Saturday, June 28, 2008

-:: Baru kutahu disaat kesusahan ini..sebenarnya aku tiada kawan::-

Siri 1

Kereta kesayanganku memecut laju menyusuri lorong Lebuhraya Kl- Seremban. Tiba-tiba telefon ku berdering. Hm.. Ita rupanya. Seorang yang berbadan kecil. Namun begitu sangat dikenali dengan mulutnya yang agak lazer. Itu yang aku suka. Berterus-terang dan tidak menyimpan di dalam hati.

" Cepat kak! Akak kat mana ni? "

"Akak dah on the way ni nak balik umah amik beg. Ko datanglah awal kalau dah siap. Banyak benda lagi yang kena siapkan untuk kursus kita 4 haribulan nanti."

"Ok!"

Petang itu, ku tinggalkan semua kawan-kawan yang sedang bermesyuarat. Aku dah tiada masa. Flight ke Langkawi jam 510petang. Setelah sampai rumah, aku capai beg yang Garfield pemberian sahabat baikku. Aduhh berat juga. Ingatkan nak bawa sedikit sahaja. Sumbat semua baju tu yang jadi berat..hehehe.

Badan ku memang sangat lesu. Penat yang amat. Malam tadi borak dengan Akmar. Hmm maklumlah dah lama tak jumpa. Macam-macam ler gossip yang keluar. Tido lambat buat aku jadi sangat lesu. Tak boleh jadi ni. Aku kene tidur juga nih... Aku alarm hp tepat jam 230petang. Tidur.

3.00 petang itu aku dah sampai di pejabat. Menuggu pemandu. Bos ku sudah sampai awal lagi. Nampaknya tidaklah lewat sangat. Tapi aku hairan. Mana pegi Ita ni tak nampak batang hidungnya. Ku baca Mesej. Oh keluar rupanya. Barang-barang yang hendak dibawa telah disusun rapi semuanya.

Kami bertolak dari Putrajaya jam 330petang. Sampai di KLIA jam 410. Masih sempat lagi.

"Kak cepatlah check in"

"Kita check in kat mesin ajer la..cepat sket"

"Ok..."

Kenapa tak boleh ni?? Aduhhaii...Pegawai MAS datang membantu. Terkejut!!!

"Tiket Cik 25 haribulan. Sekarang dah 27" ...haaa??

Waaaa... macam mana ni? Malam ni ade ceramah. Nak tak nak malam ni kene juga sampai ke Langkawi. Aku dah buntu. Ku lihat wajah pengarah ku agak tenang.

"Takper kita cek dulu sama ade boleh ganti dengan tiket lain."

Memang nasib kami kurang baik. Semua tiket MAS, Air Asia dah penuh untuk hari ini dan esok. Nak naik kereta, tiket flight tu pergi balik. So 29 haribulan kene balik naik flight. Nak tak nak aku terpaksa mengambil jalan yang paling pantas. Naik bas! Tapi macam mana?Hmmm telefon ku tak putus-putus dengan panggilan demi panggilan yang kubuat. Seorang demi seorang kawan ku hubungi. Tiada siapa yang sanggup membantu kami yang sedang kelam kabut.

Akak..kita minta tolong pegawai yang kat KL tu laa....



Pengarah ku datang bergegas mendekati kami. Akhirnya dia dapat juga mencari tiket disaat2 akhir ini. Ada orang yang membatalkan perjalanan. Maka malam itu dia akan berlepas dengan flight jam 800 malam. Alhamdulillah. Kami macam mana?

Aku buntu. Macam mana nak ke Pudu. Nak beli tiket. Sempat ke? Sudah jam 6ptg. Aku masih lagi mundar mandir di KLIA. Ita dari tadi mengomel seorang. Malas untuk melayan. Aku terus berfikir dan berfikir. Mesej kutaip dan hantar kepada semua rakan2 terdekat. Hanya mencuba mungkin ada hamba yang mengasihani dan sanggup membantu kami. Sudah hantar mesej, aku telefon pula. Tiada juga. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke Pudu. Start dari KLIA naik ERL dan ke BTS terus ke Plaza Rakyat, bernas atau tidak aku tidak tahulahh..

Tetapi baru lah aku sedari ketika kesusahan ini, baru kusedari sebenarnya aku tiada kawan. Di manakah sahabat-sahabat yang begitu ramai bergelak ketawa bersama. Akhirnya aku tinggal keseorangan... Aku gantikan sebak di dada dengan gelak ketawa yang sengaja dibuat-buat. Aku tak nak Ita perasan kesedihan ini. Biarlah aku seorang yang menanggung.

Kami tiba di Putrajaya Central dengan ERL.
Jari jemari ku terus laju menaip mesej...untuk seorang rakan.
Dah habis ke?Akak n Ita dah mcm org pelarian. bru ak tahu time susah ni. sbnrnya ak xda kwn. hnya nk bkgsi saje...Habis sahaja menaip mesej itu...air mata ku tidak boleh bertahan lagi. Mataku merah menahan air mata yang dari tadi bertakung di kelopak mataku. Ita yang dari tadi menelefon suaminya...menyedari kesedihan ini.

"Ita kau tak sedih ker? Mana kawan-kawan kita sekarang?"

Air mataku terus mengalir seperti derasnya air sungai yang mengalir. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Fetty.

Aku menjawab dengan sendu...Aku tidak melayan mata-mata yang memandang ke arahku. Ita ambil handphone ni tolong jawab. Suara ku tersekat-sekat dengan sendu. Kali ini aku betul-betul sedih. Aku cuba untuk kuat. Tapi aku tumbang juga akhirnya. Ita memang seorang yang keras hatinya. Dia tidak menitiskan air mata. Aku terus melayan kesedihan. Suaraku tersekat-sekat.

"Akak, kita ke Pudu lepas maghrib. Laptop kita tinggalkan. Bahaya bawa naik bas. Hasnul akan amik kita sini. Kak janganlah sedih takper laa kita redhakan ajer apa yang berlaku. Pasti ada hikmah..."

Aku hanya bersetuju. Aku memegang kata2nya. Aku mengesat air mata ini. Sedih. Fetty dari tadi tidak putus-putus membalas mesej ku. Budak ini memang ikhlas hendak menolong. tapi apakan daya tiada kereta untuk pergi ke Pudu membeli tiket untuk kami.



Apa yang akak gelak2...tak sedih ker?

bersambung...




No comments: