Wednesday, October 1, 2008

-:: Aidilfitri Terindah Tahun Ini ::-


Senyum itu amat bermakna

Menunggu untuk beraya

berposing

wajah bosan...

My lovey lovely family

My family tercinta

Ibuku khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri,
sedang aku pula, mengambil gambar sekeliling. Hehe...


Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan. Hari ini aku berasa sangat bahagia bersama keluarga tercinta. Tahun ini aku dapat merasakan kelainan tidak seperti tahun sebelumnya. Namun begitu masih tidak lengkap lagi kerana adikku Farhan Hamdi masih lagi di perantauan. Melanjutkan pelajarannya. Tetapi InsyaAllah dia akan kembali ke Malaysia bulan November ini. Kami adik beradik berkumpul di teratak kami. Sudah hampir 22 tahun kami menetap di sini. Banyak suka duka yang telah kami kongsi bersama-sama. Ibuku banyak berkorban untuk membesarkan kami. Aku sangat bersyukur mempunyai ibu yang sangat penyayang.

Mungkin ada hamba Allah di luar sana yang kurang bernasib baik. Aku sangat bersyukur. Alhamdulillah. Dengan limpah kurnia rezekinya, aku kini tidak seperti dahulu. Namun sehingga sekarang aku tetap menghargai pengalaman itu. Pengalaman yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Pagi raya kami seperti biasa akan bersolat di surau Annur Tetapi untuk tahun ini, kami solat di Masjid Jamek. Surau Annur sedang dalam penambahbaikkan. Awal-awal lagi kami sudah bangun bersiap-siap untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Adik-adik ku yang sejak semalam telah menyiapkan baju-bajunya, pagi ini amat sibuk menghadap rendang dan ketupat yang telah mak sediakan. Aku pula seperti biasa, mengemas apa yang patut dan baru hendak menyeterika baju kurungku. Aku siap agak lambat.

Bandar ku kini telah menjadi seperti kampung kerana ramai warga kota masih berada di sini. Tidak pulang ke kampung halaman. Jiran-jiranku juga begitu. Jika 8 tahun yang lalu, kami semua berlumba-lumba untuk pulang ke kampung halaman, namun sekarang, bandar inilah kampung kami. Selepas solat, kami semua berkunjung ke rumah jiran-jiran. Memang sangat enak juadah hari ini. Rumah jiranku Cek Tipah masakan Johor, tidak lupa tempenya. Begitu Cek Kam. Walaubagaimanapun, aku tidak makan banyak hari ni. Tidak laa untuk diet, tetapi nak jaga kesihatan. Hahaha...boleh tak camtu?Bagaimana agaknya rakan-rakan yang lain?

Malam tadi aku agak sibuk membalas mesej-mesej yang datang mencurah-curah. Inbox handphoneku amat penuh. Berkali-kali aku cuba untuk memadam, namun ada sahaja mesej yang kunjung tiba. Semuanya datang dari rakan-rakan taulan dan juga kenalan. Terima kasih kerana masih mengingati diri ini. Zaman sekarang sudah moden tiada lagi kad raya. Itu semua lambat, berbeza dengan mesej. Satu saat sahaja sudah boleh dihantar. Begitulah peredaran zaman. Semakin hari teknologi pasti akan berubah. Gaya hidup juga berubah, seperti mana manusia juga boleh berubah...namun aku tetap aku tiada apa yang berubah....

1 comment:

Cik Di said...

Jah..sedang mak ko khusyuk dgr khutbah..ko main2 je kat tepi ek. Tak baik woo