Tuesday, March 23, 2010

Pembukaan Tahun Baru



Salam semua rakan, shabat handai

Agak terlalu lama tidak menulis di dalam blog ini. Rasa macam kehilangan sesuatu. Kebetulan pagi tadi aku terkejut dengan mimpi yang aku alami. Tak perlulah aku ceritakan tentang apa mimpi itu. Yang pastinya ia menyentuh kembali kenangan lalu...

Tidak cukup dengan mimpi itu, pagi tadi aku terus membuka blog-blog yang dahulu nya sering kali ku kunjungi. Cuma sejak dua menjak ini aku agak tidak berkesempatan untuk menulis dan menghabiskan masa yang lama untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini.

Selepas bercuti yang agak panjang hari Jumaat lalu. Aku ke Terengganu untuk menyertai rombongan perkahwinan adikku. Sudah agak lama aku tidak menjejakkan kakiku ke sana. Seingat aku sudah hampir bertahun juga. Namun setiap batu yang ku lalui setiap saat itu kenangan-kenangan yang lalu mengusik jiwa ini.

Huh ... biarkan ia berlalu.

Bercerita tentang perjalanan hidup ini memang panjang. Aku gembira rakanku telah berjaya. Walaupun ada ketikanya aku menjadi amat-amat sedih mengenangkan nasib. Tetapi aku percaya rezeki itu ada, cuma kita yang perlu berusaha seadanya.

Membaca blog seorang sahabat, membuatkab aku tidak sabar-sabar untuk mencoretkan blog yang sudah agak lama aku tinggalkan ini. Alhamdulillah ini adalah permulaan, mungkin selepas ini aku akan sentiasa membuka blog ini untuk diupdate buat tatapan sahabat-sahabat.

Yang pastinya untuk permulaan pembukaan tirai tahun 2010 ini, aku amat-amat bertuah aku dapat katakan kerana aku merasakan kehidupan ini telah banyak mematangkan diriku ini. Namun di sini aku tidak dapat untuk menulis panjang kerana rakanku sedang mengamuk2 nak pulang ke rumah. Pening katanya... oleh itu, aku terpaksa berhenti di sini dulu. Hingga bertemu lagi. InsyaAllah... Sahabt-sahabat.... doakan lah kebahagian hidup ini dunia dan akhirat kerana aku juga sentiasa berdoa untuk kesejahteraan hidup kalian. Wassalam

No comments: