Wednesday, October 1, 2008

-:: Membeli belah di saat-saat akhir ::-


Jannah dengan sepatu yang dipilihnya, tetapi tetap tidak berkenan

Apa sahaja 3 beradik ini bincangkan...

Faiz sudah bosan menunggu adik yang tak jumpa-jumpa lagi kasutnya

Haa, memang cantik selendang adik ni...

Hari sudah pun senja, tetapi kami masih berada di sini.
So terpaksa berbuka dalam kereta sahaja. huhuhu...

Semalam abangku, Bang El, tiba dari Penang. Rindu rasanya pada dia. Maklumlah lama juga tidak berjumpa dengannya. Sejak dia berpindah ke Penang, sungguh jarang dia pulang ke rumah. Namun begitu Aidilfitri merapatkan semula silaturrahim itu. Hari Ahad lepas aku membawa adikku Jannah dan Farah untuk membeli baju dan kelengkapan mereka. Namun kasut mereka tidak sempat untuk dibelikan. Terlalu ramai orang di Sogo. Kami balik dengan hanya membeli baju sahaja.

Bang El pun sudah berjanji untuk pergi bersama. Maka aku tidak begitu risau. Hari Selasa boleh lagi untuk keluar mencari kasut. Seperti yang dijanjikan, hari Selasa itu, Bang El, aku, Jannah, Faiz dan Farah ke Sogo lagi. Kali ini tidaklah seramai semasa kami pergi Ahad yang lepas. Sesampai sahaja terus menuju ke arah tempat kasut. Aku hampir hendak mengamuk juga kerana adikku Jannah tidak berkenan kasut-kasut di sini. Cuma Farah dan Faiz sahaja yang berminat untuk membelinya. Untuk pengetahuan semua adikku yang seorang ini memang amat cerewet kalau nak beli. Memilih.

Setelah hampir 3 jam di sini, kami keluar pula ke Jalan TAR untuk membeli tudung. Kami teruskan perjalanan dan Bang El kelihatan begitu arif dengan jalan-jalan di sini. Aku hanya mengikut sahaja. Sampai di kedai yang dituju. Aku terus memilih tudung. Terlalu banyak sehingga aku menjadi buntu untuk memilihnya. Hampir 2 jam juga di sini. Akhirnya aku membeli tudungku. Adik Jannah dengan selendangnya. Hmm cantik juga. Faiz membeli sampin. Bang El pula tukang bayar. Hehehe. Kami kembali semula ke arah Sogo memandangkan kereta di parking di sana. Selepas menunaikan solat Asar kami bertolak pulang.

Hari itu kami berbuka di dalam kereta. Sebelum pulang tadi kami telah siapkan minuman kerana sudah pasti tidak sempat untuk berbuka di rumah. Berbekalkan 4 cawan air tebu, dan 4 cawan jagung yang dibeli di Jalan TAR tadi, kami berbuka. Kami tiba di rumah pada jam 730 malam. Mak dan Dik S telahpun kenyang, manakala kami baru sahaja sampai dan terus menyerang meja makan. Bukan tidak mahu makan di luar, tetapi memandangkan emak sudahpun menyiapkan rendang ayam dan dagingnya, maka kami semua bersetuju untuk pulang sahaja berbuka.

No comments: