Wednesday, July 9, 2008

-:: Siri 2 : Kini baru ku tahu aku sebenarnya tiada kawan...::-

Malam itu aku hanya berdoa dan terus kuatkan semangat. Tiba-tiba handphoneku berdering.

"Kak, nnti kami amik akak kat umah Ita. so akak tak payahlah g naik komuter.."

hmm. dalam hatiku amat berat sebenarnya nak menerima pelawaan itu, namun setelah berfikir panjang aku terima. Jam 8 malam kami bergerak dari Putrajaya ke Puduraya. Memang jalan jem. Aku rasa amat bersalah kerana menyusahkan Dilla.

Kami berlari-lari anak untuk mendapatkan tiket ke Kuala Perlis malam itu juga. Aku sudah tidak berdaya untuk bergerak pantas. Kepalaku amat pening memandangkan manusia-manusia yang ada di dalam stesen bas Pudu itu, ditambah pula dengan suasana yang kelam kabut dan amat panas membuatkan aku berasa amat rimas. Memikul beg yang agak berat...

Dilla dan Fetty dari tadi mundar mandir mencari tiket di setiap kaunter yang ade..
"Kuala Perlis malam ni semua habis kak..kita cuba untuk ke Kedah. Mungkin ada lagi. "

Aku yang dari tadi tidak berkata apa-apa hanya mengangguk kan kepalaku. Ita nampak sugul. Hanya mereka berdua yang dari tadi sangat aktif.

Tiba-tiba tangan Dilla menghulur 2 keping tiket ke Alor Setar. Mataku mula berkaca. Tetapi aku menahan. Aku sebak. Akhirnya kami akan ke Utara malam itu. Tiada kata yang dapat ku ucapkan kepada mereka berdua... Aku mulai faham apakah maksud pepatah orang Melayu yang berbunyi.... Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sangat sukar ditemui....

No comments: