Saturday, November 21, 2009

Salam semua..sekarang aku berada di Pulau Pinang rumah abang. Aku bertolak semalam selepas solat Jumaat. Agak keletihan malam tadi. Aku mengambil kesempatan ini untuk bercuti memandangkan kerja-kerja di pejabat kadangkala boleh buat ku pening kepala..stress. Namun ku tetap suka kerjaku ini. Agak mencabar. Hari ini tidak tahu lagi nak pergi pusing2 ke mana. Tapi yang pasti aku akan menjelajah seluruh Pulau Pinang dan makan ikan bakar... Inilah hadiah buat mak. Sudah agak lama aku tidak membawa mak berjalan2. Adik sedang tidur lagi... Keletihan akibat perjalanan yang agak panjang semalam. Hujan yang turun agak lebat menyebabkan perjalananku agak lambat. Bayangkan 7jam dalam kereta...Tapi takper Alhamdulillah...akhirnya kami semua selamat sampai. Itu sudah memadai. Buat yang berada di luar sana jangan lupa untuk mengikuti kisah seterusnya tentang percutian ini....

It's OK, try it again next year

Hy...sahabat-sahabat sekalian. Kami kalah dalam pertandingan Hiasan Gerai. Namun, aku tidak kecewa malah cukup berbangga dengan rakan-rakan yang telah banyak membantu sehingga ada yang sanggup berlapar untuk menyiapkan hiasan gerai kami. Walau apapun jangan putus asa. Next year kalau ada umur panjang, kita akan bertanding lagi...Way to go girl!!!