Sunday, October 11, 2009

Salam Aidilfitri

Salam kepada semua... aku rasakan agak lama juga aku meninggalkan blog ini tidak terusik. Semenjak aku ditukarkan ke atas, hidup aku memang terlalu dan tersangatlah sibuk. Kadangkala aku rasakan terlalu tension apabila kerja yang terlalu banyak itu. Namun, aku kuatkan juga.

Memang semestinya, hari-hari ku ku lalui dengan penuh kesabaran. Memang terlalu banyak telah kulalui sepanjang 10 bulan sepanjang tahun 2009 ini. Rakan-rakanku yang baik semuanya seakan-akan telah jauh meninggalkan aku. Mereka juga agak sibuk dengan kerja masing-masing. Namun aku juga rindukan suasana keriuhan semasa aku di bawah.

Namun begitu, itulah yang dikatakan kehidupan. Masa telah berlalu dengan begitu pantas. Kini aku juga mempunyai rakan-rakan baru yang akan membantuku di sini. Tetapi, rakan-rakanku, aku tidak pernah ingin semua ini terjadi. Aku rindukan kamu semua.

Di Aidilfitri yang indah ini, ku mohon kemaafan sekiranya ada keterlanjuran selama kita kenal.

No comments: