugasnya untuk mengambil gambar-gambar kandid. Hehehe. Pagi itu sewaktu ingin bersarapan aku sempat lagi singgah ke gerai ini untuk mengambil gambar mereka. Sangat meriah.

Tepat sahaja jam 1 petang aku dan geng-geng yang lain tidak sabar-sabar untuk menikmati juadah-juadah yang telah disediakan. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Pada hari itu, aku makan agak banyak. Air buah, laksa, roti jala, tak lupa makanan kegemtaranku tapai (Tapi tapai ini tidak boleh mengalahkan tapai dari pemberian seseorang yang diimport jauh nung di sana) Hehehe, walaubagaimanapun terima kasih banyak-banyak.

Kepada anda semua, di hari raya ini janganlah malu dan segan untuk berkunjung ke rumah-rumah rakan dan taulan. Eratkan semula silaturrahim yang telah sekian lama terjalin. Mana yang renggang dirapatkan mana yang terputus disambung semula. InsyaAllah hidup kita akan sentiasa didoakan oleh rakan-rakan kita. Sekian. Jumpa lagi.

Wednesday, October 1, 2008

-:: Aidilfitri Terindah Tahun Ini ::-


Senyum itu amat bermakna

Menunggu untuk beraya

berposing

wajah bosan...

My lovey lovely family

My family tercinta

Ibuku khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri,
sedang aku pula, mengambil gambar sekeliling. Hehe...


Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan. Hari ini aku berasa sangat bahagia bersama keluarga tercinta. Tahun ini aku dapat merasakan kelainan tidak seperti tahun sebelumnya. Namun begitu masih tidak lengkap lagi kerana adikku Farhan Hamdi masih lagi di perantauan. Melanjutkan pelajarannya. Tetapi InsyaAllah dia akan kembali ke Malaysia bulan November ini. Kami adik beradik berkumpul di teratak kami. Sudah hampir 22 tahun kami menetap di sini. Banyak suka duka yang telah kami kongsi bersama-sama. Ibuku banyak berkorban untuk membesarkan kami. Aku sangat bersyukur mempunyai ibu yang sangat penyayang.

Mungkin ada hamba Allah di luar sana yang kurang bernasib baik. Aku sangat bersyukur. Alhamdulillah. Dengan limpah kurnia rezekinya, aku kini tidak seperti dahulu. Namun sehingga sekarang aku tetap menghargai pengalaman itu. Pengalaman yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Pagi raya kami seperti biasa akan bersolat di surau Annur Tetapi untuk tahun ini, kami solat di Masjid Jamek. Surau Annur sedang dalam penambahbaikkan. Awal-awal lagi kami sudah bangun bersiap-siap untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Adik-adik ku yang sejak semalam telah menyiapkan baju-bajunya, pagi ini amat sibuk menghadap rendang dan ketupat yang telah mak sediakan. Aku pula seperti biasa, mengemas apa yang patut dan baru hendak menyeterika baju kurungku. Aku siap agak lambat.

Bandar ku kini telah menjadi seperti kampung kerana ramai warga kota masih berada di sini. Tidak pulang ke kampung halaman. Jiran-jiranku juga begitu. Jika 8 tahun yang lalu, kami semua berlumba-lumba untuk pulang ke kampung halaman, namun sekarang, bandar inilah kampung kami. Selepas solat, kami semua berkunjung ke rumah jiran-jiran. Memang sangat enak juadah hari ini. Rumah jiranku Cek Tipah masakan Johor, tidak lupa tempenya. Begitu Cek Kam. Walaubagaimanapun, aku tidak makan banyak hari ni. Tidak laa untuk diet, tetapi nak jaga kesihatan. Hahaha...boleh tak camtu?Bagaimana agaknya rakan-rakan yang lain?

Malam tadi aku agak sibuk membalas mesej-mesej yang datang mencurah-curah. Inbox handphoneku amat penuh. Berkali-kali aku cuba untuk memadam, namun ada sahaja mesej yang kunjung tiba. Semuanya datang dari rakan-rakan taulan dan juga kenalan. Terima kasih kerana masih mengingati diri ini. Zaman sekarang sudah moden tiada lagi kad raya. Itu semua lambat, berbeza dengan mesej. Satu saat sahaja sudah boleh dihantar. Begitulah peredaran zaman. Semakin hari teknologi pasti akan berubah. Gaya hidup juga berubah, seperti mana manusia juga boleh berubah...namun aku tetap aku tiada apa yang berubah....

-:: Membeli belah di saat-saat akhir ::-


Jannah dengan sepatu yang dipilihnya, tetapi tetap tidak berkenan

Apa sahaja 3 beradik ini bincangkan...

Faiz sudah bosan menunggu adik yang tak jumpa-jumpa lagi kasutnya

Haa, memang cantik selendang adik ni...

Hari sudah pun senja, tetapi kami masih berada di sini.
So terpaksa berbuka dalam kereta sahaja. huhuhu...

Semalam abangku, Bang El, tiba dari Penang. Rindu rasanya pada dia. Maklumlah lama juga tidak berjumpa dengannya. Sejak dia berpindah ke Penang, sungguh jarang dia pulang ke rumah. Namun begitu Aidilfitri merapatkan semula silaturrahim itu. Hari Ahad lepas aku membawa adikku Jannah dan Farah untuk membeli baju dan kelengkapan mereka. Namun kasut mereka tidak sempat untuk dibelikan. Terlalu ramai orang di Sogo. Kami balik dengan hanya membeli baju sahaja.

Bang El pun sudah berjanji untuk pergi bersama. Maka aku tidak begitu risau. Hari Selasa boleh lagi untuk keluar mencari kasut. Seperti yang dijanjikan, hari Selasa itu, Bang El, aku, Jannah, Faiz dan Farah ke Sogo lagi. Kali ini tidaklah seramai semasa kami pergi Ahad yang lepas. Sesampai sahaja terus menuju ke arah tempat kasut. Aku hampir hendak mengamuk juga kerana adikku Jannah tidak berkenan kasut-kasut di sini. Cuma Farah dan Faiz sahaja yang berminat untuk membelinya. Untuk pengetahuan semua adikku yang seorang ini memang amat cerewet kalau nak beli. Memilih.

Setelah hampir 3 jam di sini, kami keluar pula ke Jalan TAR untuk membeli tudung. Kami teruskan perjalanan dan Bang El kelihatan begitu arif dengan jalan-jalan di sini. Aku hanya mengikut sahaja. Sampai di kedai yang dituju. Aku terus memilih tudung. Terlalu banyak sehingga aku menjadi buntu untuk memilihnya. Hampir 2 jam juga di sini. Akhirnya aku membeli tudungku. Adik Jannah dengan selendangnya. Hmm cantik juga. Faiz membeli sampin. Bang El pula tukang bayar. Hehehe. Kami kembali semula ke arah Sogo memandangkan kereta di parking di sana. Selepas menunaikan solat Asar kami bertolak pulang.

Hari itu kami berbuka di dalam kereta. Sebelum pulang tadi kami telah siapkan minuman kerana sudah pasti tidak sempat untuk berbuka di rumah. Berbekalkan 4 cawan air tebu, dan 4 cawan jagung yang dibeli di Jalan TAR tadi, kami berbuka. Kami tiba di rumah pada jam 730 malam. Mak dan Dik S telahpun kenyang, manakala kami baru sahaja sampai dan terus menyerang meja makan. Bukan tidak mahu makan di luar, tetapi memandangkan emak sudahpun menyiapkan rendang ayam dan dagingnya, maka kami semua bersetuju untuk pulang sahaja berbuka.