Monday, August 11, 2008

Bermalam di tepi Sungai Perak



Sungai Perak tempat terbunuhnya JWW Birch. Aku ke sini selama 6 hari 5 malam di Kem Intan Suraya. Makanan pula sedap-sedap belaka. Aktiviti di sini ...berkayak dan menaiki bot. Ada satu sejarah yang telah ku temui semasa perjalanan kami di empangan dekat dengan sungai ini. Ada terdapat satu lagenda yang mengatakan seekor gaja telah disumpah menjadi batu. Memang menakjubkan kerana bentuk batu tersebut memang menyerupai seekor gajah yang sangat besar dan terdapat juga batu yang kecil di tepinya dipercayai anak kepada gajah tadi. Malangnya tidak dapat untuk berkongsi gambar batu itu kerana semasa menaiki bot aku tidak mebawa sebarang kamera ataupun handphone sony ku...


Aku dan Alisha yang sangat comel anak kepada Ita (SU ku)

Semasa perjalanan balik, aku singgah di Sayong untuk membeliLabu sayong.... Keretaku amat padat dengan barang-barang itu....tapi semuanya OK. Alhamdulillah...

No comments: