Sunday, August 3, 2008

-::Aku ke Terengganu lagi...::-


Hampir seminggu aku meninggalkan dunia cyberku ini. Maklumlah kem ku ini jauh ke pedalaman. Aku tidak sempat untuk kemaskini beloe ku ini.Aku ke sini menjalankan tugas. Tetapi kalau ikutkan hati memang hendak berjalan-jalan. Bermalam di Pulau Kapas, singgah di Pulau Perhentian, mencandat sotong...huuhuhu semua itu hanyalah impianku sahaja...mungkin lain kali saje...

Huh Faee bangunlaa dari tidurmu...pergi laa jalankan tugas mu itu..heheheh. Hari itu, aku dan Fetty sahaja yang akan pergi. Ita tidak ikut kerana baru sahaja selesai kursus di Besut. Maka aku melarang untuk dia ikut walau pun pada mulanya meronta juga nak ikut kami..tetapi aku ni tak sampai hati..biarlah dia rehatkan diri. 7 Ogos nnti kita ke Perak pula yer..hehehe.

Pada hari itu banyak tugas yang belum selesai harus diselesaikan sebelum kami bertolak ke Terengganu. Pada mulanya Fetty agak ragu-ragu kerana perjalanan kami akan menempuhi gelap pekat malam tatkala lalu di Karak. Tetapi aku kuatkan juga hati. Aku tidak mahu sampai lewat. Maka tepat jam 8 malam pada Jumaat itu, kami bertolak. Cadangan pertamanya aku dan en. Zilam akan konvoi. Tetapi disebabkan dia ada tugas lain untuk sampai awal aku hanya bersetuju membiarkan sahaja dia pergi bersama rakan ku Boy bersama kereta Citranya.

Macam-macam yang emak pesan. Aku hanya mengangguk sambil senyum melihat gelagat Fetty dan emak itu. Aku bertolak dari rumah. Selepas mandi. Di KL tidak terlalu sesak. Waktu-waktu begini Alhamdulillah lah tidak pula jem seperti merestui pemergian kami.

Awal-awal lagi aku sudah melarang Fetty untuk tidur...aku takut aku juga akan mengantuk. Aku tepuk-tepuk muka kalau tidur jug.hahaaha. Dia tidak berani untuk tidur. Alhamdulillah kami sampai di Chukai jam 1 pagi. Kamitidak sesat. Terus ke Hotel Chukai Utama. Bos ku Zilam dan Boy telah lama sampai. Bilik kami 215 dn mereka 218. Aku tidak larat terus mengambil kunci dan terus masuk ke bilik untuk berehat...


Bilikku di Chukai Utama

No comments: