Monday, August 11, 2008

-:: Aku diganggu lagi ::-

Au nak berkongsi dengan pembaca sekalian. Sepanjang aku di Kem Intan Suraya, Perak ini terlalu banyak kenangan. Tetapi apa yang paling tidak dapat dilupakan...

Malam itu kami dikejutkan dengan bunyi letupan karbaid...

Itu menandakan tugasan untuk malam itu sudah bermula. Aku, Ita, Intan dan Oleen bersiap sedia untuk aktiviti malam iu. Aku agak letih, namun aku kuatkan hati untuk pergi. Perjalanan kami masuk ke dalam hutan bermula pada jam 1230 pagi.

Aku agak teruja kerana sekian lama aku nantikan saat ini. Kami bersama 112 orang peserta, 3 orang jurulatih dan 9 orang fasi mula meredah hutan belantara.

Pada checkpoint yang pertama seorang peserta ditinggalkan. Kemudian diikuti seterusnya sehinggalah peserta yang terakhir. Perjalanan itu amat memenatkan dan amat menyeramkan.
Sepanjang perjalanan itu aku tidak putus-putus membaca surah yang aku hafal. Kegelapan yang amat sangat.

Macam-macam aku fikirkan. Macam-macam aku bayangkan. Tepat jam 2pagi aku berpatah semula ke kem. Ku lihat berbagai-bagai ragam peserta yang aku tinggalkan bersendirian. Ada yang tidur, ada yang menangis dan tidak kurang juga ada yang berzikir sekuat hati.

Melihat gelagat mereka, seram sejuk juga. Manalah tahu disebalik kgelapan itu, ada makhluk2 yang menumpang sekali. Aku agak keletihan. Berhenti dan baring. Kami semua terlelap.

Badanku menghadap ke langit. Aku tidak putus-putus berzikir. Tiba-tiba pipi ku disentuh. Aku pandang dikiriku. Wati ketika itu sedang tidur....Jantungku berdegup kencang... Tidak lama kemudian, telinga ku dibisik "Faee"...Aku tidak tahan lagi. terus mengejutkan Watie dari mimpinya. Dia agak terperanjat.

"Watie..bangun! Bangun!... Mana yang lain? aku suruh dia mengambil torch light. Aku tidak berani untuk pandang ke belakang. Aku tidak berbicara apa-apa dengan Watie. Bimbang dia juga akan takut.

"Watie suluh di belakang...ada nampak apa-apa?

"Tak de siapa pun.."

" Takpalah kita tunggu mereka datang semula ke sini. Lagipun kita di checkpoint yang paling hampir dengan kem..."

Disaat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Aku hanya diam membisu sehinggalah kami masuk semula ke kem...Aku simpan cerita ini sehinggalah pagi itu...

2 comments:

Wahidah said...

hurm..byk btol kisah miteri yea..dh mcm misteri nusantara la pulak..huhuhu

Hazel said...

hahaha...g dalam hutan..macam-macam lahh yang berlaku