Thursday, December 27, 2012

Bersama kumpulan Superman

Aku masih ingat pada awal Disember 2012 yg lalu. Aku menjadi salah seorang fasi untuk kursus anak- anak staf jabatan kami.

Pengalaman yang amat2 bermakna dalam hidup ini. Bersama adik- adik yang comel dan pintar menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai fasi mereka. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Melihat kepada sambutan mereka aku pasti, program ini akan menjadi program tahunan pada masa akan datang.

Dalam program ini aku telah mengenali ramai pelajar sekolah rendah dan menengah. Ada pelajar darjah 1 sehinggalah pelajar tingkatan 4. Semuanya mempunyai kelebihan masing- masing.

Pada aku, mereka sangat beruntung kerana pada usia ini, aku tidak pernah ada peluang untuk mengikuti kursus sebegini. Pelajar di dalam group Superman sangat aktif. Aku sangat teruja untuk mengajar mereka.

Sehingga kini aku masih lagi mengingati adik-adikku ini. Semoga dya akan menjadi insan yang berguna dan menjadi contoh kepada semua.

No comments: