Monday, August 4, 2008

-:: Pengalaman bersama budak histeria ::-


Mataku terkebil-kebil sehingga jam 3 pagi..

Malam itu kami agak letih. Sambil golek2 di atas katil yang empuk resort ni, kami bersembang mengenai perjalanan kursus kali ini tetapi, tiba-tiba pintu ku diketuk. Agak kuat. Macam nak runtuh dah bilik nih...Dalam hatiku mungkin ade budak yang sakit.

"Cik!! Cepat ade budak histeria...!!"

Kami bertiga bersiap dan terus melangkah ke surau..Sepantas kilat kami melangkah. Fuhhh...sampai sahaja budak itu terbaring di atas carpet surau. Menjerit...Aku agak seram... Tetapi aku sengaja tunjukkan berani di hadapan semua peserta. Walaupun sebenarnya aku ni sangat penakut... Aku tidak berani untuk pegang cuma mengarahkan rakannya untuk membaca ayat Kursi. Mata nya melilau dan merah. aku tidak berani untuk pandang..tetapi sesekali aku pandang juga..hehehe...sebenarnya aku pernah juga hadapi situasi begini. Tetapi waktu itu aku agak kuat. Sekarang aku tidak seperti dulu. Keberanian itu seperti sudah hilang...

Tidak lama kemudian, seorang lagi tumbang!! Histeria. Kali ini budak itu tidak menjerit..tetapi ketawa. Aku menjadi takut. Tetap memberanikan diri. Aku mengajarnya selawat, mengucap. Dia tidak seteruk yang tadi. Masih boleh mengucap dan membaca ayat Kursi. Kawannya juga aku arahkan untuk membaca bersama. Tidak lalai. Kini ada 2 orang yang tumbang..aku mundar mandir ke depan dan belakang... Fetty juga membantu. Aku melarangnya untuk berkomunikasi memandang mata budak histeria itu. Takut dia pula yang terkena. Dalam situasi begini haruslah berhati-hati...

Kami terus menghubungi fasi yang boleh memulihkan keadaan. Mujurlah Ustaz Abdullah boleh. Situasi menjadi tenang seketika. Semua sudah pulih seperti sedia kala. Tetapi mengikut pengalaman, kedua-dua mereka sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Aku berjaga-jaga. Aku arahkan mereka semua untuk bersiap untuk aktiviti berikutnya. Jam sudah 945malam. Aku tidak ke bilik tetapi terus ke dewan. Tekaan ku tepat. Mereka berdua tumbang lagi. Aku berlari ke dalam dewan. Mereka semua tergamam. Bising....Kami di dewan memulihkan keadaan. Budak itu agak tidak selesa. Kami mengajarnya untuk mengucap dan baca ayat Al-Quran. Agak lama kami berjaga-jaga. Akhirnya Ustaz mengambil keputusan untuk membawa peserta itu ke dewan makan sementara yang lain menjalanka aktiviti seperti biasa.

Sepanjang penjagaan itu aku sempat bertanya kepada mangsa...

"Apa yang awak nampak?"

"Saya nampak lembaga warna hitam. Badannya banyak bulu dan matanya merah..."

"Awak buat apa lepas tu?"

"Saya takut sangat dan menjerit sekuat hati, tapi lepas tu saya tak sedar...sedar jer saya tengok dah ramai kerumun saya..."

"Awak nampak dekat mana?"

"Mula-mula saya nak ke tandas. Tandas di surau ni gelap. Tiba-tiba lembaga tu pandang arah saya..."

Aku terus terdiam dan waktu itu aku tidak meneruskan lagi pertanyaan kerana nampak pada riak mukanya dia sangat takut...Matanya merah. Aku terus tukar topik bertanya mengenai pelajaran.... hehehe..

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata....

"Fetty ko dah tido ke?"

"Belum...tak boleh tidur..."

"Apa kata kita rapatkan katil ni?"

Hehehe itu laaa akibat nak tunjuk berani sangat...mataku terkebl-kebil hampir jam 3 pagi...Akhirnya sedar-sedar hari sudah pun Subuh....





3 comments:

Anonymous said...

ada tak rasa takut bersama dengan dorong pukul 3.00 pagi

Wahidah said...

pergh..nice experience la kak..ye ker nice..huhuhu...

Hazel said...

itulahh..memang menakutkan...tapi lain kali tak nak dah tunjuk berani sangat huhuhuh