Sunday, November 27, 2011

Kembara ke negeri sang helang

Assalamualaikum wbt...

Bertemu kembali...Dua hari yang lepas, aku telah ke langkawi untuk menghadiri bengkel PSTM. Memang setelah sahaja aku mendapat jemputan oleh pihak IT aku adalah salah seorang peserta, mmg kegembiraan telah terpancar...

Aku bersyukur kerana dpat membantu untuk memberi idea dlm bengkel ini.

Monday, October 31, 2011

Program Kewangan

Alhamdulillah...semua dah siap.

Jam 7 nak bertolak ke KLIA untuk program Taklimat Kewangan. Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Hazel eyes... semoga semua ok.

Perasaan agak berbelah bahagi juga kerana pertama kali aku bertolak seorang. Pembantu ku membawa kenderaan sendiri. Maknanya tidak boleh terlalu lewat utk pergi.

Hujan agak lebat juga di luar sana. Semoga perjalananku akan sentiasa diberkati Allah SWT.

Jumpa di KLIA....

Friday, October 28, 2011

Tempat Baru, Suasana Baru..

Terima kasih kerna masih sayang




Takut bayangan sendiri...

Sungguh tidak faham mengapa susah sangat nak bagi keputusan. Surat jemputan sudah diemelkan. salahkah kalau nama penceramah itu diletak terang-terang. Bukan kah lagi mudah untuk diberi arahan? susah lah kalau pengurusan macam ni. Kalau orang tu dah memang bagus so memanglah kita akan pilih dia untuk jadi penceramah. Kenapa orang Melayu ini susah nak jaga hak sendiri? Lebih penting kah pandangan orang lain terhadap diri mereka sendiri. Kalau asyik nak risaukan apa orang lain kata, maka makin mundurlah kita. Takut kepada bayang-bayang sendiri...

Berubah lah....

Monday, October 24, 2011

Hairan, ke mana hilangnya?

Hairan dan pelik dengan sahabat sorang ni.

Sms tidak berbalas, senyap dan sunyi tanpa berita. Sungguh aku rindu untuk berbual dengannya. Kadangkala aku sangat hairan mengapakah diri ini sanggup berkorban untuknya, walaupun ku tahu, pengorbanan itu memang langsung tidak beerti baginya.

Sahabat, aku tahu kau juga sibuk seperti aku. Sekiranya diri ini telah membuat dosa yang tidak disengajakan, pohon kemaafan. Semoga kita akan kembali bergelak ketawa seperti dahulu.

Apa aku ini sudah tidak layakkah untuk bergelar sahabatmu? Adakah diri ini diperlukan hanya sewaktu dirimu di dalam kesusaahan? Sungguh aku tidak pasti...


Serabut ....

Assalamualaikum semua sahabat,

Semalam balik ke Bangi. Rehat la sekejap. Hajat di hati nak pergi tukar sport rim tayar kereta. Punya la berat untuk bawak sport rim Aboi yang ditinggalkan di rumah tu. Sampai sahaja di kedai, apek tu cakap " Ini sport rim untuk wira aje.." adoiiii....tak jadila nak tukar. Terpaksa pulak di bawa masuk semula ke dalam rumah!

Malam tu aku balik lewat sedikit. Perut pun dah berbunyi2. Esok dah berjanji dengan mak untuk ke Klinik Kesihatan Bangi. Regular check up. Tak apalah samapi sahaja Percint 11, terus tidur.

Hari ni bangun tidur, bersiap dan terus ke ofis untuk punch card.Kemudian bawa mak ke klinik. Memang hari ini rasa badan tidak berapa sihat. Tapi aku gagahkan jua. Kepala ku asik memikirkan kerja-kerja yang berlambak-lambak di ofis.

Sehinggalah bos aku menelefon, ade perubahan jadual katanya untuk kursus 1-2 November ni. Aku dah dapat agak pastinya banyak yang akan berubah....

Sekembali di ofis, jangkaan ku benar belaka. Apa yang diarahkan sebelum ini sangat berbeza dengan arahan yang terkini. Kelam kabut aku untuk draf semula surat jemputan. Memang serabut dibuatnya. Kepala yang pening, mata berair. Dugaan sungguh dibuatnya. Mujurla assignment dah siap.

Aku hairan bagaimana arahan yang baru pagi tadi diberi akhirnya petang ini telah bertukar lagi. Itulah dia, kenalah bersabar dengan bos sorang ni. Harap dipermudahkan lah untuk kursus kali ini.



Thursday, October 20, 2011

Gembira

Sahabat...

Aku adalah seorang yang amat mementingkan persahabatan. Sanggup berkorban apa sahaja demi seorang sahabat. Berkorban untuk mereka. Masa. Wang. Banyak lagi. Aku boleh menghabiskan beratus-ratus wang untuk membahagiakan seorang sahabat. Itulah aku.

Mempunyai sahabat membuatkan kita rasa sangat gembira. Selalu dikelilingi dengan cerita dan drama. Namun, sekiranya sahabat mengambil kesempatan di atas diri kita, biarkan sahaja. Pembalasan akan akhirnya diterima di kemudian hari. Allah itu Maha Adil.

Pada 2 minggu yang lepas aku telah bertemu dengan seorang sahabat karibku semasa kami di bangku sekolah lagi. SRKBBB. Namanya Nirmin. Seorang yang cool. Berbelas tahun kami terpisah dek kesibukan hidup masing-masing. Facebook menghubungkan kembali silaturrahim yang telah lama terputus.

Alhamdulillah, banyak yang telah dibualkan. Aku rasa sangat bersyukur, kerana kawan-kawan ku sudah mula untuk membina hidup. Kalau dahulunya tidak suka belajar, sekarang sudah mempunyai kerjaya yang tersendiri.

Aku sangat gembira bertemu dengannya. Lebih-lebih lagi di bangku sekolah kami dikatakan mirip antara satu sama lain. Aku berdoa dia akan mencapai apa yang diimpikan. Kerjaya, keluarga dan semuanya. Amin.

Friday, August 26, 2011

Keputusan Tepat

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah,

Sudah setahun lamanya blog ini ku tinggalkan begitu sahaja. Atas dasar kesibukan yang melanda. Percaya atau tidak, aku telah bergelar pelajar. Pilihan tepat telah dibuat setahun lalu. Teringat sewaktu hendak menghantar borang sambung belajar di UPM setahun lalu, hantar pun dah last-last minute. Tetapi Alhamdulillah...sudah ditakdirkan Allah akhirnya aku gagahkan jua demi untuk mencapai cita-citaku ini.

Sekarang sudah 3 semester aku lalui di dalam Master HRD ni. Macam-macam jua ranjau yang ku tempuh. Alhamdulillah jua, sudah sampai semester yang terakhir untuk menamatkan pengajian ini. Boleh bayangkan bagaimana hendak menguruskan masa untuk membuat assignment dan tanggungjawab di pejabat. Kesibukan melaksanakan kursus itu bukan alasan untuk aku tidak meneruskan perjuangan ini. Betullah pepatah mengatakan " hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih".

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku doakan kita semua akan berjaya sehingga mendapatkan segulung Sarjana. InsyaAllah, langkah seterusnya adalah untuk PhD.