Friday, September 19, 2008

Sungguh tidak percaya aku ke Kuliah Jumaat?

Kak Ras sibuk mencatat segala ilmu yang disampaikan.

Kuliah Jumaat : Meraikan Kemenangan Selepas Ramadhan


Assalamualaikum,

Nampaknya sudah dua hari aku tidak menghiraukan blog ku ini. Seperti tiada apa yang berlaku dua hari lepas, tetapi hakikat adalah disebaliknya. Agak sibuk di pejabat menyiapkan SKT kerjaku. Memandangkan semua staf di cawangan aku sudah menghantarnya, maka aku kelam kabutlah menyiapkan. Itupun setelah diingatkan oleh Atiqah. Kalau dia tidak mengingatkan sudah tentu aku juga tidak perasan. Selepas balik dari bercuti selama lima hari itu, aku agak ketinggalan.

Mengimbas kembali, semalam Atiqah datang padaku tersenyum simpul kerana hendak menyatakan bahawa aku seorang sahaja yang belum menghantarnya. Tidak apalah Atiqah, sudah menjadi tanggungjawab tu. Tak perlu nak takut-takut. Aku tidak pernah makan orang pun. Hehehe. Tanpa berlengah masa aku terus khusyuk menyiapkan.

Hari ini aku tiba di pejabat agak awal. Aku kira, inilah waktu terawal yang pernah dicatatkan dalam rekod selama aku bekerja di sini. Jam 7.00 pagi. Jam 7.00 pagi aku telah menyusuri ruang parking kereta di pejabat. Aku sungguh senang hati kerana akulah Raja. Hahaha. Akulah yang berkuasa. Aku memandu dengan lajunya mencari tempat meletak kereta. Memang bayak lagi tempat yang masih kosong. Bukan seperti hari-hari sebelum ini. Sungguh sukar untuk meletakkan kereta merahku ini. Aku ke tempat yang paling dekat dengan pintu masuk.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.45pagi. Hari ini Jumaat dan kuliah Jumaat akan disampaikan oleh Ustaz Hassan Al-Attas. Sudah menjadi kewajipan di Jabatan kami untuk hadir ke kuliah. Aku mengajak Kak Ras pergi dan dia bersetuju. Agak lama tidak bersua dengan Kak Ras dan Kak Hanim. Aku kira inilah peluang untuk kami merapatkan kembali silaturrahim disamping mendengar kuliah, kerana selama ini aku sentiasa tiada di pejabat dan sungguh jarang untuk bertemu dengan mereka. Kami orang pertama yang sampai.

Walaupun kelas ini sangat ringkas, namun ilmu yang telah disampaikan tidak ternilai harganya. Terima kasih kuucapkan kepada ustaz. Sebelum ini memang agak sukar untuk aku bersama yang lain. Maklumlah tugas ku banyak di luar. Aku sangat bersyukur pada bulan Ramadhan ini, aku banyak menghabiskan masa bersama rakan dan taulan. Dan sungguh aku tidak percaya akhirnya aku telah pergi mengikuti kuliah Jummaat itu. Akhirnyaaaa....(bak kata Anita Sarawak)...


1 comment:

Anonymous said...

tahniah wahai kakak ku!!!!!!!!!!huahuahuahuahuahauhauhauahu.....