Saturday, September 13, 2008

-:: Tiba-tiba adik rajin hari ni ::-


"Huh.. Kak N tu pemalas... tak reti nak basuh pinggan,
biar je adik yang basuh. Dia tu asik jer main internet!"


Tiba-tiba selepas makan berbuka hari itu adek terus mengambil apron. Apron itu baru sahaja dibelinya di Warta Bangi. Katanya cikgu yang arahkan supaya beli untuk memudahkannya memakai semasa subjek pendidikan seni. Maklumlah apabila waktu seni, menggunakan warna air. Tidak mahu mengotorkan baju sekolahnya, itu lah alasan yang diberikan untuk mengajakku pergi membeli apron itu. Huh budak sekarang sangat mudah. Jika zaman aku dulu, pakai lah baju yang comot-comot itu ke sekolah.
Tetapi mak pernah mengatakan .. aku adalah pembersih, baju sentiasa bersih tak comot, tak pernah kepam...hehehe. Dalam ramai-ramai adek beradik ku, aku lah yang paling mudah. Kerana bajuku tidak kotor sangat untuk disental. Hmm itu kata emak. Aku sendiripun sudah lupa sebenarnya.
Malam itu sebelum aku ke masjid bersama emak dan Faiz, adik sudah siap dengan apron barunya dan terus ke sinki. Aku rasa sukar hendak percaya. Kerana sebelum ini, pinggan sebiji pun dia sangat susah untuk mengangkat ke sinki apatah lagi untuk membasuhnya. Tetapi hari ini dia terus membasuh segala pinggan yang ada. Aku lihat telatahnya. Aku segera mengambil HPku. Aku ambil gambarnya. Hehehe. Ini sebagai bukti yang adik ni tidak lah sepemalas macam kakaknyer...
Tiba-tiba adik bersuara sendirian "Huh.. Kak N tu pemalas... tak reti nak basuh pinggan, biar je adik yang basuh. Dia tu asik jer main internet!" Aku yang dari tadi memerhatikan adik terus ketawa terbahak-bahak dan membuatkan adik terkejut dengan hilai tawaku itu. Dia tersengih-sengih dan malam itu Adik tidak ikut ke Masjid kerana penat membasuh pinggan-pinggan. Jangan lupa untuk basuh pinggan Kak N lagi tau...hehehe

No comments: