Saturday, September 13, 2008

-:: Sahabat saya..::-

Aku ini bukanlah seorang yang sangat puitis untuk menulis. Malah aku bukan seorang penulis dan pemberita yang hebat seperti sahabat saya si Yati. Teringat satu ketika dahulu, sebelum si Yati ini berpindah ke Terengganu. Memang seperti katanya juga, kami memang banyak menempuh segala perit jerih yang selama ini hanya kami sahaja yang merasainya. Aku tidak pernah mengeluh dengan apa yang telah berlaku, tetapi itu lah dugaan hidup. Pancaroba yang terpaksa aku tempuhi.

Banyak pengalaman yang aku dan dia tempuhi. Dari zaman kami bergaji hanya ratusan sehinggalah kini. Aku sentiasa anggap dia adalah rakan seperjuangan. Tetapi hanya seketika dan kadangkala aku merasakan begitu jauh dengannya. Aku tidak tahu mengapa. Kemungkinan besar dia sememangnya jauh dengan aku. Hehehe. Kadangkala teringat juga apa yang telah berlaku dan kadangkala ingin sekali melupakan semuanya. Tetapi setiap tempat yang kukunjungi dan lakukan pasti ada sejarahnya. Sejarah itu mengingatkan kembali.

Setiap kali laman blognya diupdate dia tidak pernah lupa menghantar mesej kepadaku untuk mengingatkan supaya membacanya. Hmmmm... Baru tadi aku membaca blognya setelah dia mengatakan sudah lama aku tidak mengupdate blogku... Buat si Yati, terima kasih kerana sudi untuk menjenguk blog yang tak seberapa ini. bak katamu cacamarba... Aku tidak kisah semua itu. Setelah membaca blognya barulah aku tahu, dia telah menyebut namaku di dalam blog itu. Seringkali tercatat namaku di situ. Aku pun tidak tahu semenjak dua menjak ini, dia seringkali teringatkan nama itu. Aku tahu dia sekarang sudah mempunyai kekuatan yang selama ini dicari.

Aku sentiasa mendoakan kejayaan itu, aku sentiasa di sini untuk berkongsi kejayaan bersamamu. Janganlah kau risau. Ya... dari dahulu sehingga sekarang sebarang keputusan adalah hak milikmu. Aku tiada hak pun untuk campurtangan dengan urusanmu. Aku tidak merungus seperti mana yang telah kau catatkan di dalam blog mu itu. Tulisan ini barangkali dapat menrungkaikan segala persoalan yang berada di dalam kotak fikiranmu.

Malam ini aku tidak bersemangat untuk berbuat apa-apa. Untuk menulis blog juga tiada idea yang bernas. Teringat kembali Ramadhan yang lalu. Aku tidak selalu berada di rumahku. Aku sentiasa akan keluar berbuka bersama teman-teman. Apa khabar agaknya Rini. Sudah lama aku tidak mendengar berita darinya. Antara teman yang selalu menemaniku ketika aku tidak ada sesiapa ketika itu, dialah orangnya. Banyak menasihati diri ini. Agak laser mulutnya tetapi apa yang di katakan adalah betul belaka...

Aku ini seorang yang terlalu lembut hati. Tidak pernah hendak berkeras. Seringkali aku ini menjadi mangsa keadaan. Itulah aku yang sebenarnya. Walaupun di luaran mukaku ini kelihatan tegas namun hatiku ini sangat lembut. Aku juga sangat mudah untuk menitis kan air mata. Itulah kelemahan diriku. Apabila membaca blog Yati, aku teringat berbuka puasa di kampungya, Kelantan. Mungkin sekiranya aku tidak mengenalinya aku tidak pernah kenal Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Terima kasih. Aku tak pernah melupakannya. Pernah satu ketika dahulu aku ditimpa musibah di tempat kerjaku dan hampir-hampir untuk berhenti, namun begitu ayahnya seringkali memberi kata-kata semangat untuk aku meneruskan perjuangan ini sehingga aku meniitis kan air mata. Bukan kerana apa, ayahku tidak pernah menasihati aku sebegitu rupa. Aku sangat berterima kasih di atas segala jasanya. Begitu juga Ma. Tatkala aku kesunyian ketika itu, dia lah penghibur hati ini. Aku tidak pernah menafikannya.

Adakah kita masih lagi bersahabat? aku tidak tahu..terima kasih di atas segala-galanya...

3 comments:

Anonymous said...

salam....semenjak kukenali diri dia ini...aku mengenali dia sikit demi sedikit..kadang2 aku cuba menghiburkan diri ini dan dia...walaupun macam2 musibah yang melanda..jadi aku pun kawan la dengan dia...but its ok jer..aku kawan ngan ko n harap ko tabah menghadapi perjalanan hidup ini yang semakin mencabar dan kita besahabat dan dikenali sebagai INSAN...cawangan pun modal insan...so kenalah berinsan k...taking care k..

Hazel said...

huhuhu.mekasih kerana sudi menginsankan diri ini. Cawangan modal insan akan terus hangat di pasaran.hehehe.

Ah-Yoi said...

ermmmm....
iznkan ku utk menjadi sahabatmu ..
hehehehehh....
ingat btl2 sahabat bukan kawan ye.
dats mean u can find me if u have any problem...
insyallah i will help u...
:P