Sunday, September 21, 2008

-:: Sungguh indah hidup ini tanpa hasad dengki ::-

Pengalaman mematangkan kita. Aku sangat yakin dengan kata-kata ini. Tanpa peristiwa yang kita tempuhi, maka kita tidak akan dapat merasakan nikmatnya hidup di dunia ini. Dalam hidup ini penuh dengan pancaroba asam garam, pahit manis, itulah warna-warni kehidupan. Buat pengetahuan anda semua, aku juga tidak lepas dengan semua jenis pengalaman dan pancaroba. Hidupku penuh dengan kisah tidak kurang suka dan dukanya.

Apabila aku duduk seorang di dalam bilik dan baring di atas katilku, aku akan pandang ke siling lantas fikiranku akan melayang jauh teringatkan kembali peristiwa yang telah berlaku dalam hidup ini. Teringatkan kembali peristiwa yang telah banyak berlaku. Semua itu telah mengajar aku menjadi seorang insan yang tabah dan kuat.

Alangkah bahagianya hidup ini tanpa hasad dengki.
Dengki. Aku tidak tahu bagaimana hendak membunuh hasad dengki ini. Dengki itu tidak akan mengenal usia. Mengapakah aku seringkali mengarut. Aku tidak tahu. Tetapi kerana hasad dengki inilah kita bercakaran di antara satu sama lain. Kerana hasad dengki inilah, dahulunya sangat baik dan saling sayang akan menjadi musuh yang paling ketat. Kerana hasad dengki inilah, manusia sanggup menyakiti orang lain dan sanggup melihat orang itu menderita.

Dengki lah punca segala kemusnahan. Dengki kerana tidak boleh melihat orang lain hidup senang dan bahagia. Oleh kerana dengki yang datang menusuk di dalam jiwa seseorang itu, dia akan sanggup memfitnah orang lain semata-mata untuk kepuasan hatinya dan demi memuaskan hatinya untuk melihat orang tersebut dibenci oleh semua orang di dunia ini. Dengki ini tidak akan pernah boleh dihentikan selagi ada makhluk yang bernama manusia. Manusia tidak lepas dari hasad dengki. Hmmm apa yang aku mengarut ni...

Aku juga tidak pernah lepas dari hasad dengki. Seringkali aku menjadi mangsa oleh segenap manusia, namun aku tetap menjalani kehidupanku normal seperti anda juga. Aku tidak pernah berdendam dengan mereka yang pernah memfitnahku dengan seburuk-buruknya. Aku sangat bersyukur kerana aku sekarang semakit kuat. Malah sehingga kini, dia tidak pernah mangaku yang semua cerita yang direka-reka itu datangnya dari dia. Namun ku tahu, aku ada bukti. Tidak mengapalah. Biarkan sahaja. Aku tidak pernah berdendam. Tetapi aku seringkali buntu memikirkan tentang itu.

Mengapa ada manusia yang sanggup untuk memfitnah seburuk-buruknya untuk melepaskan diri sendiri dari masalah. Itu yang aku tidak boleh terima sehinggalah hari ini. Apabila teringatkan kembali, pastinya aku berasa amat kecewa dan amat dukacita kerana ada manusia yang sanggup berpura-pura baik untuk kepentingan dirinya. Aku sangat sedih apabila memikirkannya. Apakah salahku sehingga diperlakukan sedemikian. Adakah aku yang bersalah? Sehingga sekarang dia tidak pernah hendak membetulkan keadaan itu. Kadangkala aku berasa amat malu. Kau telah membuat satu jenis pembohongan yang barangkali amat besar di dalam hidup ini. Argghhh...aku mengarut lagi ni. Tetapi inilah hakikat. Kepada segenap manusia di luar sana, berhati-hatilah...


2 comments:

delima said...

hasad dengki biasa la belaku
lam dunia skrang..
lau xder seme tu...
x maju lak dunia ni..
nanti kan bosan plak idup xde org nk dengki2....
huhuhuhuhu.....
tp ape2 pun yg pasti idup kite hepi....kan..kan...kan...

Ah-Yoi said...

ermmmm..
benda yg lumrah ..
especially bagi bangsa melayu..
sbb tue la bangsa kita susah nak maju
:P