Tuesday, August 5, 2008

-:: Melancong ke Terengganu ::-







Selepas bekursus di Setiu Agro, aku tidak sabar-sabar untuk ke Batu 6. kata orang di situ banyak tudung yang murah2. Aku beli 4 skali hehehe. Dalam kepala ni memang nak balik KL hari itu juga tetapi disebabkan keletihan aku terpaksa mencari tempat untuk bermalam. Pada mulanya aku sudah berjanji dengan T untuk tumpang di rumahnya. Tetapi di saat-saat akhir diberitahu dia akan ke Cameron Highland.

Aku tidak membantah. Aku sudah cukup masak dengan perangai nyer yang sangat "Vellu." Hari ini dia kata boleh..esok lusa siapa yang tahu...Aku tidak berputus asa. Aku menelefon Julia. Dia di Dungun. Kebetulan Cik Hamidah ikut bersama aku balik. Malam itu aku ke Dungun. Sangat letih. Aku drive seorang. Malam itu aku sebenarnya agak keberatan untuk singgah di Dungun. Maklumlah rakan ku seorang ini amat sibuk. Memang mengalahkan Datin-Datin di Malaysia ni...heheh Ju jangan marah arrr...

Esoknya Ju mangajak aku ke KT. Aku berfikir banyak kali. Dengan badan yang letih ini tidak mungkin aku boleh balik KL seorang dan memandu...Aku ikut kan sahaja cakap Ju untuk bermalam sehari lagi. Hatiku agak gembira di sini. Maklumlah kami sudah lama tidak berjumpa. Kami ke Pasar Payang dan ke Pulau Wan Man. Amat menakjubkan...Masjid-masjid yang terbina indah dan sangat memukau pandangan mataku... Tidak sia-sia aku bermalam lagi di sini. Nak harap kawan baik sendiri untuk bawa, dia lebih utamakan bf nya yang aku pun tidak tahu penghujungnya itu.

Namun aku sangat bersyukur kerana Ju sanggup untuk membawa ku berjalan-jalan dengan menaiki Honda Citynya. Terima Kasih Julia...

Walaupun hatiku ini sebenarnya sangat sedih...tetapi aku ketawa untuk menghiburkan hati sendiri...

No comments: