Friday, March 26, 2010

Belajar lagi?

Assalamualaikum sahabat...

Rasa sebak dan sedih bila ingat kat kawan-kawan. Kadang-kadang bila diingat-ingat kisah yang lalu boleh buat kita tersenyum sendiri kenapa begitu dan kenapa tidak begini. Kadang-kadang tu ada juga rasa give up.. tapi Alhamdulillah sehingga kini kekuatan yang Allah berikan pada ku, aku masih lagi berdiri di sini dan menjalankan tanggungjawabku seperti biasa. Bulan April ni ada beberapa kursus lagi untuk dibuat.. Semuanya untuk rakan-rakan juga. Orang yang buat kursus macam aku ni laa yang tak pergi-pergi kursus lagi. Kalau nak dikira kursus aku baru cukup 5 hari. Tapi kalau ikutkan prestasi ok laa juga kan. baru bulan Mac kursus dah ada 5 hari. Carilah lagi 2 hari nak cukupkan syarat perkhidmatan Awam yang ada dalam Pekeliling.

Hmmm... cerita pasal prestasi, aku sebenarnya masih mencari-cari lagi bagaimana nak memantapkan prestasi kerja sekarang. Mungkin dengan sambung belajar? Barulah ada strategi betul tak. Kalau ikutkan ramai kawan-kawan yang asik bertanya bilakah aku akan sambung Master Kaunseling aku yang dah tertangguh tu... Jawapannya >>>> memang nak sambung tapi aku tak nak sambung dalam bidang ni. Kalau ikutkan memanglaah aku rugi sangat-sangat tapi masa aku pilih course ni pun aku sebenarnaya hanya mengikut kata kawan. Memang aku rugi, namun hati aku bukan dalam bidang ini. Aku tidak berminat langsung.

Mesti membaca blog ini sahabat di sana berasa amat pelik dengan keputusan ini kan? Hmmm tak apalah... Orang cakap kalau kita paksa pun kalau hati sudah tidak suka maka akhirnya yang menderita kita juga kan? sama lah tu. Tidak ada hati... Biarlah ia berlalu, namun aku bangga juga sepanjang 2 semester aku belajar course kaunseling ni, pointer aku tak la teruk... 3.7 ok what...at least ada juga pengalaman yang aku pelajari dari sini.

Sekarang mungkin aku sudah boleh buat keputusan sendiri. Pertukaran tempat aku kerja sekarang sangat mengajar aku apa ertinya berdikari. Banyak benda yang aku pelajari di sini. Tak sia-sia juga aku pelajari Master kaunseling tu dulu kan walaupun 2 sem aje. Kerenah manusia ini macam-macam. Apa sahaja yang kita buat semuanya mesti tunduk kepada kehendak mereka. Aku sudah lali dengan semua itu. Tapi apa yang penting, sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan hendaklah sentiasa disulami dengan rasa jujur, ikhlas dan sungguh-sungguh.

Sungguh panjang mukadimah hari ini. Berbalik kepada tajuk yang hendak dibincangkan sebenarnya, aku nak sambung belajar. Ada dua pilihan dihati. Pentadbiran awam dan HR. Tapi aku sedar kita hanya diberikan satu pilihan sahaja. Sama seperti samada ia atau tidak. Tunggulah masanya. Aku akan buat pilihan yang tepat. InsyaAllah aku tetap akan sambung. Aku ingin seru kepada semua rakan-rakan, siapa yang berminat marilah kita sama-sama belajar lagi.






2 comments:

H.A said...

saya datang melawat blog.. :)


http://cucuatokaji.blogspot.com

doelah said...

i agree, belajar tak berhenti hingga mati