Sunday, September 21, 2008

-:: Aku sangat merindui... ::-

Mengetes lampu..Ini Deepavali ke Raya ni...ohh aku konpiuss...


Lampu kelip-kelip yang baru dibeli...


Hari raya Aidilfitri bakal menjelma. Sejak beberapa tahun ini, aku tidak beraya di kampung. Bukan tidak mahu pulang ke kampung tetapi kalau hendak ke sana pun tiada lagi suasana hari raya. Sejak nenekku pulang ke Rahmatullah, kampung itu menjadi sepi tiada lagi kedengaran hiruk pikuk jeritan anak-anak kecil. Tiada lagi kedengaran jeritan Induk, makcikku. Tiada lagi kedengaran hilai tawa kami sepupu sepapat yang berkumpul di sini. Aku amat merindui suasana itu. Kalau aku ini diberikan kuasa hendak sahaja aku kembali kepada zaman itu. Aku sangat merinduinya.

Buat pengetahuan anda semua, keluargaku terdiri daripada keluarga yang agak besar bilangannya. Adik beradik emak ada 10 orang semuanya. Anda dapat bayangkan sekiranya tiba hari raya kami semua berkumpul di kampung, bilang sahaja ahlinya. Tentu sahaja kelam kabut. Mana taknya, setiap pagi kami akan menunggu turn masing-masing untuk mandi, solat begitu juga, sebab itu selalunya kami akan dikejutkan awal dari biasa.

Tapi yang paling aku tidak boleh lupa, arwah nenek dan datukku ini adalah seorang peniaga di warung. Siapa yang tidak kenal akan Rahah binti Sidek ini. Di kampung, nama ini sudah sinonim dengan kuih muih dan nasi lemaknya yang sangat enak. Mana kan tidak, arwah nenek pernah ditemuramah oleh Majalah 3. Waktu itu KRU Majalah 3 datang kampungku...Fuhh bangga aku menjadi cucu nenek. Wajah nenek terpampang di dalam TV membuat kuih tradisional. Waktu itu kalau tidak salah aku dalam tahun 1991.

Namun benda yang paling aku ingat sampai sekarang dan sangat merindui ialah suasana hiruk pikuk kami sepupu yang akan berkumpul di rumah atas bak kata orang negori sembilan, daghek, kalau umah bawah (baghuh). Selalu kami akan bermain-main di daghek. Nak tahu main apa? Main hantu-hantu. Selubung dengan selimut. Sudah pasti malam itu kami akan tidur rapat-rapat. Kerana takut. Memang bising rumah itu kami buat.

Dan Induk, akan datang dengan cekak pinggangnya dia akan menjerit...

"Woi budak-budak! Apo yang bising-bising ni? Wan kau nak semayang tu haaa...runtuh ghumah ni kau buek kang...dah, dah, turun-turun. Poi main kek luar!!"


Walaupun nenekku tidak pernah memarahi kami, namun Induk tidak begitu. Kami akan selalu menjadi perhatiannya akibat kenakalan kami. heheheh...

Itulah antara dialog yang tidak dapat ku lupa sehingga sekarang. Namun, sekarang kami semua sudah besar panjang. Tiada lagi suasana begitu untuk hari raya akan datang, kerana rata-rata sepupuku semuanya sudah berkahwin....

No comments: