Monday, February 2, 2009

Bermulanya lembaran baru dalam kerjayaku...


Tahun 2009....

Selamat tinggal 2008 Selamat datang 2009.
Tahun ini bermulalah lembaran baru di dalam kerjayaku.
Aku telah bertukar ke Cawangan Pemabangunan Sumber Manusia.
Aku seakan sedikit terkejut dengan tempat baru ini. Maklumlah sebelum ini aku hanya membuat kursus bersama budak-budak. Sekarang lain sekali keadaannya. Banyak kerja di bawah tanggungjawabku. Dari sekecil-kecil jawatan yang dipegang oleh pekerja di sini aku harus ambil perhatian. Semuanya harus ku jaga. Aku nekad untuk melakukan yang terbaik untuk tahun ini. Aku sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan yang amat perihatin terhada diri ini dan sentiasa memberikan semangat. Tidak lupa juga yang tersayang yang selalu memberi kata-kata semangat itu. Terima kasih

Rasanya macam buat ucapan penghargaan pula...maklumlah sudah agak lama aku membiarkan sahaja blog ku ini kosong dengan cerit-cerita baru. Tugasku yang baru ku sandang ini memaksaku untuk menyibukkan diri di pejabat. Kadangkala aku tiada masa untuk keluar makan tengahari disebabkan beban kerja yang agak banyak.

Aku sentiasa kepenatan. Huh. Namun aku tidak akan mengeluh. Aku sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku. Sedang aku ditukar tempat ramai lagi mereka di luar sana yang telah diberhentikan dan tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup. Aku sangat bersyukur...

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ku semangat untuk terus berusaha. Aku tidak akan sia-sia kan peluang yang diberikan kepada ku...InsyaAllah.

5 comments:

said...

salam...
selamat bertugas di cawangan baru....

jangan lupa aku yg kat dalam library tu eh..

he he he

Hazel said...

Owhh terima kasih....doakan laa aku kat sini sentiasa .... huhuhuh

Anonymous said...

Hyy......
semoga tabah dalam melakukan kerja2 di tempat baru....jgan tension2...kalu tension2 kol la saya...huhuhu...

Wahidah said...

cawangan baru kt mn plak sis

Wahidah said...

good luck di cawangan baru