Wednesday, June 25, 2008

-:: Akhirnya...aku buat keputusan yang gila....::-




Pagi itu...agak sunyi di dalam office. Pengarah pun tiada. hurmmmm...aku lihat sekeliling...

"Ayu! Ko ada opis tak ari ni? nak kuar mana2?", kataku.

"Tak de...cuma petang nak ke N9".

"Ok..boleh jaga ofis..? akak nak buat keje gila nih..akak nak g lawat kem...".

"Ok! Tak der masalah...".

Tanpa membuang masa lagi, Ita yang dah dari tadi tak sabar-sabar nk makan terus memandangku dengan mata yang membawa maksud yang sangat dalam. Aku faham sangat2 apa maksudnya...tandanya dah terlalu lapar...heheeh.

"Ita, Fetty jom ikut nak ke kem pagi ni juga..."

Tanpa bantahan mereka berdua angkat handbag dan kami terus naik lif. Aku memang dah fikir masak2. Aku kene pergi. Aku tak kira apa pun yang akan jadi...asalkan aku puas hati melihat kem itu dengan mata kepala ni. Sepanjang perjalanan kami berbual banyak perkara. Tentang rakan-rakan dan juga hala tuju cawangan kami. Gelak tawa hilai gembira mula terpancar di riak muka pegawai baru cawangan kami, Fetty.

Aku waspada..adakah kegembiraan ini akan membawa malapetaka...Aku memanjat doa agar kami selamat pergi dan pulang...Sepanjang perjalanan itu, telefon berdering dengan bunyi mesej2 yang dihantar oleh Cikgu Ita..

Objek 3D..dalam hatiku..mana nak cari kerana pada mulanya aku kurang faham apa yang dimaksudkan olehnya. Setelah membaca beberapa lagi mesejnya barulah aku faham. Inginkan pertolongan untuk mencarai model projek sains. Oh.. senang sajer...maklumlah di rumah pun memang terlalu banyak benda2 yang aku kumpul...tak kira lah model ke objek ke..memang banyak. Dah jadi tempat penyimpanan sampah sarap bilikku kalau nak tahu...heheh itu laa hobi ku..memang pelik.

Terlalu leka membaca dan membalas mesej Cikgu Ita....aku terlepas simpang ke Kuantan..huhuuhu.

" Akak belok kiri!", Fetty jerit padaku.

Tanpa ku sedari dah salah lorong...

Ketawa..

Telefon ku berdering lagi...mesej.

"Kak jangan balas dulu...kita cari jalan patah balik utk ke Kuantan.

Aku hanya senyum.

Setelah itu aku terus membelok ke kiri. "Kuantan". Ini bru betul jalannya. Hampir 1jam setengah perjalanan kami. Akhirnya sampai ke simpang Bentong. Belok kiri. Jalan ini seperti pernah ku lalui. Ya. Jalan ke Janda Baik. Kelihatan En. Firdaus dah sedia menuggu kedatangn kami. Disambut dengan senyuman. Boleh tahan juga dy ni. Muka kiut miut. hehehe.

Wahhh alangkah cantik pemandangan di sini diselang selikan dengan deruan angin dan bunyi kederasan air terjun yang terdapat di situ. Lihat sahaja gambar. Ada pokok durian. Manggis dan jambu air. Bilik yang agak sederhana sesuai untuk peserta kali ini. Terdapat juga kolam ikan. Hurmmm dalam hatiku, ini mesti dikabarkan kepada Zilam yang memang kaki pancing. Cikgu Ita pun sama...akan kukabarkan pada dy juga. Tak sabar-sabar rasanya nak balik.

Jam dah pun 2ptg kami sampai di Putrajaya. Masing-masing kebuluran. Hujan agak lebat. Aku makan nasi goreng pattaya. Tidak habis. Tiada selera. Dalam masa makan itu, aku terbayang-bayang bagaimanakah kursus aku kali ini...

No comments: