Saturday, November 21, 2009

Salam semua..sekarang aku berada di Pulau Pinang rumah abang. Aku bertolak semalam selepas solat Jumaat. Agak keletihan malam tadi. Aku mengambil kesempatan ini untuk bercuti memandangkan kerja-kerja di pejabat kadangkala boleh buat ku pening kepala..stress. Namun ku tetap suka kerjaku ini. Agak mencabar. Hari ini tidak tahu lagi nak pergi pusing2 ke mana. Tapi yang pasti aku akan menjelajah seluruh Pulau Pinang dan makan ikan bakar... Inilah hadiah buat mak. Sudah agak lama aku tidak membawa mak berjalan2. Adik sedang tidur lagi... Keletihan akibat perjalanan yang agak panjang semalam. Hujan yang turun agak lebat menyebabkan perjalananku agak lambat. Bayangkan 7jam dalam kereta...Tapi takper Alhamdulillah...akhirnya kami semua selamat sampai. Itu sudah memadai. Buat yang berada di luar sana jangan lupa untuk mengikuti kisah seterusnya tentang percutian ini....

It's OK, try it again next year

Hy...sahabat-sahabat sekalian. Kami kalah dalam pertandingan Hiasan Gerai. Namun, aku tidak kecewa malah cukup berbangga dengan rakan-rakan yang telah banyak membantu sehingga ada yang sanggup berlapar untuk menyiapkan hiasan gerai kami. Walau apapun jangan putus asa. Next year kalau ada umur panjang, kita akan bertanding lagi...Way to go girl!!!

Sunday, October 11, 2009

Meraikan lebaran, mengukuhkan perpaduan


Meraikan Lebaran, Mengukuhkan Perpaduan

Tinggal hanya 2 hari sahaja, aku dan rakan-rakan AJK untuk bersiap sedia dalam pertandingan hiasan gerai. Inilah kali pertama aku melibatkan diri dalam pertandingan ini. Rasa seperti teruja untuk bersama-sama mencurahkan idea dalam pertandingan ini.

Hari ini, aku ke warta untuk melihat jika ada barang-barang yang boleh dibawa bersama ke pertandingan. Agak lama juga kami memilih2 barang.

Balik sahaja dari warta aku singgah ke Billion. Water colour aku beli untuk melukis latar belakang sawah padi. Akhirnya inilah yang terhasil...bagaimana kah hiasan kami..tungggu....

Salam Aidilfitri

Salam kepada semua... aku rasakan agak lama juga aku meninggalkan blog ini tidak terusik. Semenjak aku ditukarkan ke atas, hidup aku memang terlalu dan tersangatlah sibuk. Kadangkala aku rasakan terlalu tension apabila kerja yang terlalu banyak itu. Namun, aku kuatkan juga.

Memang semestinya, hari-hari ku ku lalui dengan penuh kesabaran. Memang terlalu banyak telah kulalui sepanjang 10 bulan sepanjang tahun 2009 ini. Rakan-rakanku yang baik semuanya seakan-akan telah jauh meninggalkan aku. Mereka juga agak sibuk dengan kerja masing-masing. Namun aku juga rindukan suasana keriuhan semasa aku di bawah.

Namun begitu, itulah yang dikatakan kehidupan. Masa telah berlalu dengan begitu pantas. Kini aku juga mempunyai rakan-rakan baru yang akan membantuku di sini. Tetapi, rakan-rakanku, aku tidak pernah ingin semua ini terjadi. Aku rindukan kamu semua.

Di Aidilfitri yang indah ini, ku mohon kemaafan sekiranya ada keterlanjuran selama kita kenal.

Monday, February 2, 2009

Bermulanya lembaran baru dalam kerjayaku...


Tahun 2009....

Selamat tinggal 2008 Selamat datang 2009.
Tahun ini bermulalah lembaran baru di dalam kerjayaku.
Aku telah bertukar ke Cawangan Pemabangunan Sumber Manusia.
Aku seakan sedikit terkejut dengan tempat baru ini. Maklumlah sebelum ini aku hanya membuat kursus bersama budak-budak. Sekarang lain sekali keadaannya. Banyak kerja di bawah tanggungjawabku. Dari sekecil-kecil jawatan yang dipegang oleh pekerja di sini aku harus ambil perhatian. Semuanya harus ku jaga. Aku nekad untuk melakukan yang terbaik untuk tahun ini. Aku sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan yang amat perihatin terhada diri ini dan sentiasa memberikan semangat. Tidak lupa juga yang tersayang yang selalu memberi kata-kata semangat itu. Terima kasih

Rasanya macam buat ucapan penghargaan pula...maklumlah sudah agak lama aku membiarkan sahaja blog ku ini kosong dengan cerit-cerita baru. Tugasku yang baru ku sandang ini memaksaku untuk menyibukkan diri di pejabat. Kadangkala aku tiada masa untuk keluar makan tengahari disebabkan beban kerja yang agak banyak.

Aku sentiasa kepenatan. Huh. Namun aku tidak akan mengeluh. Aku sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku. Sedang aku ditukar tempat ramai lagi mereka di luar sana yang telah diberhentikan dan tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup. Aku sangat bersyukur...

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ku semangat untuk terus berusaha. Aku tidak akan sia-sia kan peluang yang diberikan kepada ku...InsyaAllah.