Wednesday, November 19, 2008

-:: Kehilangan ::-



Seminar Kepemimpinan Melayu

Bagaimana agaknya perasaan apabila benda yang paling kita sayang hilang?

Ingin sekali aku berkongsi dengan semua. Semalam, aku telah ditugaskan oleh bosku untuk menghadirkan diri ke satu seminar di Sime Darby Convention Centre, Damansara. Kalau tidak silap aku, inilah tempat si Yati membawa aku untuk berbuka puasa semasa dia bertugas untuk Utusannya. Tetapi aku sudah ingat-ingat lupa untuk ke sana. Dalam fikiranku, aku teringat pada rakanku seorang lagi yang pernah bertugas di tempat yang akan ku pergi ini. Atikah Vehicle (agak pelik namanya namun orang nya cantik manis..heheheh).

Aku terus menelefon Atiqah. Sudah agak lama juga tidak menghubunginya. Kawanku seorang ini amat merdu suaranya. Setelah mendapat arah jalan aku terus menigisi borang keluar.

Aku membawa kereta terus ke sana. Aku hanya tawakkal. Aku sangat bersyukur kerana perjalananku amat lancar. Seminar hari pertama amat membosankan. Tetapi aku tidak ingin bercakap panjang lebar mengenai seminar semalam. Yang pentingnya, aku ingin sekali berkongsi tentang seminar hari ni.

Sepanjang seminar berjalan aku sangat gembira kerana dapat menambah banyak ilmu mengenai Kepemimpinan Melayu. Aku catat segala isi yang penting. Apa yang lebih menyeronokkan sepanjang seminar ini adalah, makanannya. Amat enak. Manalah aku tidak gemuk...Hmmm...

Aku juga telah berkenalan dengan ramai orang di sini. Sepanjang mendengar ceramah, aku juga sempat merakamkan gambar-gambar.

Selesai sahaja pembentang pertama pada hari itu, aku ke tandas. Tidak sabar-sabar untuk melangkah masuk ke ballroom 1. Makan tengahari telahpun tersedia. Tanpa membuang masa aku dan nuraini (kawan kaunselor yang baru ku kenal dari UiTM) kami terus mengambil tempat berdekatan dengan makanan (mudah untuk menambah makanan heheheh..) Kami makan dengan agak banyak tengah hari itu. Setelah selesai, aku rasa kelainan pada ketika itu. Mengapa tiada bunyi-bunyi mesej. Aku mencari-cari handphone ku.

Aku kecewa. Tiada. Aku selongkar beg ku. Tiada. Aku selak meja makan. Tiada. Aku terus mengambil telefonku yang lain. Aku cuba hubungi no itu. Ada bunyi dering. Namun tiada jawapan. Aku terus mendail. Tiada juga jawapan. Aku terus bangun. Aku cuba untuk ingat di manakah aku meninggalkan handphone itu. Aku terus menuju ke dalam tandas. Itu destinasi terakhir selepas ceramah pagi itu. Aku cuba mencari. Gagal juga kutemui. Aku tidak berputus asa. Terus mendail. Berdering. Masih ada harapan sangkaku. Aku terus ke meja urusetia dan berceritakan apa yang berlaku.

Sekali lagi aku ke dewan ceramah. Namun semua tempat yang ku cari, hanya kecewa yang ku perolehi. Aku tidak lagi berpuas hati. Terus ke tandas itu semula. Tidak ketemu juga. Aku hampir berputus asa. Namun ku kuatkan semangat. Handphone Sony Ericson. Ku beli dengan gaji pertamaku. Amat kecewa dan terkilan rasanya. Aku tidak putus asa. Kebetulan semasa ke tandas itu, pekerja nya datang menemui ku apabila melihat aku sedang mencari-cari sesuatu. Aku berceritakan masalah ku. Setelah meninggalkan nombor telefonku aku hanya keluar dan menuju ke surau untuk solat. Pada masa itu aku sudah berputus asa dan redha dengan apa yang berlaku. Mungkin tiada rezaki. Sepanjang perjalannku ke surau, aku tidak putus-putus berdoa. Selepas selesai wuduk, handphone ku berdering. Pekerja Sime Darby. Ayat keramat yang kedengaran " Cik Faizah, handphone cik ada di bilik Security. Sila ambil..."

Tidak sudah-sudah aku mengucapkan kesyukuran. Masih rezeki ku. Alhamdulillah. Baginilah rasanya apabila kehilangan benda yang amat kita sayang. Aku sudah merasai tetapi aku amat bertuah. Kerana akhirnya aku masih ade rezeki untuk memiliki handphone kesayangan ku itu....

3 comments:

Dai said...

hehehe mujurlah tgk hp tak bunyi2 kan...ni mesti tunggu sms ni...siapalah tu ek?? huhuhu :)

Anonymous said...

a'a..betol kate dai tu..sape la agaknyer org yg ditunggu ye...kuikuikui...beruntung la org tu kan..kan..kan..aaa....lain kali alert tau,,..jngan nk tinggal2 pulak kat mane...nasib baik de irg jumpe,,lau x,...huhuhuhu....

Anonymous said...

hmmm...memang org tu untung...hehehe