Monday, September 8, 2008

-:: Kekeliruan Zuhayati ::-

Petang itu (5 September 2008) aku menelefon kawan baikku, Zuhayati. Nampaknya dia tidak berpuas hati. Huhuhu. Aku sedikit pun tidak ada rasa jeles untuk laman blognya yang baru itu. Memanglah suka hati dialah nak buat apa pun dalamnya. Dan begitu juga untuk blogku ini suka hati aku lah untuk buat blog ini corak dan bagaimana bentuk pun. Walaupun dalam komennya mengatakan blogku ini macam keling... aku tidak kisah. Ini lah kehidupan ku sekarang. Walau keling ke, India ke. Inilah aku sekarang. Dan aku sangat gembira apabila semua isi hatiku dapatku curahkan dalam blog ku ini. Huhuhu. Sahabat, buat pengetahuanmu, aku tiada sesiapa lagi dalam dunia ini selain dari blog ini yang sekarang telahpun menjadi rakan karibku. Ini sahaja tempatku mencurahkan segala-galanya.
Apa yang sangat pasti, cara penerimaan kamu apabila aku melontarkan pendapat itu. Aku langsung tidak boleh menerimanya. "Suka hatilah...itu hak aku...kau siapa untuk bagi komen dann mengarahkan aku buat itu ini..." Bagaimana kalau anda menghadapi situasi ini. Sudahlah aku dituduh jeles, sahabat baik yang dahulunya diibaratkan isi dengan kuku boleh berkata demikian. Saya handak bertanya anda semua.. Apakah perassan anda? Aku sedikit kecewa kerana cara tindakbalasmu sangat sinis. Namun kutahu tulisanku ini tidaklah sehebatmu. (Walau ku tahu siapakah sebenarnya yang menulis di dalam blog itu).
Aku tidak kisah wahai sahabat. Aku hanya ingin melontarkan pendapat. Itu hanyalah pendapat. Jika engkau merasakan aku tidak sepatutnya melontarkan pendapat itu...aku terima. tetapi bukankah di dalam tulisan mu itu ada mengatakan bahawa kita ini adalah bebas.. Bebas dari segala segi. Dalam konteks ini, pendapatku juga adalah bebas. terpulang kepadamu untuk menerima atau tidak. Yang pastinya itu hanyalah pendapat ikhlas dariku. Tiada langsung berunsurkan 'kejelesan'.
Aku teringat... Bukankah engkau sebenarnya yang selalu jeles denganku? Aku langsung tiada niat untuk mengusik hidupmu. Namun jika kamu merasakan terdapat unsur-unsur yang kamu nyatakan itu, aku memohon maaf. Sudah tiba masanya aku di sini membina kehidupanku dan kamu binalah hidupmu. Aku sentiasa berdoa agar kau akan sentiasa bahagia berada di bawah lindungan Nya....

6 comments:

Wahidah said...

kdg kala a lil bit cruel when dat things happen esp in friendship..but thats life..whatevapun...be patience kay

Hazel said...

itu sudah menjadi lumrah wai...me as a friend terima sahaja seadanya...dan selalu mendoakan kesejahteraan kawan-kawan...

love is forever said...

itulah manusia....
mmm...human not ever escape from doing wrong..begitu jugak aku...be patient ok.

Zuhayati Yazid said...

Alalalalala terasa ya dengan komen saya. Janganlah gitu cik kak oii... apa pun saya bangga sebab awak dah pandai menulis panjang-panjang. Hari tu kata kat saya jgn tulis panjang2 kat blog. hahahaha

Hazel said...

Sudahlah yati...kita binalah kehidupan kita. Bak kata kau, kau sudah berjaya. Aku sangat gembira.

Anonymous said...

biasela kak faei...org kalo dh sng ckit memag lupe dratan..lg2 org pantai timor ni...ops....sori...stegah2 org pntai timor kot...huhuhuhuhu...so lps ni akk jgnla lmbut sgt dgn org yg mcmni....ssh...bile ssh cr kite,bile sng lupe drtan...take care kak...