Wednesday, July 9, 2008

-:: Sangat Letih ::-

Amboi seronoknyer...

Lima hari di dalam hutan Janda Baik ini membuatkan kami benar-benar teruja. Kami bertolak pulang dari Perting ke Putrajaya petang itu. Rasa sangat berat meninggalkan bunyi deruan air terjun yang mengalir deras menemani setiap kali kami melelapkan mata di dalam bilik asramanya. Suasana tenang dari kesibukan kota membuatkan aku teringin untuk kembali sekali lagi di sini.

Sepanjang berkursus di sini, aku sangat berpuas hati. Mana taknya, macam-macam aktiviti kami lakukan. Dari meredah sungai sehinggalah meredah hutan belantara. tetapi yang agak tidak boleh dilupakan semasa aktiviti pada malam itu. Peserta kami meredah air terjun di dalam kepekatan malam dan direndam di dalam sungai. Sangat mencabar.

Malam terakhir itu, aku tidak boleh melelapkan mata. itulah penyakitku, setiap kali malam terakhir pasti aku tidak boleh duduk tenang. aku lihat rakan-rakan yang lain sungguh mudah melelapkan mata masing-masing. Macam-macam timbul di kepala ini. Langsuir yang diceritakan oleh Firdaus sejak pertama kali kami datang, membuatkan aku tidak senang duduk. Aku rasa seperti diperhatikan. Aku selubung kepalaku dengan selimut. Huhu...dah lah sejuk...akhirnya apabila tersedar hari sudah pun terang....

Badan ku menjadi tidak bermaya tetapi aku gagahi jua...

No comments: